RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Friday, 9 November 2012

RAPATKAN BARISAN... LYNAS : APA KATA MB PAHANG?


RAPATKAN BARISAN...



KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata syarikat memproses nadir bumi, Lynas Advanced Material Plant (LAMP) atau Lynas perlu diberi peluang sebagai sebuah syarikat yang melabur dalam bidang yang penting bagi menjana ekonomi negara.

Beliau berkata Lynas adalah sebuah syarikat yang selain memberi pendapatan kepada ekonomi negara ia turut memberi peluang ekonomi dan pekerjaan kepada rakyat setempat dan juga negeri Pahang.

"Isu Lynas adalah isu ekonomi yang kemudiannya bertukar menjadi isu alam sekitar, kemudian menjadi isu politik dan akhirnya ia menjadi isu undang-undang.

"Dengan keputusan mahkamah hari ini elok kita beri peluang kepada Lynas membuktikan ia sebuah syarikat yang berwibawa dan melabur dalam bidang yang mustahak untuk negara," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Bernama di sini Khamis.

Beliau mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang menolak permohonan injunksi interim Lesen Operasi Sementara (TOL) terhadap Lynas oleh tiga penduduk Kuantan. - BERNAMA

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH