RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Sunday, 11 November 2012

19 RIBU HEKTAR TANAH UNTUK ORANG ASLI TELAH DI LULUSKAN : MB PAHANG



BENTONG – Sungguhpun golongan minoriti namun masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dinafikan hak mereka, termasuklah dalam pemilikan tanah.

Sehingga kini, 18,915.76 hektar atau kira-kira seperempat daripada keluasan daerah Cameron Highlands (seluas 71,200 hektar), telahpun diluluskan sebagai tanah Orang Asli.

Ini termasuk kira-kira 5,361.74 hektar telah diwartakan, antara lain meliputi tanah hakmilik individu seluas 1,084.59 hektar serta tanah persekutuan seluas 31.76 hektar yang diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk membangunkan prasarana seperti pejabatnya.   

Selebihnya, kira-kira 13,554.02 hektar telahpun Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yakni Kerajaan Negeri luluskan, tetapi masih dalam proses untuk mewartakannya.

Pun begitu, ada kira-kira 36,825.99 hektar tanah yang dipohon oleh Orang Asli tetapi belum diluluskan. Jika diluluskan bermakna, kira-kira 55,741 hektar tanah di negeri ini dimiliki oleh Orang Asli atau hampir-hampir seluas daerah Cameron Highlands.


0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH