RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Monday, 26 November 2012

PENYELEWENGAN DAP DI SELANGOR


PENYELEWENGAN WANG OLEH DAP DI SELANGOR  ( Bekas Setiausaha Cawangan DAP Kampung Baru Balakong )

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib DAP Tan Kok Wai telah menipu apabila beliau berkata kepada media baru-baru ini bahawa tiada aduan terhadap ahli majlis Kajang dan bekas setiausaha politik Lim Kit Siang, Lee Kee Hiong dan penglibatan bapa saudara Lee,  Lee Wye Weng  dalam penyelewengan wang peruntukan pilihan raya  bagi kawasan di Selangor.

KRONOLOGI PENYELEWENGAN DANA DAP DI SELANGOR:
TAHUN 2008:
Bekas ahli majlis daerah Hulu Selangor K.A Ramu telah membuat aduan kepada DAP Pusat terhadap Lee Kee Hiong pada tahun 2008 diatas pengagihan dana untuk di kawasan Kuala Kubu Baru tetapi tiada tindakan diambil.

9 DECEMBER 2010:
MP Wangsa Maju  Wee Choo Keong telah mendedahkan kepada media hubungan Lee Wye Weng  dan Lee Kee Hiong di mana Cik Lee Kee Hiong  telah berulangkali menafikan mereka adalah saudara-mara . Namun setelah diselidik, telah terbukti bahawa mereka sememangnya bersaudara.
MAY 2011
Tee Boon Hock
Bekas ahli majlis Klang Tee Boon Hock membawa isu ini kepada akhbar dan menunjukkan bukti bahawa Lee Wye Wing sebenarnya telah bankrap dan perkhidmatan syarikat WSK beliau hanya ditubuhkan pada bulan Julai 2008 (4 BULAN SELEPAS PRU-12), tidak seperti apa yang Lee Kee Hiong mendakwa mempunyai rekod yang panjang dalam sektor pembinaan.
AUGUST 2011
Ahli DAP dari Seri Kembangan , Yap Kun Min memberitahu media beliau telah membuat aduan kepada DAP berdasarkan apa yang Teoh Beng Hock memberitahu beliau sebelum kematiannya mengenai Lee Kee Hiong. Namun sebagai balasan, Yap Kun Min telah dipecat oleh DAP.

NOVEMBER 2011
Ahli-ahli DAP Selangor telah dinafikan hak mereka untuk membawa isu-isu ini dalam konvensyen parti negeri. Speaker konvensyen telah menghalang dan menutup mikrofon apabila ahli-ahli mahu bersuara.

KESIMPULAN
Cara DAP mengendalikan aduan ini bertentangan dengan prinsip parti itu sendiri yang konon nya; kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan. Diakui bahawa Lee Kee Hiong adalah salah satu daripada tokoh-tokoh parti yang paling berkuasa di DAP Selangor dan bakal dilantik sebagai Senator atas tiket kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah kerana hubungan baik beliau dengan beberapa pemimpin tertinggi parti.

 Isu-isu seperti ini akan terus diketengahkan berkali-kali jika tidak ada tindakan yang diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyalahgunaan dana awam yang menyebabkan penyiasatan oleh SPRM dan seterusnya membawa kepada kematian Teoh Beng Hock.
Ditulis dalam Bahasa Inggeris oleh:

Bekas juruaudit DAP cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min : GESA SPRM SIASAT RASUAH DAN KORUPSI DALAM DAP SELANGOR
PETALING JAYA: Bekas juruaudit DAP cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan kes kematian bekas Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Beliau mendakwa Parti Tindakan Demokratik (DAP) sengaja menjadikan mendiang sebagai ‘kambing hitam’ atas kesilapan yang dilakukan pihaknya, selain memutar belitkan fakta berhubung kematian Teoh.

Katanya, ini kerana adalah mustahil bagi seorang pegawai biasa untuk meluluskan sebarang peruntukkan yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri.

“Teoh ‘dipergunakan’, sedangkan tidak logik bagi mendiang yang hanya bertugas sebagai pegawai khas untuk menandatangani segala dokumen berkaitan dengan peruntukan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya lagi, mendiang pernah memberitahu beliau sebelum ini bahawa dirinya terpaksa melakukan tugas terbabit serta sedia maklum dengan risiko yang bakal diterimanya.
“Mendiang pernah berkata, sama ada dia lakukan (tugas) atau tidak dia tetap berdepan dengan masalah besar. Bermakna mendiang hanya dipergunakan, DAP telah memutar belit cerita di media bagi menutup tembelang mereka,” katanya pada sidang media.

Mengulas lanjut mengapa baru sekarang beliau membuat dakwaan tersebut, Yap Kon Min berkata pihaknya telah dua tahun berjuang menuntut keadilan atas kematian mendiang seperti membuat laporan kepada polis, SPRM dan Majlis Peguam bagaimanapun usahanya menemui jalan buntu sekali gus disingkirkan dari DAP pada 2011.

Justeru, beliau sekali lagi mendesak agar SPRM dan pihak polis membuka semula kertas siasatan bagi menyiasat kematian Teoh yang disifatkannya sebagai ‘tidak adil’. Teoh merupakan seorang pegawai khas kepada Ean Yong Hian Wah.

Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri Selangor yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Bekas pembantu exco Selangor itu ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 April 2009 selepas memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.
Sementara itu, pada sidang media yang sama Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng hari ini mencabar Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching agar menyamannya berhubung dakwaan beliau cuba mencemarkan nama baik wanita tersebut.

“Saya telah terima surat yang meminta saya untuk mengemukakan permohonan maaf kerana menuduh beliau (Chan Hung Guan) menerima sogokan berjumlah RM500 sebulan. Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap saya.
“Saya sukacitanya mengumumkan bahawa saya mencabar mereka untuk terus menyaman saya. Tak perlu notis pemberitahuan, notis desak permohonan maaf atau sebagainya. Saya cabar Teo Nie Ching sendiri saman saya. Kerana dalam kenyataan sebelum ini, saya katakan Nie Ching terlibat kerana bayaran tersebut dibuat kepada Pusat Perkhidmatan Parlimen Serdang dan beliau adalah orang yang bertanggungjawab ke atas pusat tersebut,” katanya.

Katanya, beliau tetap bertegas dengan dakwaan itu kerana Teo Nie adalah individu yang bertanggungjawab dalam pengutipan rebat politik bernilai RM500 sebulan itu.
“MP Teo Nie Ching disyaki terlibat dalam pengutipan rebat politik bernilai RM500 sebulan. Beliau harus menjelaskan sama ada ya atau tidak (terlibat) kerana ia adalah etika seorang ahli politik dan juga peguam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mendedahkan penyelewengan wang sewa premis pusat khidmat Parlimen Serdang, yang melibatkan pembantu Nie Ching, Chan Hung Guan.
Hung Guan dikatakan telah mengumpul sebanyak RM18, 000 sejak 2009 di bawah satu ‘perjanjian rahsia’ antara beliau dan pemilik premis, di mana beliau mengutip separuh daripada sewa tersebut berjumlah RM500 sebulan. 

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH