
Oleh: Kaizer Daris
Hanya air mata mampu diluahkan Harun Che Anal apabila hasil tanamannya yang diusahakan selama 20 tahun diragut Jentolak.
Bagi warga emas yang berusia 61 tahun itu hancur sudah masa depannya untuk mencari makan sesuap nasi kerana tanaman getah dan sawit beliau diambil alih secara mengejut oleh syarikat swasta milik orang Cina."Manalah saya nak cari duit, getah dan sawit semua kena tebang. Siapa hendak ambil orang tua macam saya ini kerja," katanya sambil melihat jentolak taukeh Cina merempuh satu persatu pokok getahnya seluas sehektar di Gua Musang.
Mengenang nasib malang itu, Harun berkata tanah itu adalah miliknya kerana beliau telah mengusahakannya lebih dari dua dekad, namun dari Segi teknikal ia masih diperingkat permohonan di pejabat tanah dan galian Gua Musang. Biarpun permohonan dibuat 15 tahun lalu.
"Duit pendahuluan sudah dibayar, borang dah dihantar. Sudah lama kami tunggu kerajaan negeri beri geran kepada kami. Tapi alih-alih dia beri kepada orang Cina luar (Kelantan) untuk buat ladang rakyat yang konon bantu orang miskin.
"Habis kami ni siapa, selama ini kami duduk merempat kat tanah kerajaan, tapi kami usahakan jugak sendiri. Kerajaan janji nak beri geran atas tanah kami usahakan. Sekarang habuk pun tiada," katanya dengan nada geram.
Harun antara berpuluh-puluh peneroka malang yang hilang ladang getah dan sawit mereka setelah kerajaan Pas Kelantan melaksanakan program ladang rakyat untuk golongan miskin yang melibatkan kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli. Melalui ladang rakyat itu, pesertanya akan dibayar dividen setiap bulan RM200-RM350 seorang.
"Ptuih!!!! Kami ni orang miskin jugak. Tapi kami bekerja di ladang kami usahakan biarpun dapat RM500 hingga ke 700 sebulan. Tapi kami bukan minta sedekah," katanya.
Katanya kerajaan memanglah boleh cakap tanah diambil adalah milik mereka atas hitam putih, namun realitinya tanah itu pernah dijanjikan akan diberi hak milik kepada mereka yang mengusahakannya dan pihak pentadbiran negeri sengaja menangguhkan pemberian geran itu untuk kepentingan pemimpin Pas lain "makan duit" apabila tanah diserah pada Cina swasta buat ladang rakyat kerana pemimpin akan mendapat pegangan saham.
Malahan Harun berkata sejak penerokaan di ladang rakyat itu, air sungai dekat rumah sudah keruh sehingga menyukarkkannya untuk mendapat bekalan air bersih untuk minuman dan mandi.
Memang benar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak makan rasuah, tetapi beliau tidak nampak atau buat-buat tidak nampak anak buah makan "duit haram" secara sah dengan membengkokkan undang-undang negeri ikut telunjuk mereka.
"Orang Pas ni guna agama untuk makan duit haram, duit rakyat, masuk dalam perut mereka. Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang Umno. Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan). Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan. Harapkan Pas, mereka sibuk curi rampas tanah orang, curi balak, tidak bayar pampasan atau ganti rugi," katanya.
Harun sempat berkata kepada Kelatekito.net sebelum beredar ke rumah kayunya terletak 10 km dari ladang rakyat;"demo ingat pegang agama ni sero besar sangat doh ko, boleh buat halal apa yang haram. Tuhan lagi besar. Tunggulah balasan tuhan bagi."
--KELATEKITO.NET

0 komen:
Post a Comment