Dalam kenyataan Si Mujahid Yusof Rawa hari ini menjelaskan bahawa dia tetap menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah tu.
Kata Mujahid, apa yang dijelaskan oleh Si Nurul Izzah tu betul dan orang Melayu tidak wajar dipaksa untuk menganuti agama Islam.
SHAH ALAM: Pemimpin kanan PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kebebasan agama termaktub dalam Islam, justeru, katanya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tidak salah menyokong supaya prinsip itu turut diguna pakai untuk orang Melayu, dan tidak terbatas kepada bukan Islam sahaja."Apa yang dinyatakan oleh Izzah (ialah) reaksi kepada satu soalan iaitu adakah kebebasan agama ini juga diaplikasikan kepada orang Melayu," kata Mujahid kepada Antarapos."Dia (Nurul) kata prinsip kebebasan agama yang diletakkan oleh Islam (jadi) aplikasinya kepada semualah termasuk orang Melayu," kata Mujahid yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS."Itu adalah satu pilihan. Tidak ada seorang yang dapat paksa tetapi ini bukan bermakna membawa kepada murtad," tambah beliau."Pada masa yang sama Allah S.W.T mahu menunjukkan nilai beragama itu maka Allah bagikan prinsip tidak ada paksaan dalam beragama," katanya.
TERUS BACA DISINI

0 komen:
Post a Comment