RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Showing posts with label MUKTAMAR. Show all posts
Showing posts with label MUKTAMAR. Show all posts

Saturday, 17 November 2012

MUKTAMAR: PERWAKILAN MERUNGUT TENTANG PBS!!! DIA CIKGU ATAU ISTERI DIA CIKGU?

Nor Azman Mohamad




Tiada satu isu pun yang tidak terlepas dari menjadi kritikan tidak membina oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka sering melihat sesuatu itu dari sudut yang sentiasa negatif. Adakah mereka mempunyai penyakit hati tidak bersih yang kronik? Bagaimana mereka dapat membuat telahan PBS akan menjadikan nasib anak bangsa tergadai sedangkan ianya baru bermula. Apakah bukti dapatan dan kajian yang menyokong pemerhatiana kosong ini? Porpaganda dan dakyah memburukkan segala usaha baik dan terancang kerajaan untuk membuat penambaikan akan sentiasa diberi persepsi buruk oleh pembangkang untuk mempengaruhi rakyat.

PENGKALAN CHEPA - Perwakilan dari Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad hari ini mendakwa sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bagi menggantikan sistem peperiksaan sedia ada sebagai langkah "memperjudikan nasib anak bangsa".


Menurut Azman, jika kerajaan Umno-BN dibiarkan terus mentadbir negara, maka samalah dengan Pakatan Rakyat membenarkan nasib anak bangsa terus tergadai di tangan sistem yang masih tidak jelas itu.

"Pada peringkat (sistem PBS ini) awalnya gagal kerana sumber manusia yang digunakan untuk melaksanakan PBS ini dibebankan dengan kerja begitu banyak.

"Guru-guru ini perlu dikembalikan kepada profesionalisme seorang guru yang sebenar.

"Guru-guru tidak boleh lagi dibebankan dengan kerja-kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di dewan Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.

Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. 

Sistem ini mula dilaksanakan di sekolah rendah pada 2011 dan dijadualkan menjelang 2016, murid-murid sekolah rendah akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah ditambah baik.

Bagi peringkat sekolah menengah, sistem PBS baru digerakkan dan dijangka dalam tempoh dua tahun berikutnya, ia akan mula dilaksanakan bagi penambahbaikan pada Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

PBS merupakan satu pentaksiran yang dianggap berkemampuan menilai aspek kognitif (intelek), efektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Namun menurut Azman, sistem PBS ini membebankan tanggungjawab guru-guru di negara ini yang sepatutnya menumpukan kepada tugas-tugas mendidik anak bangsa dan bukannya terbabit dengan kerja yang tidak sepatutnya.

"Kadang-kadang guru dipaksa melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seorang guru lakukan. Guru juga kadang-kadang dipaksa memenuhi kerusi-kerusi dewan kerusi Majlis Perbandaran untuk menyambut menteri dan timbalan-timbalan menteri datang, guru juga dipaksa untuk hadir program-program Umno dan Barisan Nasional, guru juga dibebankan dengan program-program yang luar daripada aktiviti persekolahan dan aktiviti pendidikan," ujarnya lagi.

Justeru menurut Azman, sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negara kelak, gagasan itu komited untuk mengurangkan beban guru di samping elaun tambahan RM500 kepada guru-guru.  

Friday, 16 November 2012

MUKTAMAR: DAP TETAP TAK TERIMA HUDUD


"Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan...saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,".

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw berkata, tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.

Beliau berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan Pas berkenaan pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. 

"Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan...saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,".

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian , Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.

Semalam Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata isu hukum hudud hanya diperbesarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Menurut ucapan presiden (Abdul Hadi ketika merasmikan muktamar) ia tidak menyatakan begitu (apa-apa yang berkenaan dengan isu hudud). Ia hanya menyebut mengenai negara berkebajikan dan perpaduan," katanya.

Berkata berkata 'negara berkebajikan' tidak boleh dialih bahasa kepada 'welfare state' kerana menurutnya ianya jauh berbeza daripada segi maksudnya.

"Negara berkebajikan Islam ini merangkumi lebih daripada apa yang dikatakan 'welfare state' yang menjurus kepada negara komunis atau negara sosialis. Ianya (negara berkebajikan) lebih berpandukan perpaduan bersama, untuk bawa generasi muda sekarang dan akan datang ke arah yang memberikan kita lebih kemajuan," katanya. - Bernama

PEMUDA PAS MAHU PAS DOMINASI PAKATAN BUKAN PAK TURUT





KOTA BHARU 15 Nov. - Perwakilan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Mohd. Zulkarnain Md. Zaki  menegur kepemimpinan parti itu yang seolah-olah tidak konsisten dalam menjalankan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Pas sepatutnya mendominasi kerjasama itu terutamanya dalam memimpin kepada pembangunan Islam.
"Sepatutnya dalam pakatan kita mendominasi kepemimpinannya, yakni kita kena memimpin pakatan berkenaan. Tetapi sebaliknya kita lihat hari ini mereka yang memimpin kita.
''Kita ikut saja apa kata sahabat-sahabat kita dari DAP dan PKR," katanya sambil disambut dengan tepukan oleh perwakilan.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) Ke-53 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam di sini hari ini.
...

TERUS BACA DISINI

MUKTAMAR : LAGU HUDUD DIMAINKAN SEMULA





Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menjelaskan, pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum nanti. Beliau berkata, sekiranya PAS mendapat majoriti dalam Parlimen, undang-undang berkaitan hukum hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan ia akan menjadi undang-undang negara.


“Dalam pakatan kita sudah bersetuju secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud, tetapi syariat Islam itu akan dilaksanakan bila kita berjaya untuk mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia, tapi syariat Islam itu akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi."


Semasa muktamar cakap lain, hari-hari sebelum muktamar cerita lain. Muktamar lulus usul negara berkebajikan, selepas Muktamar bila Nik Aziz tengok sokongan Melayu semakin merosot, dia ubah semula kepada hudud dan negara Islam. Ketua Dewan Ulama PAS mula mendendangkan lagu hudud kembali, hilang sudah cerita negara berkebajikan. Cara politik ulama-ulama PAS mudah. Depan ahli dan orang kampung, mereka akan menyanyikan lagu hudud. Di depan Anwar dan DAP, mereka akan menyanyikan pula lagu Negara Berkebajikan. Takut Anwar Ibrahim dan Karpal Singh marah.

CTS tertarik apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, sekiranya PAS mendapat majoriti dalam parlimen, undang-undang berkaitan hukum Hudud akan dibentangkan dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan ia akan menjadi undang-undang negara, Ha Ha Ha Ho Ho Ho. Nampak gayanya Tok Guru PAS ini kena masuk mengaji balik ke kelas PASTI semula. Belajar mengira dan hafal sifir 12. Kerusi parlimen ada 222. Jikalau hendak mendapatkan majoriti mudah, PAS hendaklah mendapatkan 111 kerusi.

Kalau hendak mengubah perlembagaan PAS harus memiliki 2/3 undi Parlimen. PAS bertanding kerusi Parlimen sekadar 65 kerusi, DAP tanding 66 kerusi dan selebihnya PGayR bertanding 91 kerusi. Kalau PAS menang semua kerusi sekalipun baru 65 kerusi. Bagaimana Datuk Harun Taib boleh berkata jika PAS dapat majoriti di Parlimen maka hudud akan dilaksanakan? DAP dan PGayR akan menyokong PAS ke untuk melaksanakan hukum hudud? Geli hati dengan sifir Ketua Dewan Ulama Pas ini. PAS tidak mahu dan malu untuk mengakui bahawa PAS tidak akan mampu melaksanakan hudud tanpa sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO. Muktamar atau tidak, hanya isu basi yang diulang-ulang kembali. PAS tetap balaci DAP dan PGayR, dulu, kini dan selamanya!!!

TERUS BACA DISINI

MUKTAMAR : PAS PERBAHARUI KONTRAK SEBAGAI TUNGGANGAN PAKATAN


DAP hari ini menarik nafas lega apabila segala arahan yang diberikan sudah terlaksana.PAS sebagai parti tunggangan telah menjalankan tugas dengan baik untuk membantu DAP parti terkuat dan paling banyak kerusi bertanding didalam pakatan.Karpal,Kit Siang dan Guan Eng tersenyum lebar. Teresa Kok,Anthony Loke,Ng Wei Aik dan ramai lagi ultrakiasu dan avengelist ber-yam seng bermegah mereka dengan adanya ratusan ribu anjing diseluruh negara.
Anwar,Nurul Izzah dan barisan LGBT turut bergumbira memanjatkan kesyukuran...


Muktamar kali ini sekali lagi Khawarij PAS bertahaluf siyasi(persefahaman politik) istilah yang diguna pakai ternyata benar benar memperbodohkan penyokong sendiri.Dalam masa mereka menjaja agama,akidah dan hukum Allah sebagai produk politik,mereka tetap menganjingkan diri sebagai suruhan DAP dan PKR.



Anda boleh baca keratan dibawah sebagai bukti bahawa ahli PAS ditipu hidup hidup oleh kepimpinan parti untuk dijadikan tunggangan oleh DAP dan PKR.

Awal awal lagi pemimpin khawarij berusaha menutup minda penyokong sendiri,sebolehnya mereka tidak mahu penyokong dan ahli PAS daripada berfikir dengan mengunakan otak sendiri.

Tindakan pre ampitive sudah dibuat agar penyokong dan ahli pas agar tidak mempercayai pendedahan yang dibuat oleh lawan mereka. Inilah puncanya kegagalan otak penyokong pas untuk berfungsi dengan baik.


Ijtihad tunggangan DAP sudah diperbaharui,Muktamar tahun lepas puak munafik ini terlalu memikirkan tahaluf mereka dengan harapan mendapat keredhaan Lim Kit Siang,Guan Eng dan Karpal.



Para ulama di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya.

"Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadis membenarkan  Tahaaluf  Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

"Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya.

Harun Taib kata untuk mencapai matlamat politik Islam mereka bertahaluf dengan 2 parti yang ternyata liberal,pluralisme,LGBT dan secara terang menentang prinsip perjuangan parti PAS. Apa jenis tahaluf yang PAS harapkan. Bodohnya penyokong PAS ini mereka sendiri gagal untuk berfikir mana mungkin nak menjadi parti paling kuat didalam pakatan sedangkan sasaran PAS hanya untuk bertanding 30 kerusi sahaja selebihnya DAP dan PKR menguasai semasa PRU13 nanti.


Ini umpama lancapan politik yang sekadar memuaskan diri sendiri. Bukan saja PAS bohong kepada umat Islam mereka juga bohong kepada diri sendiri. Buktinya ini dokumen sulit yang ahli PAS dan penyokongnya tidak tahu bahawa PAS tidak akan sama sekali memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat federal.


Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS.Maknanya apa yang Harun Taib dan para pemimpin PAS laungkan bertahaluf siyasi kononnya demi kemenangan Islam adalah pembohongan semata mata .Ijtihad Besar sudah lama dibuat,muktamar kali ini hanya sekadar memperbaharui dan memperingatkan ahlinya bahawa mereka sudah lama buang prinsip perjuangan.




Ijtihad Besar untuk tidak memasukan persoalan negara Islan dan perlaksanaan hudud.
Ini punca  kenyataan Nurul Izzah membolehkan melayu murtad dipandang enteng oleh para pemimpin PAS.

Pisau kata "Orang melayu PAS ni bila dengar perkataan atau istilah yang berbunyi arab dia akan kata dah betul la tu"


TERUS BACA DISINI

Thursday, 15 November 2012

DEWAN ULAMAK PAS: BIARKAN MURTAD... JANJI TOLAK BN?



Mungkinkah terlalu ramai Ulamak Abbad didalam Dewan Ulamak Pas Pusat? Sungguh membimbangkan apabila satu entiti besar seperti PAS yang mendakwa diri sebagai satu kelompok pejuang agama akhirnya rebah tersungkur bila dihimpit keinginan berkuasa di Putra Jaya. Keteguhan ikatan dalam Pakatan bersama DAP dan PKR perlu dijaga lebih dari menjunjung kesyumulan Islam itu sendiri. Natijahnya hanyalah satu dimana rakyat terbanyak pasti akan mendapat persepsi bahawa PAS tidak lagi boleh diharap sebagai pembela agama malah lebih teruk telah meletakkan Islam sebagai percaturan dan barang dagangan jual-beli.


Muktamar PAS ke 58 telah mula bersidang. Lebih dari 1000 perwakilan mewakili sayap-sayap perti datang dari seluruh negara untuk mengikuti muktamar. Banyak pengharapan dan pertanyaan bermain di lubuk fikiran para perwakilan berkenaan pengisian dan resolusi yang akan dicapai melalui muktamar kali ini. Adakah segala-galanya berkenaan muktamar ini berkenaan PRU13 yang dijangka berlaku tidak lama lagi? Apakah pula jadinya dengan isu-isu yang lebih mendekati perjuangan PAS kononnya selama ini seperti polemik yang ditimbulkan oleh Naib Presiden PKR, YB Nurul Izzah Anwar?

Tidaklah juga memeranjatkan bila dimaklumkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib bahawa isu tersebut tidak akan dibincangkan. Ianya adalah amalan standard yang sudah menjadi seperti kemaruk kuasa ke Putra Jaya. Menyedari bahawa kesepakatan dalam Pakatan Rakyat akan terjejas jika isu ini dibincangkan maka tindakan mengenepikan isu kebebasan beragama seperti yang dianjurkan oleh Naib Presiden PKR itu dikekalkan. Adakah itu juga menjadi aspirasi dan harapan semua perwakilan? Lebih menggelikan hati bila ucaptama oleh Ketua Dewan bertajuk Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam dimana haraki itu bermaksud ulamak yang mementingkan isu aqidah.


Sungguh membimbangkan apabila satu entiti besar seperti PAS yang mendakwa diri sebagai satu kelompok pejuang agama akhirnya rebah tersungkur bila dihimpit keinginan berkuasa di Putra Jaya. Keteguhan ikatan dalam Pakatan bersama DAP dan PKR perlu dijaga lebih dari menjunjung kesyumulan Islam itu sendiri. Natijahnya hanyalah satu dimana rakyat terbanyak pasti akan mendapat persepsi bahawa PAS tidak lagi boleh diharap sebagai pembela agama malah lebih teruk telah meletakkan Islam sebagai percaturan dan barang dagangan jual-beli.

Bagaimana ini mungkin berlaku? Kenapa PAS begitu rendah pertimbangannya sehingga melihat isu ini sebagai terpinggir dan tidak perlu diberi perhatian. Sebilangan yang telah mengikuti perkembangan PAS terkini mendapati punca kepada keadaan yang memperlihatkan kredibiliti ulama di dalam PAS itu merudum teruk adalah akibat penguasaan golongan Islamsit Demokrat yang berkiblatkan Anwar Ibrahim. Mereka ini juga di gelar sebagai Anwarinas atau Erdogan. Kelibat golongan ini mungkin tidak ternyata dikalangan ahli akar umbi tetapi permainan mereka inilah yang menyebabkan pimpinan ulama seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa gugur dari saf kepimpinan tertinggi PAS.

Golongan ini secara halus dan terancang telah meresapi juga jiwa dan pemikiran ulama didalam PAS termasuklah Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat malah Presiden parti sendiri iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Adakah mereka betul-betul terpengaruh atau mereka sendiri dipengaruhi oleh emosi dan nafsu besar untuk ke Putra Jaya? Isu-isu lain seperti penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam, serbuan keatas gereja di Selangor dan beberap lain telah menonjolkan lagi kemenjadian golongan Islamist Demokrat ini.

Pelik dan menghairankan juga bila Dewan Ulama PAS Pusat melalui webnya telah menyatakan bahawa golongan Islamist Demokrat ini adalah golongan yang menyeleweng tetapi tiada tindakan yang jelas diambil untuk membendung kehadiran golongan ini malah mereka diberikan tempat yang terbaik dikalangan pimpinan  PAS. Seperti yang disebut oleh salah seorang perwakilan iaitu Perwakilan Perak Ustaz Azli Musa aka Ustaz Taliban ''Kita tidak mahu ulamak seolah orang yang menolak kereta yang rosak, tetapi apabila kereta elok, ulamak ditinggalkan makan asap.'' Jelas disini timbul kebimbangan dikalangan ahli akar umbi akan keadaan yang ditimbulkan oleh golongan Islamist Demokrat ini tidak disenangi oleh mereka.


Namun ianya tidak selari dengan usul yang diterima tanpa bahas pada hari ni iaitu  "
menyedari bahawa PAS merupakan satu gerakan untuk mendaulatkan kalimah Allah SWT berdasarkan tuntutan al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias. Maka sudah tentu dasar dan prinsip ini tidak berubah sama sekali dan PAS akan terus mempertahankannya. Maka Dewan Ulamak PAS hendaklah menjadi benteng Islam untuk memelihara dasar dan kesucian parti daripada diresapi oleh mana-mana fikrah haddamah (fikrah perosak) yang boleh merosakkan fikrah dan halatuju parti.

BOLEHKAH PERJUANGAN PAS DIANGGAP JIHAD?


"Muktamar tahun ini berlangsung tatkala kita berada di ambang Pilihan Raya Umum ke-13. Seluruh Pemuda Pas perlu menjadikan gerak kerja dalam PRU ke-13 ini sebagai jihad dan ibadah untuk menggalas amanah dan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam, demi mendapatkan keredhaan Allah swt." Persoalannya adakah pendirian PAS yangmengadakan persefahaman dengan entiti politik yang jelas menolak kepimpinan Islam boleh dianggap sebagai satu "jihad". Jelas sekali ini adalah antara kekeliruan yang sering ditimbulkan oleh pimpinan PAS yang sudah hilang modal untuk mempengaruhi sentimen pengundi yang sentiasa memerhatikan tindakan politik PAS yang seringkali bertentangan dengan ajaran Islam.

 KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mahu seluruh ahli sayap itu menjadi ejen pencorak masa depan - ke arah menjadikan Malaysia negara yang lebih sejahtera selain menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) "jihad" menggalas amanah rakyat.

Berucap menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Ke-53 sayap itu di sini malam tadi, beliau berkata, Pemuda Pas harus meneruskan tugas memimpin kebangkitan anak muda khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Lebih 1,000 perwakilan dan pemerhati dilihat hadir pada malam ini. Ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Turut hadir Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said serta wakil Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda Sosialis DAP.

Perwakilan membahaskan ucapannya hari ini.

"Muktamar tahun ini berlangsung tatkala kita berada di ambang Pilihan Raya Umum ke-13. Seluruh Pemuda Pas perlu menjadikan gerak kerja dalam PRU ke-13 ini sebagai jihad dan ibadah untuk menggalas amanah dan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam, demi mendapatkan keredhaan ALLAH.

"Maka di atas tuntutan ini, tibalah masanya kita memperkukuhkan komitmen memimpin kebangkitan anak muda dengan membawa gagasan 'mencorak masa depan' sebagai tema Muktamar Dewan Pemuda Pas kali ke-53, bertepatan dengan agenda Membangun Negara Berkebajikan sebagai asas pembentukan sebuah negara yang lebih sejahtera dan diredhai oleh ALLAH SWT," katanya.

Menurut Nasrudin lagi, komitmen untuk mencorak masa depan masyarakat dan negara ke arah lebih baik bukan lagi satu pilihan, tetapi kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap anggota Pemuda.

Justeru katanya, dalam mencapai matlamat itu Pemuda Pas pada sesi ini telah membuat penilaian terhadap aktiviti mereka berdasarkan hala tuju yang ditetapkan sebelum ini khususnya dalam mendekati anak muda.

Menurut beliau, antara pencapaian yang boleh dibanggakan ialah kejayaan Pemuda Pas menggerakkan pendaftaran dan menguasai sokongan pengundi muda serta berjaya memposisikan diri dalam hubungan media baru.

Pemuda juga jelas beliau, berjaya menampilkan Pas sebagai parti yang prihatin dan pembela nasib rakyat serta memposisikannya sebagai parti teras dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, jelas beliau, dalam bab membina dan menampilkan tokoh pemimpin muda negara, ia masih di tahap kurang memuaskan.

"

NASHA WON'T BE AT PAS MUKTAMAR




Former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa will not be attending the party's 58th muktamar (general assembly) from Friday due to prior commitments overseas, Berita Harian has reported.
Without naming the source of the information, the daily said it is understood that Nasharudin has been abroad since Sunday.
After failing to defend his position last year, Nasharudin had been openly critical of party colleagues, also claiming that PAS is deviating from its founding principles.
He has also publicly said that PAS' relationship with its Pakatan Rakyat allies would compromise the party's intended direction.
Within PAS, Nasharudin is seen as a promoter of the so-called unity government concept, which many consider a euphemism for cooperation with arch rival Umno.
Observers are keen to see whether Nasharudin and former Selangor PAS chief Hasan Ali are still influential in PAS. This is expected to be reflected in the tone of speeches by delegates at the three-day muktamar .
The Berita Harian report also quoted a source as saying that Nasharudin's absence is not a big issue because it is normal for some delegates to attend to other affairs.
“PAS doesn't have a problem if he or anyone else have more pressing issues to attend to. We won't take action because this is normal,” said the source.
“Maybe, there are a lot of people who want to see where (Nasharudin) is sitting (at the muktamar ) because he would (have been sitting) on stage,”
Nasharudin was appointed the secretary-general in 1999 before being elected deputy president - a post he held for two terms until he was defeated by Mohamad Sabu last year.

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH