RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Thursday, 29 November 2012

PEMUDA UMNO AKAN TARIK ULAMA MUDA BAGI MEMPERKASA PERJUANGAN




KUALA LUMPUR, 28 Nov – Pemuda UMNO akan menjelajah ke Asia Barat untuk mendekati pelajar Malaysia di sana dalam usaha menarik lebih ramai ulama muda bagi memperkasa perjuangan Islam pergerakan itu.
“Usaha ini perlu kita perkasakan bagi melengkapkan lagi perjuangan kita, supaya golongan profesional dan ulama masing-masing ada pendapat dalam Pemuda UMNO yang akhirnya saling melengkapi serta memperkasa perjuangan kita,” kata Ketuanya Khairy Jamaluddin ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, di sini hari ini.
Sebelum itu semasa perbahasan, Ketua Pemuda Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang, Norman Zahalan menyarankan penubuhan Badan Ulama Pemuda UMNO bagi memberi lebih ruang kepada golongan muda lepasan pengajian agama di Timur Tengah berjuang bersama parti terbesar orang Melayu tersebut.
Mengulas lanjut, Khairy berkata mereka perlu diberi peluang menjelaskan isu-isu agama dan fatwa yang sering dipermainkan sesetengah pihak.
Khairy juga berkata kepimpinan pergerakan itu akan turun padang melawat setiap bahagian untuk memastikan mesej bekerja lebih gigih menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 sampai kepada jentera sayap di peringkat akar umbi.
“Kita akan pergi setiap negeri, saya akan ketuai kerana saya tidak mahu anggota kita rasa keseorangan dalam perjuangan mereka. Saya jamin jentera Pemuda Umno akan lebih perkasa berbanding PRU sebelum ini,” katanya.
Khairy berkata cadangan perwakilan untuk melanjutkan tempoh persidangan itu daripada satu hari kepada sekurang-kurangnya dua hari akan disampaikan kepada pimpinan tertinggi parti.
Naib Ketua Pemudanya Datuk Razali Ibrahim pula berkata setiap anggota Pemuda UMNO perlu berusaha gigih bagi memastikan kemenangan setiap calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum itu.
“Tidak guna kita letak walau berjuta sekalipun calon muda kalau kita sendiri tidak mahu bekerja menangkan calon kita. Jangan ada yang menipu di sini kata kita sokong di sini hari ini, tetapi besok balik terus berpaling muka.
“Bila kita dapat arahan pucuk pimpinan jangan banyak soal terus ke depan bekerja untuk parti kita,” katanya.

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH