RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Showing posts with label TAHALUF SIYASI. Show all posts
Showing posts with label TAHALUF SIYASI. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

TAHALUF SIYASI: PENGERTIAN MUDAH




MUQADDIMAH

Tahaluf adalah perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu bagi menghadapi pihak lawan . Tahaluf mengikut rentetan :
-          Half al-Fudhul selepas Peperangan al-Fijar
-          Penyatuan Aus dan Khazraj di Madinah al-Munawwarah
-          Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah

HUKUM TAHALUF
Diizinkan syariat berdasarkan syarat-syaratnya . Pemahaman terhadap syarat-syaratnya perlu didahului dengan kajian perbezaan antara tahaluf yang diterima dan ditolak Rasulullah SAW

SYARAT – SYARAT TAHALUF
-          Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip
1.      Hubungan Rasulullah dengan Abu Talib
2.      Hubungan Abu Bakar dengan Ibn Daghnah
Contoh maslahat yang diizinkan :
1.      Ke arah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya
2.      Menentang kezaliman , penyelewengan dan keruntuhan moral
-          Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
1.      Penangguhan tahaluf dengan Bani Syaiban
2.      Pembatalan cadangan bertahaluf dengan Bani ‘Amir
-          Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka
-          Muwada’ah ( perjanjian sementara )
-          Isti’anah ( meminta bantuan )
1.      Mereka menolong kita
2.      Kita menolong mereka

KESIMPULAN
Pembahagian tahaluf :
-          Peringkat pembentukan kerajaan
1.      Kepimpinan oleh orang Islam
2.      Pengiktirafan terhadap Negara Islam
3.      Penerimaan terhadap Perlembagaan Islam dan syariatnya
-          Tanpa pembentukan negara
1.      Sebagai maslahah mengahadapi musuh yang lebih besar
2.      Bersama menentang kezaliman dan penyelewengan
3.      Berlindung sementara ketika lemah
4.      Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Gerakan Islam
Perhatian :
a.      Jangan terikat dengan janji yang akan menghalang prinsip
b.      Utamakan persefahaman dengan kumpulan Islam yang berpengaruh dan mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang dipercayai
c.       Mempunyai syakhsiah yang dapat menunjukkan perbezaan dengan pihak lain serta memahamkan perbezaan Islam dan ideologi moden
d.      Ikatan persefahaman yang longgar dengan kumpulan bukan Islam
e.       Kenyataan-kenyataan yang dibuat harus memikirkan kesannya terhadap hubungan tahaluf
f.        Berwaspada terhadap tipu daya mereka dan bergantung kepada Allah

PENUTUP
Nas-nas yang dikaji menunjukkan tahaluf boleh dilakukan secara melibatkan gerakan dan juga menghadapi isu-isu atau situasi- situasi yang khusus dengan memenuhi syarat-syarat tahaluf

Tuesday, 11 December 2012

SIYASAH SYAR'IYYAH DAN TAHALUF SIYASSY DI KALANGAN PARTI POLITIK UMMAT ISLAM MALAYSIA: SATU ANALISIS KRITIKAL



Siyasah Syar‘iyyah Dan Tahalluf Siyasiyy Di Kalangan Parti Politik Ummat Islam Malaysia: Satu Analisis Kritikal
Pendahuluan
Struktur politik Malaysia kini terbahagi kepada dua kelompok besar, iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Kesan daripada itu umat Islam terbahagi kepada dua kelompok besar yang masing-masing tidak ada nokhtah persamaan dan dalam masa yang sama bukti-bukti menunjukkan bahawa pihak non muslim bersatu dalam hal berkaitan dengan kepentingan mereka.  Di sana wujud peranan anasir luar yang juga ingin memastikan masa depan negara menjurus ke arah kepentingan mereka. Dibimbangi tahaluf ini tidak membawa apa-apa faedah dan keuntungan kepada kepentingan umat Islam keseluruhan.
Konsep Siyasah Syar’iyyah
Secara umumnya manusia adalah makhluk yang hidup bermasyarakat secara semula jadi. Kepimpinan politik adalah satu yang dhoruri dalam apa sistem sekali pun, demi menjaga kestabilan, keamanan dan kelangsungan hidup manusia di atas muka bumi. Ini kerana secara semula jadinya, manusia suka bercakaran antara satu sama lain.  Orang yang kuat akan menindas orang yang lemah dan begitulah seterusnya.
Siasah dalam Islam terbina atas tujuan yang sama iaitu untuk menjaga kemaslahatan hidup manusia, cuma yang membezakannya ialah peraturannya itu mengikut syariat. Ada pemerintahan yang diatur secara tabe’i dan ada yang berpandukan manhaj ilmu. Manakala yang berpandukan syarak dinamakan siyasah syar’iyyah.
Ibnu Khaldun (t.t 190) berpendapat, untuk memastikan kehidupan manusia terkawal ia hendaklah merujuk kepada undang-undang politik yang dipaksakan untuk diterima oleh semua orang, mereka hendaklah akur dengan hukumnya sepertimana berlaku kepada negara Parsi dan umat yang lain. Jika diandaikan negara tanpa siyasah seperti ini, ia akan menjadi kucar-kacir dan tidak boleh dikawal, seperti sunnah Allah pada orang yang terdahulu. Jika undang-undang ini dipaksakan oleh pemikir-pemikir dan pembesar-pembesar negara, ia dinamakan siyasah ‘aqliyyah dan jika ia dipaksakan daripada Allah dengan syariat yang diturunkan olehNya maka ia dinamakan siyasah diniyah (agama) untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Definisi Siyasah Syariyyah
Terdapat beberapa definisi yang diberikan oleh ulama terhadap siyasah syariyyah;
Ibnu Khaldun berpendapat kerajaan (al-mulk) tabe’i (biasa) ialah menanggung semua manusia mengikut kehendak tujuan dan shahwat, dan kerajaan siyasi (politik) menanggung semua manusia mengikut kehendak pandangan akal dalam membawa kemaslahatan dunia dan menolak kemudharatan. Oleh sebab itu, khilafah ialah menanggung semua manusia mengikut kehendak pandangan syarak untuk mendatangkan kemaslahatan akhirat dan dunia yang kembali kepadanya. Pada hakikatnya khilafah ialah menggantikan sahibul al-syariah (Rasulullah s.a.w) dalam mengawal agama dan menyusun urusan dunia dengannya.
Imam Haramain pula berpendapat imamah sebagai ri’asah yang sempurna, za’amah yang menyeluruh merangkumi tanggungjawab khusus dan juga umum dalam urusan agama dan dunia. Kandungannya ialah menjaga sempadan dan mengurus rakyat, menegakkan dakwah dengan hujjah dan pedang, menghalang penyelewengan dan kezaliman, membela orang yang dizalimi daripada orang yang zalim, mendapatkan hak-hak daripada mereka yang enggan dan menunaikannya kepada orang yang berhak. Apa yang dituntut oleh syariat daripada makhluk  ialah berpegang dengan agama, takwa, berpaut dengan amalan yang menghampirkan diri kepada Allah, berkerja keras untuk mencari redha Allah, bercukupan dengan dunia, mengelak dari ajakan hawa dan menghindarkan diri dari jalan dosa. Namun begitu Allah mencipta manusia dengan sifat semula jadi yang berkeinginan dan bersyahwat. Menurut Imam al-Haramain lagi, terjadi hubungan antara agama dan dunia seakan-akan tonggak dan sistem yang menjadi jalan membawa kepada penghasilan maqasid syarak dan peribadatan yang menyeluruh yang mengungkap tentang maqasid kulliyyah mengikut aspek syariat, kandungannya menyeru kepada kemuliaan akhlak dan menegah daripada kekejian.
Menurut al-Haramain, kebanyakan manusia tidak pernah terhalang dari terjerumus ke lembah hawa nafsu dengan semata-mata janji syurga atau neraka, dorongan dan ancaman, lalu Allah s.w.t memberi mandat kepada sultan dan pemimpin untuk menghalang, supaya hak-hak dapat dipenuhi, habuan disampaikan kepada empunyanya, menegah orang yang menceroboh, menyokong orang yang adil, mengukuhkan binaan rasional, menghapus segala bentuk pelampauan dan kerosakan, lalu teraturlah urusan dunia dan dengan itu tercapailah maksud agama.
Imam al-Ghazali dalam menjelaskan hubungan antara agama dan politik, berpendapat ungkapannya yang mashyur: al-diin ussun wa al-sultanu harisun.ma la ussa lahu famahdumun wa ma la harisa lahu fa dha’ik.
Saya bawakan ulasan ini supaya kita dapat menyelami maksud siyasah syariyyah bukan sekadar daripada takrif-takrif yang kering sahaja. Jelas kepada kita daripada pandangan-pandangan tadi tujuan daripadasiyasah syariyyah itu dari segi maksud dan cakupannya yang amat luas.
Kesimpulannya, tujuan daripada siaysah syariyya hialah mengekalkan qawa’ed (asas-asas) Islam secara sukarela atau paksa. Jadi maksud adalah agama tetapi penerusannya bergantung kepada dunia.



Tasarruful imam manutun bil al-maslahah (Tindak tanduk pemerintah terikat dengan maslahah)
Kaedah ini telah kemukakan oleh Imam al-Syafe’i yang berpendapat, kedudukan imam nisbah kepada rakyat seperti wali kepada anak yatim. Dalilnya kata-kata Saidina Umar daripada al- Barra’ bin Azib katanya: “Aku meletakkan diriku dalam menguruskan anak yatim seperti wali anak yatim. Kalau aku berhajat aku ambil daripadanya, bila aku dah senang aku kembalikan dan kalau aku dah cukup aku berpada daripadanya”.
Seorang imam atau pemimpin Islam harus mengetahui kaedah ijtihad bagaimana mengeluarkan hukum daripada nas al-Quran, hadis, umum-khusus, mutlak-muqayyad, qat’i-zanni, ijmak , kias, istihsan, masoleh mursalah, nasikh mansukh, taufik dan ta’arudh.
Tidak mungkin seorang yang tidak tahu kaedah-kaedah hukum tersebut dengan sewenang-wenangnya mahu mengeluarkan ijtihad berdasarkan kaedah maslahah atau juga bercakap tentang maqasid syarak. Ijtihad adalah satu disiplin yang mesti dipatuhi dengan teliti kerana hukum  adalah kalam nafsi azali yang hanya diketahui melalui imarat atau dalil- dalil.
Ijtihad maslahi adalah satu kaedah penting dalam siyasah syariyyah. Ini kerana apa yang disebut dalam istilah fuqaha’ nas yang terhad sedangkan peristiwa sentiasa berubah-ubah. Memahami kaedah ijtihad maslahah amat penting supaya pemerintah boleh keluarkan hukum sesuai dengan kehendak syarak bagi menangani kes-kes baru dan berubah-ubah. Kita pernah dengar istilah taghayyurul ahkam bi taghayyuru zzuruf. Ini bukan bermakna pengeluaran hukum dikesani oleh faktor suasana seperti difahami oleh sesetengah orang, tetapi pada hakikatnya pemerintah/mujtahid berpindah dari satu usul ke satu usul yang lain apabila berlaku perubahan pada kes.
Bagi menjelaskan lagi konsep maslahah ini, saya akan menerangkan perbezaan antara beberapa istilah seperti umum, kias, dan maslahah. Ketiga-tiga kaedah ini sebenarnya instrumen yang digunakan oleh ulama untuk mengumumkan atau menjelaskan bagaimana berlaku ta’diah hukum dari kes asas kepada kes-kes yang baru.
Al-Umum adalah kaedah ta’diah menggunakan lafaz. Maksudnya apabila sesuatu nas itu menggunakan lafaz yang umum maka ta’luk hukum kepada semua orang yang sama sifatnya. Contohnya lafaz innama al mukminun ikhwah (sesunguhnya orang mukmin itu bersaudara), maka persaudaraan itu menjadi ikatan hubungan antara semua orang yang beriman tidak kira bila masa dan di mana jua mereka berada, bukan berkenaan dengan orang yang berada pada zaman turun ayat sahaja atau pada mereka yang menjadi sebab turun ayatnya sahaja.
Ada sesetengah kes tidak terangkum dalam umum lafaz tetapi ia boleh dita’diah melalui illah atau sebab hukum. Sebagai contoh kias beras ke atas gandum. Hadis hanya menaskan hukum  riba ke atas gandum. Lafaz gandum tidak meliputi beras secara makna tetapi melalui jalan illat/sebab itu dari segi makanan asas. Jadi lafaz gandum yang disebut oleh hadis merangkumi kalimah beras secara illat. Seperti juga lafaz “uff” dalam ayat “la taqullahuma uff” merangkumi lafaz al-dharb (pukul) secara illah iaitu menyakiti. Larangan berkata uff dalam ayat tersebut kerana perkataan uff boleh menyakiti ibu bapa, apatah lagi memukul, tentu ia lebih menyakiti.
Selain daripada illat, satu perkara lagi yang juga boleh mengumumkan/ta’diah hukum dari satu kes ke kes yang lain yang seumpamanya ialah al-munasabah atau sering disebutkan hari ini sebagai maslahah (masoleh mursalah). Saya telah sebutkan konsep maslahah dan kategori maslahat yang telah dikeluarkan oleh ulama melalui cara istiqra’ iaitu penyelidikan yang menyeluruh. Antara maslahah ialah memelihara agama. Atas asas itu Saidina Umar memerintahkan agar mengumpulkan al-mushaf dan menulis hadis dan lain-lain. Begitu jugalah, atas asas yang sama Jabatan Agama Islam Malaysia menyenaraikan kalimah-kalimah yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam seperti Allah, Kaabah dan sebagainya, di mana ia termasuk dalam maslahah menjaga agama.
Konsep maslahah dan pembahagiannya
Hukum syarak tertegak atas dua asas sama ada mendatangkan manfaat (maslahah) atau menghindari kemudhoratan atau mafsadah.
Menurut al-Ghazali (1413: 287), mendatangkan manfaat dan menghindari mudhorat adalah tujuan atau maksud seluruh makhluk, kesejahteraan hidup mereka pada menghasilkan maksud tersebut. Namun apa yang kita maksudkan dengan maslahah ialah memelihara maksud syarak. Manakala memelihara maksud syarak untuk makhluk ada lima perkara; iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Jadi segala yang mengandungi unsur menjaga lima usul ini dianggap maslahah dan segala yang merosakkan lima perkara ini dinamakan mafsadah, manakala menghindarinya dianggap maslahah.
Perlu difahami bahawa syariat seluruhnya datang untuk mentahkik maslahah hidup manusia di dunia dan akhirat. Ini bermakna bahawa seorang yang ingin melakukan ijtihad maslahi harus mengkaji nas-nas syarak supaya mereka dapat memahami apa itu maslahah di sisi syarak. Kita tidak boleh menyandarkan (iktimad) maslahah secara sendiri mengikut akal kita semata-mata. Dalam hal ini, ada maslahah yang dianggap muktabarah (disahkan) oleh syarak dan ada maslahah yang dibatalkan (dihapuskan). Kebanyakan maslahah telah dinaskan oleh syarak, yang kadang-kadang berlaku percanggahan antara maslahah pada zahir yang perlu ijtihad dari mujtahid. Ada satu jenis maslahah yang mungkin tidak ada nas secara langsung tetapi ia terkandung dalam jenis maslahah yang dinaskan secara umum (jenis). Maslahah ini dinamakan ‘masolih mursalah’.
Saya telah sebutkan bahawa maslahah syar’iyyah telah dinaskan dan ulama telah mengenalpasti dari nas-nas wahyu terdapat tiga kategori maslahah iaitu:
1- Dhoruriyyat
2- Hajiat
3- Tahsiniyyat
Boleh dikatakan keseluruhan hukum syarak boleh dikategorikan kepada tiga kategori di atas. Perlu diingatkan sekali lagi bahawa ijtihad maslahi bukan suatu yang terlepas bebas daripada nas terpulanglah kepada mujtahid untuk mengeluarkan pendapat atas nama maslahah.
Kategori maslahah [i]
Maslahah dhoruriyyah ialah yang paling mustahak/asas yang mana tidak tercapai maslahah-maslahah tersebut kecuali dengan adanya ia. Contohnya menjaga nyawa ialah memelihara hidup, memelihara anggota dan segala yang tidak mungkin berlaku kelangsungan hidup kecuali dengannya dan begitulah seterusnya.
Maslahah hajjiyyat pula bukan bertujuan untuk menjaga usul yang lima, sebaliknya bermaksud menolak kesukaran, mengangkat kesempitan  atau mengawasi lima usul tersebut. Seperti tegahan penjualan arak, haram melihat aurat wanita dan sebagainya.
Maslahah tahsiniyyat atau kamaliyyat pula lebih rendah, ia tidak menjaga asal maslahah yang lima, tidak juga bertujuan untuk pewaspadaan tetapi untuk mengangkat kehebatan, memelihara kemuliaan seperti merendahkan pandangan dan sebagainya.
Jelas dari keterangan tersebut bahawa maslahah berbagai-bagai kategori, jika berlaku percanggahan secara mudah yang dhoruri diutamakan kemudian hajjiyat dan tahsinat. Perbahasannya panjang dalam kitab Usul Fikh.
Muwazanah (menimbang) antara maslahah
Kadang-kadang berlaku percanggahan antara dua maslahah atau juga antara maslahah dan mudhorat yang menuntut ijtihad dari pemerintah. Ia adalah satu medan yang sangat luas kerana tiada perkara yang semuanya maslahah kecuali iman dan tiada perkara yang semuanya mudhorat kecuali kufur. Selain dari itu semuanya ada maslahah dan ada mudhorat. Kita sering dengar kaedah dar’ mafasid muqadamun ala jalbu al-masoleh (menghalang mudhorat lebih utama dari mendatangkan maslahah). Ulama sering menggunakan contoh jika berlaku peperangan dan pihak musuh menggunakan tawanan Islam sebagai perisai, adakah harus bagi tentera Islam membunuh perisai tersebut?
Isu tahaluf siasi yangakan kita bincangkan nanti boleh diteliti melalui kaedah ini.
Menurut Izzudin Abd. Salam (74), apabila berkumpul maslahah dan mafsadah, jika menghasilkan maslahah dan menghalang mafsadah boleh dilakukan, kita kena lakukan demikian kerana arahan Allah dalam firmanNya yang bermaksud; “Dan bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu beruntung.” Jika tidak dapat menghalang mafsadah dan menghasilkan maslahah sekaligus, kita hendaklah melihat, jika mafsadah lebih besar dari maslahah, kita tolak mafsadah dan kita tidak mengambil kira kemaslahatan yang terabai. Firman Allah Taala yang bermaksud; “Mereka bertanya tentang arak dan judi, katakanlah padanya ada dosa yang banyak dan manfaat bagi manusia, sedangkan dosanya lebih besar dari manfaat keduanya”.

[i] “Taklif syarak merujuk kepada menjaga (al-hifzu) maksudnya pada penciptaan. Maqasid ini terbahagi kepada tiga tidak lebih dari itu: pertama dhoruriyyat, kedua hajiyyat, ketiga tahsiniyyat”.
“Adapun dhoruriyyat maknanya sesuatu yang tidak boleh tidak dalam menegakkan kemaslahatan agama dan juga dunia, sekira-kira jika diandaikan tiada, tidak boleh jalan segala maslahah dunia secara istiqamah (konsisten), bahkan akan merosak, menyukarkan dan terhenti kehidupan dan di akhirat tidak mendapat kejayaan dan nikmat serta kembali kepada kerugian yang nyata”.
“Perkataan menjaga (al hifzu) berlaku dengan dua aspek: pertama; perkara yang menegakkan rukun dan asasnya yakni menjaga dari aspek mengadakan (wujud) dan kedua; perkara yang menghalang kerencatan/kecacatan yang sedang berlaku atau akan berlaku dengan menjaga dari aspek mentiadakan”.
“Usul ibadat yang merujuk kepada menjaga agama dari mengadakan seperti iman, mengucap syahadah, solat, zakat, puasa dan haji dan seumpamanya. Dari sudut adat merujuk kepada menjaga nyawa/jiwa dan akal dari aspek pengwujudan seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan seumpamanya. Dan muamalat merujuk kepada aspek menjaga keturunan dan harta dari aspek pengwujudan dan merujuk kepada menjaga nyawa dan akal juga tetapi dari melalui jalan adat. Jinayat termasuk amar makruf nahi mungkar merujuk kepada menjaga semua dari aspek pentiadaan”.
“Manakala muamalat perkara yang merujuk kepada masalah manusia dalam hubungan sesame mereka seperti pindah milik dengan tukaran atau tanpa tuaran, akad kontrak terhadap riqab (hamba), manfaat dan juga kemaluan (al abdho”). Adapun Jenayah adalah perkara yang membatalkan perkara terdahulu disebutkan, disyariatkan hukum yang menghalang pembatalan atau merosakkan maslahah-maslahah tersebut seperti qisas dan diyat untuk  jiwa dan had untuk akal serta ganti rugi nilai harta bagi keturunan, dan potong dan ganti bagi harta dan seumpamanya”.
(Al Muwafaqat, juzuk 2, m/s 10)

Sunday, 25 November 2012

TAHALUF SIYASI BAGAIMANA... JIKA PEMIMPIN ISLAM DITOLAK JADI PM?


Who should be Pakatan Rakyat's prime minister if it wins the next GE?

  • Anwar Ibrahim 
    (72%, 4,713 Votes)
  • Lim Guan Eng 
    (15%, 971 Votes)
  • None of the above 
    (9%, 575 Votes)
  • Abdul Hadi Awang 
    (4%, 261 Votes)
Total Voters: 6,520
DISCLAIMER: These polls are not scientific and reflect the opinions of only those FMT readers who have chosen to participate.

Cadangan oleh perwakilan PAS bahawa Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri ketujuh Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihan raya umum ke-13 adalah sebenarnya bukan masalah besar.
 Ia tidak dibimbangi kerana pencalonan Hadi sebagai Perdana Menteri hanya akan mencapai jawatankuasa kerja PAS Pusat sahaja. Ini adalah bagaimana ia berfungsi.
Dewan Ulama akan mencadangkan nama Hadi ke Majlis syura yang terdiri daripada pemimpin agama / ulama yang diketuai oleh Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.
Selepas mendapatkan pengesahan Majlis Syura, nama Hadi kemudian akan diserahkan kepada JK Kerja PAS Pusat yang mempunyai ahli yang terdiri daripada kedua-dua ulama dan profesional.
Pada akhirnya, walaupun satu juta ahli PAS mahu Hadi untuk menjadi Perdana Menteri, keputusan itu adalah di tangan JK PAS Pusat yang mempunyai 35 orang pembuat keputusan.
Tidak seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah disahkan oleh kedua-dua Majlis syura dan JK PAS Pusat , Hadi belum lagi mendapat sokongan kedua-dua Majlis Syura  dan JK Kerja PAS Pusat..
Malah, terdapat orang lain dalam PAS dengan kepakaran ekonomi yang lebih sesuai untuk jawatan Perdana Menteri berbanding dengan Hadi tetapi janganlah kita masuk ke dalam itu.
Selain itu, Anwar mempunyai pengetahuan ekonomi yang kukuh dan dengan itu PAS akan mempertahankan  Anwar dan  walaupun PAS menang lebih banyak kerusi daripada rakan-rakan pakatan, Anwar masih akan menjadi perdana menteri.
Jadi polemik perkara ini perlu dihentikan  dan perwakilan PAS  yang membangkitkan isu ini di muktamar PAS  baru-baru ini  adalah tidak bijak untuk berbuat demikian pada  masa apabila pilihan raya umum ke-13 adalah tidak lama lagi.
Seperti biasa, media arus perdana akan memainkan isu ini  dengan mengatakan bahawa tidak ada perpaduan atau keharmonian di kalangan parti-parti komponen Pakatan.
Menurut MP PAS, yang ingin kekal tanpa nama, konservatif dalam PAS telah jatuh ke dalam perangkap yang diletakkan oleh bekas ahli PAS Dr Hasan Ali (ADUN Gombak Setia) dan Ahli Parlimen Bachok , Nasharuddin Mat Isa.
"Kedua-duanya sering melaungkan bahawa PAS telah menyimpang dari perjuangan Islam dan ini menyebabkan golongan konservatif mencuba untuk mempromosikan imej yang lebih Islam bagi PAS. Semangat golongan konservatif PAS tidak syak lagi telah ditunjukkan di muktamar itu, "kata MP ini.
"Bagaimanapun, kami mematuhi prinsip 'tahaluf Siyasi' iaitu prinsip kerjasama dengan sekutu Pakatan dan prinsip ini telah disahkan oleh kedua-dua Majlis syura dan JK Kerja PAS Pusat. Ini bermakna bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri dalam acara yang Pakatan menang pilihan raya umum ke-13, "tambah MP yang sama, yang juga seorang ahli JK PAS Pusat.
Oleh itu, ini bermakna bahawa nama Hadi akan terperangkap di JK PAS Pusat sahaja dan hanya akan dicadangkan oleh Majlis Syura  walaupun inipun masih belum berlaku.




Friday, 16 November 2012

MUKTAMAR : PAS PERBAHARUI KONTRAK SEBAGAI TUNGGANGAN PAKATAN


DAP hari ini menarik nafas lega apabila segala arahan yang diberikan sudah terlaksana.PAS sebagai parti tunggangan telah menjalankan tugas dengan baik untuk membantu DAP parti terkuat dan paling banyak kerusi bertanding didalam pakatan.Karpal,Kit Siang dan Guan Eng tersenyum lebar. Teresa Kok,Anthony Loke,Ng Wei Aik dan ramai lagi ultrakiasu dan avengelist ber-yam seng bermegah mereka dengan adanya ratusan ribu anjing diseluruh negara.
Anwar,Nurul Izzah dan barisan LGBT turut bergumbira memanjatkan kesyukuran...


Muktamar kali ini sekali lagi Khawarij PAS bertahaluf siyasi(persefahaman politik) istilah yang diguna pakai ternyata benar benar memperbodohkan penyokong sendiri.Dalam masa mereka menjaja agama,akidah dan hukum Allah sebagai produk politik,mereka tetap menganjingkan diri sebagai suruhan DAP dan PKR.



Anda boleh baca keratan dibawah sebagai bukti bahawa ahli PAS ditipu hidup hidup oleh kepimpinan parti untuk dijadikan tunggangan oleh DAP dan PKR.

Awal awal lagi pemimpin khawarij berusaha menutup minda penyokong sendiri,sebolehnya mereka tidak mahu penyokong dan ahli PAS daripada berfikir dengan mengunakan otak sendiri.

Tindakan pre ampitive sudah dibuat agar penyokong dan ahli pas agar tidak mempercayai pendedahan yang dibuat oleh lawan mereka. Inilah puncanya kegagalan otak penyokong pas untuk berfungsi dengan baik.


Ijtihad tunggangan DAP sudah diperbaharui,Muktamar tahun lepas puak munafik ini terlalu memikirkan tahaluf mereka dengan harapan mendapat keredhaan Lim Kit Siang,Guan Eng dan Karpal.



Para ulama di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya.

"Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadis membenarkan  Tahaaluf  Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

"Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya.

Harun Taib kata untuk mencapai matlamat politik Islam mereka bertahaluf dengan 2 parti yang ternyata liberal,pluralisme,LGBT dan secara terang menentang prinsip perjuangan parti PAS. Apa jenis tahaluf yang PAS harapkan. Bodohnya penyokong PAS ini mereka sendiri gagal untuk berfikir mana mungkin nak menjadi parti paling kuat didalam pakatan sedangkan sasaran PAS hanya untuk bertanding 30 kerusi sahaja selebihnya DAP dan PKR menguasai semasa PRU13 nanti.


Ini umpama lancapan politik yang sekadar memuaskan diri sendiri. Bukan saja PAS bohong kepada umat Islam mereka juga bohong kepada diri sendiri. Buktinya ini dokumen sulit yang ahli PAS dan penyokongnya tidak tahu bahawa PAS tidak akan sama sekali memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat federal.


Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS.Maknanya apa yang Harun Taib dan para pemimpin PAS laungkan bertahaluf siyasi kononnya demi kemenangan Islam adalah pembohongan semata mata .Ijtihad Besar sudah lama dibuat,muktamar kali ini hanya sekadar memperbaharui dan memperingatkan ahlinya bahawa mereka sudah lama buang prinsip perjuangan.




Ijtihad Besar untuk tidak memasukan persoalan negara Islan dan perlaksanaan hudud.
Ini punca  kenyataan Nurul Izzah membolehkan melayu murtad dipandang enteng oleh para pemimpin PAS.

Pisau kata "Orang melayu PAS ni bila dengar perkataan atau istilah yang berbunyi arab dia akan kata dah betul la tu"


TERUS BACA DISINI

Monday, 12 November 2012

TAHALUF SIYASI : HUKUM DAN SYARAT MENGIKUT DR MUHAMMAD AHMAD AR-RASYID




Dalil yang jelas tentang larangan meminta bantuan bukan Islam dan ketatnya syarat tersebut.
RUKUN PERTAMA:
Meminta bantuan bukan Islam seperti meminta bantuan negara non muslim, parti non muslim dan kumpulan-kumpulan bukan Islam adalah TIDAK DIHARUSKAN dengan dalil-dalil yang jelas. Namun begitu HARUS meminta bantuan individu non muslim sekiranya ada isyarat yang menunjukkan kepada amanahnya.
Hadis-hadis sahih;
1-      Dalam Sahih Muslim adalah menceritakan tentang seorang musyrik mahu menyertai Rasulullah dalam peperangan ke Badar, Nabi bertanya sekiranya dia telah Islam, dia menafikan keislaman, Nabi meminta dia balik dan bersabda bahawa baginda tidak akan meminta tolong dengan seorang musyrik.
2-      Dalam satu peperangan yang tidak dinyatakan nama peperangan tersebut oleh perawinya, baginda berkata bahawa tidak akan meminta bantuan orang-orang musrik untuk memerangi orang-orang musyrik yang lain.
3-      Dalam Riwayat Abu Yusof al-Qadhi, bahawa Rasulullah saw meminta bantuan dengan orang Yahudi bani Qainuqa’.
Larangan dalam hadis pertama adalah jelas. Al-Syaibani mentakwilkan hadis pertama dengan mengatakan larangan itu kepada mereka yang tidak berada dalam pemerintahan Rasulullah dan mereka tidak berperang di bawah payung Rasulullah. Sekiranya begitu sifatnya, makruh meminta bantuan daripada mereka.
Al-Syaibani tidak meletakkan hukum umum dalam isu MAKRUH meminta tolong daripada orang-orang kafir, tetapi menjadikannya sebagai pandangan seorang ketua orang-orang Islam. Rasulullah saw didatangi dengan 700 orang Yahudi Bani Qainuqa’ yang sedia berperang dengan Rasulullah dalam peperangan Uhud, tetapi ditolak oleh Rasulullah dengan alasan, baginda tidak mahu meminta bantuan orang-orang musyrik. Dalam hal ini, al-Syaibani  berpendapat, penolakan Rasulullah disebabkan kebimbangan bagainda dengan perasaan rendah diri dan rasa terhina tentera-tentera Islam yang lain, sebab itulah Baginda menolaknya. Sekiranya seorang ketua muslimin itu berpendapat tidak wajar meminta bantuan orang kafir dibimbangi akan berlaku fitnah, wajarlah ia menolaknya.
Dalil ini adalah jelas, kerana setinggi-tinggi hukum meminta tolong dengan non muslim ialah HARUS sahaja, tidak sampai WAJIB. Sebaik-baiknya pemimpin kena menjauhi dari meminta tolong dengan non muslim. Abu Hanifah meletakkan syarat yang sangat ketat tentang meminta bantuan dengan orang kafir, berdasarkan Kisah Rasulullah pernah meminta bantuan Yahudi Qainuqa’ bagi memerangi Bani Quraizah.
al-Syaibani pula meletakkan dua syarat untuk meminta bantuan dengan non muslim;
1-      Boleh meminta bantuan dengan syarat non muslim boleh dipercayai, di mana kita merasa aman apabila berperang dengan mereka dan tidak menimbulkan fitnah bersama mereka.
2-      Hukum Islam yang dominan ke atas mereka, dengan kata lain… non muslim itu golongan yang lemah, dan jemaah Islam itu lebih kuat dan dominan.
Bagi al-syaibani, meminta bantuan dengan non muslim HARUS tetapi lebih kepada JARANG-JARANG BERLAKU dan dalam keadaan pengecualian. Ini adalah pandangan tokoh-tokoh  ilmuan feqh termasuk tokoh-tokoh daripada kalangan pengikut Imam Hanafi dan al-Tahawiah.
Bagi Abu Hanifah, al-Syafei, Thauri dan Awza’ie berpendapat;
Tidak ada masalah meminta bantuan dengan non muslim selagi mana Islam lebih kuat dan dominan, tetapi makruh meminta bantuan ketika non muslim lebih dominan dan kuat.
Pendapat Al-Karabisi, boleh meminta bantuan orang non muslim apabila mereka;
1-      Tiada SYAUKAH
2-      Berada bawah pemerintahan atau undang-undang  ORANG ISLAM
3-      Tidak memberi mudarat kepada orang Islam
Bezanya di sini ialah syarat untuk bercampur dengan mereka ialah apabila;
1-      Mereka berada di bawah kekuasaan dan hukum kita;
2-      Bilangan mereka adalah sedikit dan minoriti,
Apabila jumlah mereka adalah kecil, ini tidak mendatangkan mudarat kepada orang-orang Islam. Sekiranya wujud suasana ini, minta bantuan mereka adalah HARUS.
Tidak HARUS meminta bantuan sekiranya mereka mempunyai SYAUKAH, kerana mereka mungkin tidak akan berada di bawah kuasa dan hukum kita, mereka tidak akan keluar untuk membantu kita dan mengalahkan agama mereka, kita tidak akan merasa aman dengan meminta pertolongan mereka, jadi tidak HARUS meminta pertolongan mereka. Kita kembali kepada hadis Rasulullah yang tidak mahu meminta bantuan orang kafir tadi.
Sementara peristiwa Rasulullah meminta bantuan Yahudi Qainuqa’ untuk memerangi Yahudi Quraizah adalah kerana Yahudi Qainuqa’ berada dalam jumlah yang sedikit dan tidak mendominasi orang Islam.
Ibn Khuwaiz al-Basri al-Maliki berpendapat Kitab Allah Taala secara jelas bertentangan dengan pandangan Abu Hanifah yang mengharuskan hukum ini.
Firman Allah;
118. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya (ali-Imran 3:118).
57. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman (al-Maidah 5:57).
Kedua-dua ayat ini dengan jelas menunjukkan larangan menyokong dan membantu orang kafir.
Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,
Ketua Wanita ISMA
Blog: The Sweetness of a Partnership


VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH