"Apakah hanya kerana bersahabat dengan PKR dan DAP perkara yang menyentuh soal akidah pun Pas sanggup membisu? Kalau begitu sikapnya, tidak ubah seperti perangai orang Yahudi yang hanya pandai menegur salah kumpulan lain, tetapi jika pihak yang melakukan kesalahan itu orang Yahudi, maka semua diam," katanya.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad yakin perkara itu berlaku berikutan sikap membisu Nik Aziz terhadap persoalan pokok berhubung kenyataan kontroversi Nurul Izzah sebaliknya menyalahkan media kononnya sengaja mensensasikan isu.
Beliau juga percaya Mursyidul Am Pas itu sebenarnya mempunyai kesedaran berhubung apa yang diperkatakan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut tetapi memilih berdiam diri kerana matlamat menawan Putrajaya dianggap lebih penting berbanding mempertahankan akidah Islam.
"Saya cukup yakin pihak tertentu terutama golongan Anwarinas telah memujuk rayu Nik Aziz supaya jangan mengeluarkan kenyataan yang dilihat merugikan pembangkang. Sebagai Mursyidul Am, saya yakin beliau faham kontroversi yang berlaku tetapi memilih Putrajaya melebihi segalanya.
"Ketika umat Islam terarah kepada beliau untuk mendengar fatwanya mengenai isu ini, Nik Aziz mengambil sikap yang pada saya, bukan sahaja tidak adil tetapi cukup pelik kerana isu Nurul Izzah ini cukup jelas menyentuh berkenaan soal akidah Islam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nurul Izzah ketika menjawab soalan sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu yang dilontarkan peserta Forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab di Subang Jaya baru-baru ini berkata, kebebasan beragama harus terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.
Beliau yang dipetik melalui portal berita propembangkang, Malaysiakini berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...Mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata,".
Dalam pada itu, Ismail Mina berkata, Pas tidak lagi layak atau relevan menggunakan nama Islam serta mendakwa parti tersebut memperjuang agama Allah kerana isu fundamental seperti akidah pun tidak dapat dipertahankan kerana mahu menjaga hati sekutu mereka iaitu PKR dan DAP.
"Bagi saya Pas perlu muhasabah diri, apakah parti itu masih relevan dengan umat Islam? Apakah tidak malu menggunakan nama Islam tetapi perkara akidah yang menjadi asas kepada agama sendiri pun tidak sanggup dipertahan. Apakah Pas sudah lupa yang Islam ini tertegak di atas akidah dan wajib kita pertahankan.
"Apakah hanya kerana bersahabat dengan PKR dan DAP perkara yang menyentuh soal akidah pun Pas sanggup membisu? Kalau begitu sikapnya, tidak ubah seperti perangai orang Yahudi yang hanya pandai menegur salah kumpulan lain, tetapi jika pihak yang melakukan kesalahan itu orang Yahudi, maka semua diam," katanya.
© Utusan Melayu (M) Bhd


0 komen:
Post a Comment