RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Friday, 16 November 2012

UCAPAN DASAR PRESIDEN: HUDUD TIDAK DISEBUT SEPATAH PUN!!!!






49. PAS juga sudah bersedia untuk bersama memerintah negara Malaysia ini, bersama rakan Pakatan Rakyat, bagi memikul dan melaksanakan amanah. Maka PAS mengadakan Tahaluf Siyasi, dalam persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak memaksa dalam perbezaan. Secara bersama, permuafakatan Pakatan Rakyat telah mengisytiharkan resolusi :
1) Islam Agama Persekutuan dan memberikan hak yang adil kepada agama-agama lain untuk diamalkan di Malaysia.2) Hak Istimewa Bumiputra dan melaksanakan hak yang adil kepada semua kaum.3) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menerima hak bahasa ibunda berbagai kaum.4) Kedudukan Raja berperlembagaan.

Dimanakah Hudud didalam resolusi ini? Presiden PAS mengabui mata semua pihak ataupun mengambil hati rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dengan tidak menyebut sepatah pun Hudud didalam ucapan dasarnya. Ini amat menghairankan bilamana sejak sekian lama Hudud telah menjadi alat politik PAS yang utama untuk menarik sokongan Melayu Islam.

Jika Tahalauf Siyasi dijadikan pegangan maka apa yang kita akan lihat nanti hanyalah perubahan kerajaan semata-mata tanpa adanya pelaksanaan Hudud dan penerajuan negara Islam seperti yang di sogokkan oleh PAS kepada masyarakat sejak sekian lama.



78. Selain dari melaksanakan tekad kita bersama Pakatan Rakyat sebagaimana yang sama-sama kita rangkakan dalam Buku Jingga, PAS juga ingin melebarkan komitmen untuk membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita sekiranya diberi ruang untuk ke Putrajaya, selain dari iltizam untuk sama-sama membangunkan negara kita ke arah yang lebih baik menerusi MANIFESTO khusus yang akan dibentangkan kepada rakyat bila tiba masanya yang sesuai nanti.


79. Antara intipati terpenting komitmen PAS ialah, untuk memartabatkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf dan mengupayakan peranan generasi muda, meningkatkan dan mengiktiraf peranan wanita, membela dan memajukan golongan petani, meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan tanpa membebankan rakyat, agenda khas ekonomi dan pengurusan kewangan, memperkenalkan keadilan sistem pendidikan, memperkenalkan seni-budaya yang memartabatkan nilai hidup insan, dan sebagainya.
Apakah perbezaannya nyata yang boleh difahami dari ucapan Presiden PAS ini berkenaan dengan usaha-usaha untuk kepentingan rakyat. Adakah MANIFESTO khusus yang akan dibentangkan kepada rakyat bila tiba masa yang sesuai nanti akan mengandungi janji Hudud dan Negara Islam?  Kenapakah PAS tiada keberanian dan kekuatan untuk mengumumkannya dalam muktamar ini dan seterusnya meningkatkan moral perwakilan akar umbi yang mula sangsi dengan peranan sebagai kuda tunggangan yang dilaksanakan oleh PAS didalam Pakatan Rakyat.

Apa yang sering disebut-sebut kebelakangan ini hanyalah janji untuk memartabatkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Malangnya penganut agama PAS tidak melihat ini sebagai helah untuk terus berhujah mengenai komitmen pimpinan untuk melaksanakan Hudud. Buku Jingga juga menjadi rujukan pimpinan PAS dalam menerangkan hala tuju parti dan ini tentunya bertepatan dengan perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani pada 18 November 2009 dimana Hudud tidak akan dijadikan agenda didalam Pakatan Rakyat. 





KLIK UNTUK MUAT TURUN UCAPAN DASAR PRESIDEN PAS

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH