RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Wednesday, 14 November 2012

KEWANGAN NEGARA AMPUH




SEOUL 13 Nov. - Pakej rangsangan ekonomi yang dilaksanakan oleh negara-negara maju tidak akan memberi kesan penyahstabilan kepada sistem kewangan negara-negara lain, sebaliknya langkah itu mampu mengendalikan kemeruapan aliran modal dengan lebih baik.
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (gambar) berkata demikian setelah beberapa negara Asia melahirkan kebimbangan terhadap kekerapan suntikan dana berlebihan serta kemeruapan ekonomi didorong oleh pelaksanaan pakej rangsangan oleh negara-negara maju.
"Pada ketika ini, kemeruapan aliran kewangan tidak akan menyahstabilkan sistem kewangan kita.
"Kita akan terus memiliki aliran kredit yang kukuh dan ini akan menyokong ekonomi negara untuk berkembang dalam masa sekarang," katanya dalam taklimat media selepas menghadiri mesyuarat kumpulan penasihat bagi Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB) di sini, semalam.


© Utusan Melayu (M) Bhd

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH