RAPATKAN BARISAN...
Saya bagaikan terbayang muka merah padam Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, setelah Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan untuk menolak permohonan injuksi interim terhadap kilang Lynas di Gebeng yang dipohon oleh tiga orang penduduk Kuantan.
Selama ini Fuziah yang ditugaskan untuk memburuk-burukkan kilang Lynas itu bermati-matian menyerang kilang tersebut sehingga begitu terdesak merakam sebuah video pendek dan mensia-siakan bahan mentah makanan yang kononnya terkena radiasi.
Tidak puas dengan itu, Fuziah menyebarkan khabar angin bahawa bahaya kilang Lynas itu setara dengan risiko operasi sebuah loji nuklear seperti di Chernobyl sehingga mencetus ketakutan dan mempengaruhi beberapa penduduk di Kuantan.
Padahal, kilang Lynas itu hanyalah sebuah kilang biasa yang memproses nadir bumi yang mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan yang sangat ketat dan menghasilkan paras radiasi yang sangat kecil.
Bayangkan, radiasi sebuah rumah batu dan telefon bimbit lebih tinggi parasnya berbanding paras radiasi yang dihasilkan di kilang tersebut!
Setelah rakyat diperjelaskan tentang keadaan sebenar dan fakta-fakta dari Mosti, AELB serta AEIA didedahkan bahawa kilang itu selamat serta tidak merbahaya sebagaimana yang tohmah Fuziah, reputasi Fuzian semakin hilang.
Pada saya, permainan Fuziah berkenaan tohmahan yang dilemparkan terhadap kilang Lynas tersebut merupakan bukti nyata yang mempamerkan betapa puak-puak Pakatan Haram begitu gemar mengada-adakan sesuatu yang tidak ada.
Perkara yang tidak benar sama sekali telah diputar belitkan sehingga mencetus kerisauan dan ketakutan di kalangan rakyat. Padahal semua itu adalah propaganda jahat dan jijik yang cuba dilakukan Pakatan Haram dengan motif politik yang keji!
Saya tidak pasti sama ada terdapat fatwa di dalam gabungan parti pembangkang itu mengenai hukum melemparkan tohmahan, fitnah atau syubhah.
Namun saya yakin bahawa agama Islam yang saya pegang sejak lahir melarang sama sekali umatnya menabur fitnah, melakukan tohmahan atau perkara syubhah, apatah lagi yang menimbulkan kekeliruan dan mendorong kepada kekecohan umum.
Menyusuri isu Lynas, saya percaya bahawa ramai di kalangan kita yang menyaksikan tindakan Pakatan Haram yang menganjurkan pelbagai demonstrasi haram yang cuba memburuk-burukkan kilang Lynas yang berpengkalan di luar negara itu.


0 komen:
Post a Comment