RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Monday, 19 November 2012

ANWAR ULAS PRINSIP PAKATAN TENTANG HUDUD



AIDCNews – 19/11/12 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) sudah membuat ketetapan tentang prinsip yang disepakati bersama berkenaan hukum perlaksanan hukum hudud di Malaysia.
Anwar sebagai Ketua PR menegaskan hukum hudud tertakluk kepada dua prinsip iaitu pertama polisi yang dipersetujui bersama di antara PKR, PAS dan DAP dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Satu : keputusan apapun dalam Pakatan Rakyat mestilah konsesus (persepakatan bersama). Tidak ada konsesus, tidak jalan (perlaksanaan hukum itu).
“Selama ini saya pengerusikan semua mesyuarat (PR). Tidak ada konsesus tak jalan.
“Keduanya : Kita sebut perlembagaan negara yang paling tertinggi,” kata Anwar ketika memberi taklimat kepada pemimpin Cina di Subang Jaya, 8 November 2011.
Perkara yang sama pernah ditegaskan oleh Penasihat DAP yang berkata hukum hudud bukan perkara yang dipersetujui bersama dan tidak termasuk dalam Buku Jingga.
Lim Kit Siang berkata ketiga-tiga parti pembangkang itu bersetuju sekiranya terdapat sebarang perubahan polisi, maka ia perlu dicapai secara sepakat.
“Soal mengenai hudud perlu dipersetujui ketiga-tiga parti..bagi kami amat jelas ia (hudud) tidak terdapat dalam polisi Pakatan Rakyat tetapi kami menghormati pandangan PAS mengenai hudud dan jelas hudud tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,”katanya.

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH