RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Saturday, 24 November 2012

AHLI AKAR UMBI PAS DISERU BACA DAN TELITI BUKU JINGGA

















KUALA LUMPUR, 20 Nov – Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Mohd Hafiz Nordin, menggesa  ahli akar umbi parti tersebut agar  membaca dan meneliti perjanjian dan pendirian Pakatan Pembangkang yang diterjemahkan melalui buku jingga, di mana  perlaksanaan negara Islam dan hudud tidak  termasuk di dalam agenda gabungan parti tersebut sekiranya berjaya menguasai pentadbiran negara.
Beliau yakin, ramai ahli di kalangan akar umbi Pas yang tidak membaca buku tersebut dan terus terbuai dengan cerita-cerita hudud dan negara Islam yang didendangkan oleh kepimpinan Pas, sedangkan hakikatnya hudud mahupun negara Islam  tidak termasuk di dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.
“Kepimpinan Pas sendiri telah menandatangi perjanjian tersebut. Ini bukan cerita dongeng, tetapi realiti yang sepatutnya diambil berat oleh ahli akar umbi yang mahukan perlaksanaan hudud dan juga negara Islam, seperti mana yang menjadi matlamat dan dasar perjuangan asal Pas.
“Bagi saya, sikap retorik politik yang ada pada kepimpinan Pas yang terus menjual isu hudud dan negara Islampada ahli akar umbi sepatutnya tidak wujud di dalam sebuah parti pergerakan Islam. Untuk makluman ahli-ahli Pas, selagi mana kepimpinan Pas berpegang pada buku jingga, ini bermakna tidak akan ada hudud, tidak akan wujud negara Islam, biarpun Pakatan menang dalam Pru yang akan datang ini,” jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Beliau juga tidak menafikan bahawa perjuangan Pas hari ini sudah tersasar dan jauh terpesong dari matlamat dan dasar asal perjuangan parti tersebut dan tidak lagi berani bersuara tentang isu-isu sensitif yang melibatkan umat Islam seperti murtad, penganiayaan terhadap umat Islam dan sebagainya.
“Dalam muktamar baru-baru ini, ada suara-suara yang mengatakan Pas hari ini kata Pas masih lagi sama seperti dulu. Saya nak tanya kepada individu yang kata perjuangan Pas masih lagi sama seperti dulu, bila tarikh dia menyertai Pas? Kalau matlamat perjuangan Pas sama seperti dulu, saya tidak akan bertindak keluar dari Pas.
“Hari ini Pas menyokong isu-isu sensitif seperti baru-baru ini kenyataan yang keluar dari Naib Presiden PKR, yang meminta agar umat Islam juga diberikan hak kebebasan memilih agama. Bahkan. hari ini, Pas juga dilihat tidak lagi mementingkan kepimpinan ulama, malah ada kepimpinan Pas yang berpendapat bahawa golongan ulama di dalam Pas hanya perlu duduk diam di dalam majlis syura sahaja.
“Ini amat berbeza dengan Pas dulu yang mahukan kepimpinan ulama yang bermaksud, ulama itu sebagai pemimpin parti. Tetapi hari ini maksud kepimpinan ulama diterjemahkan pula sebagai pemimpin yang mengikut ulama seperti mana yang ditegaskan oleh salah seorang pemimpin Pas baru-baru ini. Ini bukannya dasar dan matlamat perjuangan Pas yang asal,” tegasnya.
Jelasnya lagi, matlamat dan hala tuju Pas sebenarnya sudah lari dari perjuangan asal ketika di penghujung tahun 90-an.
“Lebih tepat lagi, apabila Anwar dan golongan Anwarinas mula masuk menyerap di dalam Pas dan memegang jawatan-jawatan tinggi di dalam parti. Golongan Anwarinas inilah yang cuba mengubah corak dasar dan matlamat asal sehingga Pas hari ini dilihat begitu lemah dalam memperjuangkan isu-isu umat Islam seperti murtad dan sebagainya. Bahkan fahaman pluralisme dan liberalisme pula dilihat semakin kuat menyerap di kalangan pemikiran ahli dan kepimpinan Pas.
“Bagi saya, siapa yang berkata bahawa perjuangan Pas masih lagi seperti dulu, mereka itu mungkin ahli  baru menyertai Pas selepas tahun 90-an. Jika ahli-ahli yang sudah bersama Pas sejak dari kepimpinan Allahyarham Yusuf Rawa lagi, mereka akan sedar dan nampak bahawa perjuangan Pas hari ini sememangnya sudah lari dari perjuangan asal,” ujarnya. -MediaUMNO

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH