KUALA LUMPUR 13 Nov. - Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 akan membuka tirainya malam esok dengan muktamar tahunan Dewan Pemuda di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Kota Bharu.
Muktamar Pas kali ini menjadi tumpuan berikutan pelbagai isu yang melumuri parti itu sejak tahun lalu termasuklah soal pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali, kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta isu pelaksanaan hukum hudud.
Ramai pemerhati politik melihat, muktamar Pemuda yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dikatakan bakal menjadi momentum kepada perjalanan muktamar induk.
Ia memandangkan muktamar Pemuda Pas secara rekodnya dilihat begitu lebih agresif dalam membangkitkan pelbagai isu yang melanda parti tersebut terutama perkara-perkara boleh menjejaskan kredibiliti Pas di mata rakyat.
Bagaimanapun ramai yang sangsi, apakah dalam muktamarnya kali ini, Pemuda Pas akan bersuara lantang menyentuh isu-isu yang dinyatakan khususnya berkaitan hukum hudud dan kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang.
Keadaan itu berlaku kerana Pemuda Pas dilihat gagal memberi respons yang diharapkan dalam isu berkaitan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa kebebasan beragama patut terpakai kepada orang Melayu.
Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang dan kini merupakan aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin ketika dihubungi berkata, kelesuan muktamar Pemuda parti itu telah bermula sejak muktamar di Ipoh iaitu selepas Pas menyertai pakatan.
''Saya percaya untuk muktamar kali ini tidak akan seorang pun perwakilan yang berani menimbulkan isu kedudukan Pas dalam pakatan, isu berkaitan dengan Nurul Izzah dan kegagalan Pas memperjuangkan akidah umat Islam.
''Jika ada sekalipun perwakilan terbabit akan 'dibenam' oleh perwakilan-perwakilan lain yang telah disusun atur oleh puak-puak Anwarinas di dalam Pemuda,'' katanya.
Dengan nada yang cukup sinis, beliau yakin Pemuda di bawah kepimpinan Nasrudin Hasan tidak ada kekuatan untuk membincangkan isu-isu tersebut secara khusus di dalam muktamar berkenaan.
Apatah lagi, ujarnya jika isu tersebut menyentuh DAP dan PKR.
Secara teorinya, tanggapan Mohamed Hafiz itu tidak boleh ditolak atau dinafikan kerana kelesuan Pemuda Pas ketika ini cukup terserlah hinggakan isu berkait rapat dengan akidah didiamkan begitu sahaja tanpa ada pendirian tegas.
Bayangkan sehingga hari ini Pemuda Pas langsung tidak menyatakan pendirian mereka terhadap isu berkaitan dengan Nurul Izzah sedangkan 'sudah terang lagi bersuluh' anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Islam.
Itu belum dikira isu berkaitan dengan moral oleh pemimpin-pemimpin tertentu dalam pakatan serta penentangan DAP terhadap hukum hudud.
''Walau apa pun saya jangka isu Syiah mungkin akan ditimbulkan di dalam muktamar Dewan Pemuda Pas kali ini.
''Itu pun saya tidak tahu sejauh mana wujudnya keberanian mereka untuk membangkitkan isu Syiah lebih-lebih lagi jika hendak dikaitkan dengan lawatan Mohamad Sabu kes Syria, baru-baru ini.'' katanya lagi.
Bagaimanapun Utusan Malaysia difahamkan di peringkat akar umbi, ahli-ahli Pas amat mengharapkan muktamar yang bakal diadakan mampu menamatkan keresahan mereka berikutan pelbagai isu yang melanda parti itu.
Apa yang mereka ingin lihat ialah kepimpinan Pas menentukan hala tuju yang jelas terutamanya dalam memperjuangkan agenda Islam.
Selain itu, mereka menaruh harapan supaya muktamar tersebut dapat menzahirkan satu ketetapan bagi menghapuskan tanggapan bahawa Pas hanyalah 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

© Utusan Melayu (M) Bhd

0 komen:
Post a Comment