RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

YOUNG VOTERS FAVOUR BN



Muhyiddin receives Umno membership forms from several former PAS members during his visit to Kuala Terengganu. Muhyiddin receives Umno membership forms from several former PAS members during his visit to Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Young voters, key to the country achieving developed nation status by the year 2020, are now in favor of Barisan Nasional, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
He said young voters were aware that the country was stronger now because of Barisan, and that the party could assure a better future for Malaysia.
"With the (general) election nearing, it seems that this wave of consciousness is very evident, I say congratulations to the young people.
"We gathered a million youths in Putrajaya and they wanted Datuk Seri Najib Tun Razak to remain as the Prime Minister of Malaysia," he said when addressing guests of the 1Malaysia People's Feast at Kampung Sungai Bahagia's football field in Manir here on Saturday.
Also present were Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Saidand Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Muhyiddin said Barisan would ensure that nobody would be left out of mainstream development if it remained in power till 2020.
He said the government had always ensured the national economy expanded, job opportunities increased, industries became more advanced and social facilities for health and education improved .
"We promise Malaysia will become a developed nation in eight years. Every level of people, old, young, all communities, Peninsular, Sabah and Sarawak will be given attention and will be well looked after," he said. - Bernama

CALON BN AKAN DIUMUM BILA TIBA MASANYA



KUALA TERENGGANU, 22 Dis – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkataPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13, apabila tiba waktu yang sesuai dengan mengambil kira isu strategik.
Timbalan Perdana Menteri berkata isu strategik itu turut meliputi sama ada calon berkenaan perlu diumumkan lebih awal yang mungkin memberi kelebihan kepada calon BN itu nanti.
“Ia akan sampai waktu bila Presiden (parti dan Pengerusi BN) buat keputusan, mereka yang hendak jadi calon itu akan diberitahu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas bersama pegawai, pengurusan dan professional negeri Terengganu, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Umno Pahang baru-baru ini yang meminta pucuk pimpinan mengumumkan nama calon BN lebih awal supaya gerak kerja kempen dapat dilakukan dengan lebih teratur.
Muhyiddin berkata: “Kita tidak boleh buat keputusan mengatakan sekaranglah masanya atau bila masa yang sesuai, kita (perlu) ikut situasi, ikut keadaan dan ikut calon berkenaan, jadi kita kena ada pendirian yang akan strategik, bila Perdana Menteri hendak buat keputusan itu dia akan ambil kira isu- isu strategik.
“Adakah (dengan) mengumumkan lebih awal itu akan memberi kelebihan kepada kita atau (ada) hal-hal yang lain?,” katanya.
Muhyiddin berkata apa yang mustahak ialah apabila calon diumumkan nanti, semua pihak perlu akur dan menerima keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.
Semalam, Perdana Menteri berkata BN telah mengenal pasti senarai nama calon BN tetapi belum dimuktamadkan kerana ia merupakan proses berterusan sehingga menjelang pilihan raya.
Terdahulu, semasa berucap pada majlis perjumpaan khas itu, Muhyiddin mahu penjawat awam tidak melakukan sesuatu perkara yang akan membawa musibah kepada kerajaan dan rakyat.
“Penjawat awam tidak boleh membuat sesuatu angkara, merosakkan dan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri sentiasa telus dan bersedia menerima kritikan yang membina dalam membawa perubahan dan transformasi kepada negara. – MediaUMNO

Wednesday, 12 December 2012

SAIFUDIN ABDULLAH: CYBERTROOPERS MEDIA SOSIAL KUNCI KEJAYAAN BN PRU13


Menurut Saifuddin, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia dari Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sebelum ini menunjukkan orang muda yang mengambil tahu berkenaan politik tanah air, 90 peratus daripada mereka mendapatkan maklumat daripada media media baru.Manakala 60 peratus memperolehi maklumat daripada media alternatif, 25 peratus daripada media arus perdana seperti televisyen, dan hanya 15 peratus yang menggunakan akhbar untuk mendapatkan maklumat berkenaan politik.


Kandungan oleh “cybertroopers” Barisan Nasional (BN) dan seluruh platform media sosial akan menentukan kejayaan parti pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah (gambar).
Kata timbalan menteri yang popular itu, BN telah menerima pelajaran penting sewaktu pilihan raya umum 2008 selepas kalah teruk ekoran kegagalan mereka menguasai dunia siber yang ketika itu lebih dikuasai parti yang akhirnya membentuk Pakatan Rakyat (PR).
“Kita tiada di sana (dunia siber) pada 2008 ... kita handicap. Kita tewas pada masa itu, sebab itu kita hilang pengundi muda.
“Tapi kini BN telah bersedia, kita mempunyai pasukan blogger dan media baru yang dikenali sebagai “BNcybertroopers”, bezanya sekarang adalah isi kandungan media itu,” kata Ahli Parlimen Temerloh itu kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah eksklusif baru-baru ini.
BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri kepada PR sebelum Perak jatuh kembali ke pangkuan mereka pada tahun 2009. Sebahagian daripada kekalahan itu telah dikaitkan dengan BN meninggalkan laman web media sosial pada tahun 2008 apabila bilangan pengundi celik internet semakin bertambah.
Saifuddin yang seringkali mengeluarkan pendirian berbeza daripada pemimpin Umno yang lain turut menjelaskan, pucuk pimpinan BN dan juga Umno turut dilihat bergiat aktif di laman sosial seperti Twitter dan Facebook.
“Kita lihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau sanngat aktif dengan media baru menjelang pilihan raya umum, berbanding pemimpin-pemimpin BN terdahulu.
“Boleh dikatakan majoriti pemimpin sekarang aktif menggunakan media baru,” kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu lagi.
Beliau juga menegaskan, kehadiran unit media baru BN dan PR kini mempunyai kekuatan yang setara, namun perbezaannya hanyalah daripada isi kandungan blog dan laman web mereka.
“Kita sama kuat ... tapi isi kandungan itu yang akan menentukan pilihan pengundi.
“Kalau mereka (pengundi) rasa isi kandungan kita bagus, mereka pilih kita, tapi kalau PR bagus, mereka akan pilih PR,” katanya dan menambah, BN kini mula menyedari pengaruh yang dimainkan media sosial sangat besar untuk menjadi penentu dalam pilihan raya umum.
Menurut Saifuddin, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia dari Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sebelum ini menunjukkan orang muda yang mengambil tahu berkenaan politik tanah air, 90 peratus daripada mereka mendapatkan maklumat daripada media media baru.
Manakala 60 peratus memperolehi maklumat daripada media alternatif, 25 peratus daripada media arus perdana seperti televisyen, dan hanya 15 peratus yang menggunakan akhbar untuk mendapatkan maklumat berkenaan politik.
Situasi itu jelas Saifuddin membuktikan kandungan media alternatif yang lebih meyakinkan dan lebih bersifat “memujuk” akan membolehkan parti politik meraih undi dan sokongan mereka.
Dengan jumlah pengundi muda dan kelas pertengahan meliputi 30 peratus daripada daftar pengundi, mereka merupakan penentu kepada kemenangan sesebuah parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum.
Jelasnya lagi, dengan perubahan dan akses untuk laman sosial yang tidak mempunyai batasan, istilah luar bandar dan bandar hanyalah perbezaan dari aspek fizikal sahaja.
“Luar bandar dan bandar hanya perbezaan fizikal, tetapi tiada istilah luar bandar untuk media sosial ... bezanya hanyalah kelajuan dan kemudahan kepada akses internet itu sahaja,” katanya lagi.
Mengulas berkenaan tuntutan pengundi kelas pertengahan ini Saifuddin menjelaskan, tuntutan yang dibuat kumpulan ini semakin kompleks.
“Isu-isu pokok seperti keperluan asas bukan perkara utama bagi mereka, kerana itu Fardhu Ain.
“Isu yang dibangkitkan mereka adalah Isu fardhu Kifayah, setiap pemerintah akan memberikan kemudahan asas kepada rakyat, namun berapa ramai yang bersedia untuk memberikan kebebasan media, memberikan perhatian kepada hak asasi manusia dan pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya.
Justeru, beliau turut berkata, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), baucar buku, dan sebagainya yang diumumkan Najib ketika pembentangan Bajet 2013 itu tidak mencukupi untuk meraih sokongan kumpulan ini.
“Mereka terima pemberian kerajaan itu, tapi mereka inginkan lebih daripada itu kerana beranggapan tindakan seperti itu juga akan dilaksanakan mana-mana parti yang memerintah.
“Tuntutan mereka lebih kepada hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan sebagainya,” tambahnya.
Saifuddin melihat tindakan reformis Najib dalam becakap soal kebebasan bersuara, hak untuk berhimpun dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bakal berupaya menarik undi kumpulan ini.
“Transformasi yang dilakukan Najib itu bukanlah biasanya datang dari suara pemimpin Umno.
“Tapi beliau lebih progresif, dan merupakan seorang reformis,” katanya menambah.

Tuesday, 4 December 2012

DR.AHMAD ATTORY: BN TIDAK MIMPI, MAMPU SECARA REALITI CAPAI 2/3



KUALA LUMPUR, 4 Dis. – Kesungguhan jentera UMNO bersama Barisan Nasional (BN) merealisasikan transformasi dalam usaha memastikan kemenangan lebih dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang telah digerakkan dengan manifestasi terbaru dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu.
Penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein melihat bahawa kekalahan BN dalam PRU yang lalu bukanlah realiti kekuatan sebenar pakatan pembangkang sebaliknya ia adalah kesan daripada kekurangan dan kelemahan dalam BN dan UMNO sendiri.
“Berdasarkan keadaan dan perkembangan terkini dapat dilihat bahawa BN/UMNO benar-benar menterjemahkan perubahan sebagaimana ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam sesi penggulungan di Persidangan UMNO Sabtu lalu,” katanya.
Jelas beliau, pemimpin-pemimpin UMNO khususnya Presiden parti sendiri menggunakan sepenuhnya masa yang ada dalam Perhimpunan Agung parti untuk membakar semangat anggota perwakilan dan ahli-ahlinya.
“Tentunya para perwakilan yang hadir akan membawa semangat tersebut bagi diterjemahkan di peringkat bahagian dan diserap oleh anggotanya di peringkat akar umbi.
“Kekuatan BN adalah realiti sedangkan jika sebelum ini pakatan pembangkang menyatakan mereka kuat maka sebenarnya ia adalah dakwaan palsu yang timbul akibat daripada kelemahan dalam BN/UMNO.”
Ujarnya, realitinya pakatan pembangkang memang tidak kuat apatah lagi mereka baru saja berpakat ketika berdepan dengan PRU sedangkan kesepakatan dalam BN telah lama dijalinkan iaitu sejak sebelum merdeka melalui parti Perikatan.
“Berdasarkan perkiraan PRU 2008, BN dianggap lemah lantaran ada d ikalangan anggotanya yang khianat pada parti, sabotaj dan ini menjalar kepada para pengundi sehinggakan beratus ribu undi rosak berlaku.
“Mereka ini adalah golongan yang tidak mahu mengundi BN/UMNO lantaran ada sesuatu yang tidak disenangi tapi dalam masa yang sama mereka tidak mungkin mengundi pembangkang justeru itu wujudlah undi rosak,” katanya.
Namun demikian, menjelangnya PRU ke-13 akan datang, beliau yakin dan optimis bahawa sokongan masyarakat khususnya anggota parti telah kembali kepada BN/UMNO.
“Ucapan Perdana Menteri dan para pemimpin tertinggi UMNO dalam Perhimpunan Agung yang lalu secara jelas memastikan kemenangan lebih dua pertiga adalah munasabah untuk BN apatah lagi tidak banyak perkara yang boleh diperkecilkan.
“Ini ditambah lagi dengan anggota perwakilan yang menjadi pembahas amat bijak menggunakan ruang yang ada iaitu isu-isu yang selama ini dibangkitkan oleh pembangkang berjaya ditangkis dalam ruang yang amat sesuai berlandaskan kepada fakta dan angka.”
Tambahnya yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), keyakinan masyarakat terhadap kerajaan semakin bertambah bukan saja dengan perkhidmatan yang sangat cemerlang dalam mengutamakan kebajikan rakyat malah pelbagai manipulasi yang dibangkitkan oleh pembangkang juga dapat diselesaikan dengan baik.
“Anggota BN, bermula dari kepimpinan tertinggi hinggalah kepada jentera di akar umbi melaksanakan tugas dengan baik sama ada dari segi turun padang, berjumpa masyarakat hinggalah kepada mengupas isu yang dimainkan berdasarkan kepada alasan-alasan yang munasabah dan boleh diterima rakyat.
“Ini amat berbeza dengan pembangkang yang hanya nampak berpakat dalam urusan membabitkan PRU sedangkan dari segi jentera sebenarnya mereka tidak ramai dan yang mencanang mereka gah adalah kepimpinan mereka sendiri yang mendakwanya dalam sesi ceramah tanpa perlu pelaksanaan kerja atau menunaikan janji.”
Katanya lagi, jika diawal kemenangan pakatan pembangkang dalam PRU 2008 lalu, beliau juga berasa spektikal dengan pencapaian BN untuk menempuh PRU tetapi kemudiannya ia berubah selepas melihat kelangsungan transformasi yang direalitikan dengan jayanya oleh BN/UMNO. – MediaUMNO.

Saturday, 1 December 2012

PROF DR SHAMSUL AMRI: PERMUAFAKATAN DEMOKRASI BN ANTARA YANG TERBAIK DI DUNIA


KUALA LUMPUR, 1 Dis – Demokrasi permuafakatan yang diamalkan oleh BarisanNasional (BN) di mana UMNO menjadi parti terasnya sejak sesudah merdeka merupakan satu-satunya corak pentadbiran permuafakatan yang boleh dikatakan yang paling berjaya dan terbaik di dunia.
Menurut Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat, sebenarnya ramai pengkaji politik yang mirip kepada pembangkang mengulas tentang demokrasi permuafakatan yang konon-kononnya wujud di dalam Pakatan Pembangkang.
“Tetapi mereka lupa bahawa dalam sejarah negara, demokrasi permuafakatan itu sudah lama wujud di dalam Parti Perikatan, kini BN dan ia sudah menjadi satu agenda negara yang telah teruji.
“Tetapi mereka dan segelintir rakyat tidak sedar bahawa ini adalah satu contoh demokrasi permuafakatan yang amat berjaya di dalam dunia hari ini. Inilah yang saya sifatkan sebagai pepatah, gajah di depan mata yang mereka tidak nampak,” kata beliau ketika ditemui oleh UMNO-Online di sini.
Tambahnya, akibat daripada provokasi yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang itu menyebabkan apa yang mereka lihat adalah hanya untuk menukar kerajaan ekoran provokasi yang dibuat berbondong-bondong oleh Pakatan Pembangkang yang telah berjaya mempengaruhi pemikiran segelintir rakyat di negara ini, terutamanya pada rakyat golongan pertengahan.
“Sebenarnya demokrasi permuafakatan ini sudah lama terbentuk di dalam negara kita dan Malaysia menjadi jaguh dalam demokrasi permuafakatan ini, di mana kita boleh lihat di negara-negara lain amat sukar untuk membentuk pelbagai kaum bekerjasama untuk membentuk kerajaan.
“Tidak banyak negara yang mempunyai kapasiti pelbagai etnik yang berbeza seperti negara kita yang mempunyai pelbagai etnik yang besar seperti Melayu, Cina, Indiadan berbelas-belas parti bumiputera lain di Sabah dan Sarawak, yang mampu untuk membentuk satu permuafakatan atau barisan di dalam pentadbiran kerajaan,” ujarnya.
Permuafakatan parti-parti politik ini menurut beliau lagi, tidak akan berjaya tanpa wujudnya parti teras seperti UMNO di dalam BN pada hari ini. Konsep parti teras inilah yang sebenarnya menjadi penasihat, jururunding dan orang tengah yang berjaya mendamaikan parti-parti komponen lain untuk bersama di dalam pentadbiran kerajaan.
“Ini amat berbeza dengan pakatan Pembangkang yang mempunyai tiga parti teras. Timbul persoalan, siapakah yang menjadi parti teras di dalam Pakatan Pembangkang? Adakah Pas, PKR atau DAP? Secara umumnya kita boleh lihat seolah-olah PKR menjadi parti teras tetapi selalunya kita lihat dominasi DAP lebih kerap berlaku di dalam Pakatan Pembangkang.
“Bahkan sehingga ke hari ini, parti-parti di dalam Pakatan Pembangkang gagal untuk mendaftarkan satu logo yang sama seperti mana yang digunakan oleh BN dengan lambang dacing, sebagai lambang untuk semua parti komponen yang bernaung di bawah BN.
“Ini jelas membuktikan, bahawa Pakatan Pembangkang ini boleh kita katakan sebagai satu pakatan palsu, yang cuma mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk menjatuhkan BN semata-mata, namun dari segi gabungan mereka itu hanya satu permuafakatan yang palsu dan terdedah kepada cabaran  kehancuran dan perpecahan paa bila-bila masa saja,” jelasnya. -MediaUMNO

Sunday, 25 November 2012

BN SELANGOR KUMPUL... PR SELANGOR JUAL...


Worldwide Holdings Berhad dijual ? Rompakan harta Selangor disiang hari.

Selangor negeri kaya yang dibina oleh BN selama lebih 50 tahun kini menjadi medan lelongan dan rompakan harta yang banyak terkumpul.

Syabas kepada Menteri Besar yang rakyat kata menjadi peneraju kepada lelongan harta Selangor. Belum pun reda polemik penjualan 5 aset tetap PKNS yang akan dipindahmilikkan dan dihalalkan atas nama mengeffisienkan perniagaan, kini timbul pula satu skandal baru - penjualan Worldwide Holdings Berhad ?

Worldwide adalah anak syarikat penuh PKNS. Ia diperbadankan pada 29 Dec 1965, kemudian diampung di bursa saham Kuala Lumpur, sebelum dikeluarkan dari pasaran saham pada tahun 2008.

Worldwide kini mempunyai modal berbayar berjumlah RM 177.12 juta. Dari 6 orang pengarah, Worldwide kini cuma ada 2 orang pengarah.

Worldwide sangat aktif dalam perniagaan pembangunan, pengurusan dan pelaburan hartanah serta pengurusan alam sekitar. Worldwide ada sebanyak 87 kakitangan. Worldwide juga mempunyai 11 anak syarikat.

Lapuran Ketua Audit Negara 2010 menegur Menteri Besar agar menambahkan bilangan pengarah Worldwide bagi meningkatkan akauntabiliti dan ketelusannya. Ketua Audit Negara juga mencadangkan agar Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Worldwide diaktifkan dan fungsinya diselaraskan dengan peraturan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, 10, 11 dan 12 tahun 1993.

Setelah dibina puluhan tahun oleh kerajaan BN, Worlwide mencatatkan pendapatan tahun sebanyak RM238 juta pada tahun 2008, RM149 juta pada tahun 2009, RM169 juta pada tahun 2010. Manakala keuntungan sebelum cukai Worldwide pada tahun 2008 adalah RM 100 juta, 2009 adalah  RM 79 juta dan 2010 adalah RM 93 juta.

Nyatalah dari pendapatan dan keuntungan besar ini Worldwide adalah anak emas negeri Selangor yang paling berjaya dalam perniagaan dan sekaligus menyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri dan rakyat selangor.

Sidang DUN Selangor minggu ini dikejutkan dengan kenyataan ADUN Kuang yang Worldwide anak emas Selangor akan dijual atau dalam bahasa halusnya diambilalih atau dipindahmilik atau disusun semula pemegang sahamnya.

Apakah justikasi Menteri Besar dalam pemidahmilikan saham Worldwide ini? Kenapa mesti Worldwide, anak emas Selangor? Pelbagai soalan bermain dalam pemikiran rakyat selangor yang amat prihatin dengan pelbagai skandal yang wujud sekarang. Seperti skandal Talamgate, adakah ini rompakan harta Selangor disiang hari ?

GAPS menuntut menjelasan Menteri Besar dan Exco regim Pakatan Dap, Pkr dan Pas. Rakyat juga menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan Menteri Besar dalam menjaga amanah khazanah negeri Selangor yang kaya raya.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH