Tiada satu isu pun yang tidak terlepas dari menjadi kritikan tidak membina oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka sering melihat sesuatu itu dari sudut yang sentiasa negatif. Adakah mereka mempunyai penyakit hati tidak bersih yang kronik? Bagaimana mereka dapat membuat telahan PBS akan menjadikan nasib anak bangsa tergadai sedangkan ianya baru bermula. Apakah bukti dapatan dan kajian yang menyokong pemerhatiana kosong ini? Porpaganda dan dakyah memburukkan segala usaha baik dan terancang kerajaan untuk membuat penambaikan akan sentiasa diberi persepsi buruk oleh pembangkang untuk mempengaruhi rakyat.
PENGKALAN CHEPA - Perwakilan dari Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad hari ini mendakwa sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada sebagai langkah "memperjudikan nasib anak bangsa".
Menurut Azman, jika kerajaan Umno-BN dibiarkan terus mentadbir negara, maka samalah dengan Pakatan Rakyat membenarkan nasib anak bangsa terus tergadai di tangan sistem yang masih tidak jelas itu.
"Pada peringkat (sistem PBS ini) awalnya gagal kerana sumber manusia yang digunakan untuk melaksanakan PBS ini dibebankan dengan kerja begitu banyak.
"Guru-guru ini perlu dikembalikan kepada profesionalisme seorang guru yang sebenar.
"Guru-guru tidak boleh lagi dibebankan dengan kerja-kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di dewan Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.
Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi.
Sistem ini mula dilaksanakan di sekolah rendah pada 2011 dan dijadualkan menjelang 2016, murid-murid sekolah rendah akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah ditambah baik.
Bagi peringkat sekolah menengah, sistem PBS baru digerakkan dan dijangka dalam tempoh dua tahun berikutnya, ia akan mula dilaksanakan bagi penambahbaikan pada Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
PBS merupakan satu pentaksiran yang dianggap berkemampuan menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Namun menurut Azman, sistem PBS ini membebankan tanggungjawab guru-guru di negara ini yang sepatutnya menumpukan kepada tugas-tugas mendidik anak bangsa dan bukannya terbabit dengan kerja yang tidak sepatutnya.
"Kadang-kadang guru dipaksa melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seorang guru lakukan. Guru juga kadang-kadang dipaksa memenuhi kerusi-kerusi dewan kerusi Majlis Perbandaran untuk menyambut menteri dan timbalan-timbalan menteri datang, guru juga dipaksa untuk hadir program-program Umno dan Barisan Nasional, guru juga dibebankan dengan program-program yang luar daripada aktiviti persekolahan dan aktiviti pendidikan," ujarnya lagi.
Justeru menurut Azman, sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negara kelak, gagasan itu komited untuk mengurangkan beban guru di samping elaun tambahan RM500 kepada guru-guru.

0 komen:
Post a Comment