Mungkinkah terlalu ramai Ulamak Abbad didalam Dewan Ulamak Pas Pusat? Sungguh membimbangkan apabila satu entiti besar seperti PAS yang mendakwa diri sebagai satu kelompok pejuang agama akhirnya rebah tersungkur bila dihimpit keinginan berkuasa di Putra Jaya. Keteguhan ikatan dalam Pakatan bersama DAP dan PKR perlu dijaga lebih dari menjunjung kesyumulan Islam itu sendiri. Natijahnya hanyalah satu dimana rakyat terbanyak pasti akan mendapat persepsi bahawa PAS tidak lagi boleh diharap sebagai pembela agama malah lebih teruk telah meletakkan Islam sebagai percaturan dan barang dagangan jual-beli.
Muktamar PAS ke 58 telah mula bersidang. Lebih dari 1000 perwakilan mewakili sayap-sayap perti datang dari seluruh negara untuk mengikuti muktamar. Banyak pengharapan dan pertanyaan bermain di lubuk fikiran para perwakilan berkenaan pengisian dan resolusi yang akan dicapai melalui muktamar kali ini. Adakah segala-galanya berkenaan muktamar ini berkenaan PRU13 yang dijangka berlaku tidak lama lagi? Apakah pula jadinya dengan isu-isu yang lebih mendekati perjuangan PAS kononnya selama ini seperti polemik yang ditimbulkan oleh Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah Anwar?
Tidaklah juga memeranjatkan bila dimaklumkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib bahawa isu tersebut tidak akan dibincangkan. Ianya adalah amalan standard yang sudah menjadi seperti kemaruk kuasa ke Putra Jaya. Menyedari bahawa kesepakatan dalam Pakatan Rakyat akan terjejas jika isu ini dibincangkan maka tindakan mengenepikan isu kebebasan beragama seperti yang dianjurkan oleh Naib Presiden PKR itu dikekalkan. Adakah itu juga menjadi aspirasi dan harapan semua perwakilan? Lebih menggelikan hati bila ucaptama oleh Ketua Dewan bertajuk Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam dimana haraki itu bermaksud ulamak yang mementingkan isu aqidah.
Sungguh membimbangkan apabila satu entiti besar seperti PAS yang mendakwa diri sebagai satu kelompok pejuang agama akhirnya rebah tersungkur bila dihimpit keinginan berkuasa di Putra Jaya. Keteguhan ikatan dalam Pakatan bersama DAP dan PKR perlu dijaga lebih dari menjunjung kesyumulan Islam itu sendiri. Natijahnya hanyalah satu dimana rakyat terbanyak pasti akan mendapat persepsi bahawa PAS tidak lagi boleh diharap sebagai pembela agama malah lebih teruk telah meletakkan Islam sebagai percaturan dan barang dagangan jual-beli.
Bagaimana ini mungkin berlaku? Kenapa PAS begitu rendah pertimbangannya sehingga melihat isu ini sebagai terpinggir dan tidak perlu diberi perhatian. Sebilangan yang telah mengikuti perkembangan PAS terkini mendapati punca kepada keadaan yang memperlihatkan kredibiliti ulama di dalam PAS itu merudum teruk adalah akibat penguasaan golongan Islamsit Demokrat yang berkiblatkan Anwar Ibrahim. Mereka ini juga di gelar sebagai Anwarinas atau Erdogan. Kelibat golongan ini mungkin tidak ternyata dikalangan ahli akar umbi tetapi permainan mereka inilah yang menyebabkan pimpinan ulama seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa gugur dari saf kepimpinan tertinggi PAS.
Golongan ini secara halus dan terancang telah meresapi juga jiwa dan pemikiran ulama didalam PAS termasuklah Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat malah Presiden parti sendiri iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Adakah mereka betul-betul terpengaruh atau mereka sendiri dipengaruhi oleh emosi dan nafsu besar untuk ke Putra Jaya? Isu-isu lain seperti penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam, serbuan keatas gereja di Selangor dan beberap lain telah menonjolkan lagi kemenjadian golongan Islamist Demokrat ini.
Pelik dan menghairankan juga bila Dewan Ulama PAS Pusat melalui webnya telah menyatakan bahawa golongan Islamist Demokrat ini adalah golongan yang menyeleweng tetapi tiada tindakan yang jelas diambil untuk membendung kehadiran golongan ini malah mereka diberikan tempat yang terbaik dikalangan pimpinan PAS. Seperti yang disebut oleh salah seorang perwakilan iaitu Perwakilan Perak Ustaz Azli Musa aka Ustaz Taliban ''Kita tidak mahu ulamak seolah orang yang menolak kereta yang rosak, tetapi apabila kereta elok, ulamak ditinggalkan makan asap.'' Jelas disini timbul kebimbangan dikalangan ahli akar umbi akan keadaan yang ditimbulkan oleh golongan Islamist Demokrat ini tidak disenangi oleh mereka.
Namun ianya tidak selari dengan usul yang diterima tanpa bahas pada hari ni iaitu " menyedari bahawa PAS merupakan satu gerakan untuk mendaulatkan kalimah Allah SWT berdasarkan tuntutan al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias. Maka sudah tentu dasar dan prinsip ini tidak berubah sama sekali dan PAS akan terus mempertahankannya. Maka Dewan Ulamak PAS hendaklah menjadi benteng Islam untuk memelihara dasar dan kesucian parti daripada diresapi oleh mana-mana fikrah haddamah (fikrah perosak) yang boleh merosakkan fikrah dan halatuju parti.


0 komen:
Post a Comment