Hits yang dicapai oleh Laman Web PAS untuk akses muat turun Buku Jingga hanya capai 30526 hits berbanding dengan jumlah ahli PAS yang diandaikan 1 juta orang. Tentulah ini satu angka yang memeranjatkan. Ini penting untuk difahami kerana disinilah kita dapat melihat bahawa betapa lemahnya ahli-ahli PAS dalam menilai sesuatu isu berdasarkan maklumat first-hand tetapi seringkali hanya menunggu terjemahan lemah dan cenderung dimanipulasi oleh pimpinan mereka melalui ceramah-ceramah yang gagal menjelaskan perkara sebenar dan isu-isu pokok.
10 Janji 100 Hari Pakatan Rakyat jika diberi kuasa memerintah hanyalah satu manifetasi hujah politik kosong. Ini tidak menghairankan kerana ahli-ahli PAS tidak mempunyai kekuatan fikiran yang konstruktif untuk menilai kebenaran dan kewajara janji yang dicanangkan. 10 Janji yang dicanangkan adalah seperti berikut:
1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.
8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Lebih menarik untuk diperhatikan dan dikaji berkenaan Buku Jingga ini adalah ketiadaan pernyataan mengenai persetujuan untuk melaksanakan Hudud sebagai sebahagian 10 Janji 100 Hari. Perjuangan PAS untuk Hudud dan Negara Islam hancur berkecai kerana Buku Jingga telah diterima dan diangkat tinggi oleh Pimpinan PAS sebagi rujukan berkenaan hala tuju perjuangan parti. Ianya bersesuaian dengan pengumuman "Negara Berkebajikan" oleh Presiden PAS dalam Muktamar AgungTahunan PAS. Pelbagai reaksi dan respon dari ahli akar umbi PAS mengiringi pengumuman tersebut. Walaubagaimanapun sebagai kelaziman ianya diterima pakai oleh semua ahli PAS malah dibela dgn segala nas dan hadis bagi menyokong tindakan Presiden mereka.
Justeru itu apalah yang boleh diharapkan dari perjuangan PAS yang tidak pernah konsisten sepanjang sejarah penubuhannya. PAS bersifat seperti 'melukut di tepi gantang. dan sentiasa 'menangguk di air yang keruh'. Lebih malang lagi golongan Kafir Harbi DAP mengaut laba politik dari perjanjian dan persefahaman mereka. Semoga Pimpinan PAS dan ahli-ahli mereka diberi kesedaran bahawa perjuangan mereka bersama DAP dan PKr hanya membolehkan Islam tercemar dan Ketuanan Meayu diruntuhkan. Wallahua'lam.





0 komen:
Post a Comment