Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menjelaskan, pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum nanti. Beliau berkata, sekiranya PAS mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan ia akan menjadi undang-undang negara.
“Dalam pakatan kita sudah bersetuju secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud, tetapi syariat Islam itu akan dilaksanakan bila kita berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia, tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi."
Semasa muktamar cakap lain, hari-hari sebelum muktamar cerita lain. Muktamar lulus usul negara berkebajikan, selepas Muktamar bila Nik Aziz tengok sokongan Melayu semakin merosot, dia ubah semula kepada hudud dan negara Islam. Ketua Dewan Ulama PAS mula mendendangkan lagu hudud kembali, hilang sudah cerita negara berkebajikan. Cara politik ulama-ulama PAS mudah. Depan ahli dan orang kampung, mereka akan menyanyikan lagu hudud. Di depan Anwar dan DAP, mereka akan menyanyikan pula lagu Negara Berkebajikan. Takut Anwar Ibrahim dan Karpal Singh marah.
Kalau hendak mengubah perlembagaan PAS harus memiliki 2/3 undi Parlimen. PAS bertanding kerusi Parlimen sekadar 65 kerusi, DAP tanding 66 kerusi dan selebihnya PGayR bertanding 91 kerusi. Kalau PAS menang semua kerusi sekalipun baru 65 kerusi. Bagaimana Datuk Harun Taib boleh berkata jika PAS dapat majoriti di Parlimen maka hudud akan dilaksanakan? DAP dan PGayR akan menyokong PAS ke untuk melaksanakan hukum hudud? Geli hati dengan sifir Ketua Dewan Ulama Pas ini. PAS tidak mahu dan malu untuk mengakui bahawa PAS tidak akan mampu melaksanakan hudud tanpa sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO. Muktamar atau tidak, hanya isu basi yang diulang-ulang kembali. PAS tetap balaci DAP dan PGayR, dulu, kini dan selamanya!!!
TERUS BACA DISINI


0 komen:
Post a Comment