RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Showing posts with label ADNAN YAAKOB. Show all posts
Showing posts with label ADNAN YAAKOB. Show all posts

Saturday, 26 January 2013

PAKATAN PEMBANGKANG, PAKATAN APA SEBENARNYA?- ADNAN YAAKOB





KUANTAN, 26 Jan – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini meminta rakyat bijak menilai parti pembangkang yang kononnya berpakat sebagai sebuah pakatan pembangkang namun sebenarnya mereka gagal berpakat dalam semua perkara.
Beliau berkata pendirian berbeza antara pucuk pimpinan parti pembangkang berkenaan isu kalimah Allah misalnya, membuktikan kepimpinan parti pembangkang gagal mewujudkan pakatan yang jitu.
“Jadi, apa makna sebenar pakatan yang mereka wujudkan ini, kalau perkara penting seperti ini pun tidak dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata isu kalimah Allah sepatutnya diselesaikan secara baik oleh parti pembangkang supaya isu itu tidak menjadi pertelingkahan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.
“Kegagalan pucuk pimpinan parti pembangkang berkenaan isu itu membukti
kan pakatan yang diwujudkan mereka adalah untuk pilihan raya semata-mata,” katanya.
Beliau berkata semua penyokong parti politik perlu mengambil pendekatan rasional dan bukannya emosi bagi mengelak insiden tidak diingini apabila memperkatakan berkenaan isu sensitif seperti isu kalimah Allah.
Katanya isu sensitif membabitkan agama yang ditimbulkan pihak tertentu sejak kebelakangan ini dilihat seperti mahu menguji masyarakat Islam dan cuba menggugat keamanan negara.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada 1,330 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Semambu dan Sekolah Kebangsaan Air Putih, dekat sini.
Dalam ucapannya, Adnan meminta golongan pendidik menerapkan secara bersungguh-sungguh nilai murni supaya pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga menjadi insan bermoral.
“Nilai murni yang sebelum ini diamalkan pelajar dilihat sudah semakin hilang, ada segelintir pelajar sekarang tidak lagi menghormati ibu bapa, guru dan rakan-rakan.
“Apabila kita sudah tidak memiliki nilai murni dalam diri, kita hanya berbangga dengan pencapaian akademik saja, bangga dapat 5A misalnya, tapi tidak tahu menghormati orang lebih tua. Maknanya, kita berjaya dalam aspek luaran, tapi dalaman sudah kosong,” katanya.

Monday, 24 December 2012

PERMOHONAN TANAH DI PAHANG SELESAI SELEPAS PRU 13


JERANTUT: Kerajaan Pahang memberi jaminan akan menyelesaikan permohonan pemilikan tanah oleh rakyat negeri ini selepas selesai pilihan raya ke-13.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata di kebanyakan tempat, permohonan tanah telah diselesaikan oleh jawatankuasa permohonan tanah pejabat daerah.
“Ada tempat yang 100 memohon, semua dapat. Tapi ada juga kebanyakan tempat hanya 30 peratus yang selesai, 70 peratus lagi masih dalam proses. Ini akan kita selesaikan selepas pilihan raya nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia di Kampung Labu, dekat sini, semalam.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga dalam proses memperincikan projek pembinaan jalan raya bagi menghubungkan kawasan Sungai Lembing di Kuantan dan Jerantut melibatkan jarak kira-kira 40km.
Pada masa kini, jarak dari Sungai Lembing ke Jerantut yang dihubungkan melalui Lebuhraya Pantai Timur ialah kira-kira 180km.

Monday, 17 December 2012

PAHANG MB ACCEPTED FUZIAH DEBATE CHALLENGE

Friday, 14 December 2012

PAHANG TIDAK MENGALAMI DEFISIT




Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, memang tidak benar dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun.

Selain Bajet Negeri 2013, katanya, belanjawan negeri untuk tahun-tahun 2007, 2006, 2005, 2004, 2003, dan 2002 juga merupakan belanjawan lebihan.

"Walaupun belanjawan negeri mengalami defisit, kerajaan persekutuan akan membantu menampung kekurangan itu.

"Perlu diingat, belanjawan negeri dan persekutuan adalah dua perkara yang berbeza...hasil yang dikutip oleh kerajaan negeri digunakan untuk menampung perbelanjaan negeri, jika tidak cukup negeri boleh minta kerajaan persekutuan untuk menampung kekurangan itu," katanya pada sesi penggulungan perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Adnan berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai tanggungjawab besar seperti kerajaan pusat yang mempunyai kumpulan wang yang disatukan di mana hasil daripada kumpulan wang itu akan disalurkan kepada negeri-negeri termasuk negeri pembangkang.

"Kita telah membantu kerajaan pusat dalam mengutip cukai dan menyalurkan cukai berkenaan kepada kerajaan dan hasil tersebut akan diagih-agihkan kepada setiap negeri.

"Macam Pahang, untuk tahun ini kita telah mengutip cukai perkhidmatan dan lain-lain cukai untuk kerajaan persekutuan sebanyak RM723 juta, dengan RM603 juta cukai automotif di Pekan sahaja," katanya.

Justeru, katanya, pihak yang membangkitkan perkara itu tidak perlu risau kerana isu belanjawan itu memang jelas dan tidak perlu diungkit lagi. - Bernama

Tuesday, 4 December 2012

PAHANG BENTANG BAJET LEBIHAN BAGI 2013




KUANTAN, 4 Dis - Kerajaan negeri Pahang hari ini membentangkan belanjawan lebihan selepas 10 tahun mengalami belanjawan seimbang dan defisit.


Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika membentangkan Bajet 2013 di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang duduk di Wisma Sri Pahang, di sini berkata hasil 2013 kerajaan dijangka berjumlah RM736.90 juta, terdiri daripada tanah dan hasil perlombongan pada RM260 juta, perhutanan (RM180 juta), hasil lain (RM190.4 juta) dan persekutuan geran (RM106.5 juta).


Menurut Adnan, bajet negeri 2013 juga menyediakan RM711.84 juta peruntukan untuk melaksanakan semua program dan rancangan pembangunan kerajaan negeri.


Beliau berkata daripada peruntukan itu, RM604.77 juta adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM61.72 juta untuk perbelanjaan pembangunan dari sumber negeri dan RM45.35 juta daripada pinjaman kerajaan persekutuan.


"Bajet 2013 menunjukkan lebihan sebanyak RM25.06 juta," katanya.


Adnan berkata Pahang masih meminjam daripada kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek-projek bekalan air di negeri ini.


"Ini adalah kerana kerajaan negeri terus mengambil tanggungjawab menyediakan air bersih kepada rakyat di Pahang.


"Projek-projek melibatkan pembinaan loji rawatan air untuk menyediakan air untuk daerah, program untuk mengurangkan kehilangan air bukan hasil dan peningkatan pengambilan air masih menggunakan peruntukan yang dipinjam daripada kerajaan persekutuan," katanya.


Beliau berkata  enam fokus utama bajet negeri 2013 adalah bagi  menggalakkan aktiviti ekonomi dan pelaburan, memperkukuhkan infrastruktur, memperkasakan pendidikan dan latihan, penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, bantuan untuk kesejahteraan rakyat, dan perhatian khas untuk masyarakat Orang Asli.

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH