RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Thursday, 29 November 2012

10 PEMERHATIAN MENJELANG PRU 13


10 PEMERHATIAN MENJELANG PRU13

Kebelakangan ini saya tidak berkesempatan untuk kerap menulis di blog. Bagaimanapun, ada beberapa ramalan dan pemerhatian mengenai isu-isu politik semasa yang boleh saya kongsi di sini.
Pertama, saya kekal dengan ramalan yang saya buat hampir dua tahun lalu iaitu pilihanraya umum ke-13 akan diadakan dalam suku tahun keempat (Q4) 2012. Ini bermaksud ia akan diadakan di antara Oktober - Disember, 2012.
Kedua, populariti Dato' Seri Anwar Ibrahim semakin menurun walaupun sambutan kepada Pakatan Rakyat tidak banyak berbeza. Di kalangan Pakatan Rakyat terutama PAS dan DAP, sudah ramai yang melihat perjuangan parti harus melampaui Anwar (beyond Anwar). Walaupun populariti Dato' Seri Najib Tun Razak lebih baik, namun faktor calon tempatan akan mempunyai pengaruh yang besar dalam pilihanraya nanti.
Ketiga, cabaran Barisan Nasional bukanlah kekuatan Pakatan Rakyat, tetapi kewujudan "warlords" dalam parti-parti komponen. Sehingga kini, masih ramai pemimpin parti yang tidak popular di kalangan rakyat, tetapi masih melobi untuk kekal menjadi calon. Mereka ini adalah penyumbang kepada kelemahan parti.
Presiden UMNO Dato' Seri Najib Tun Razak menjanjikan "winnable candidates" kepada rakyat. Bagaimanapun beliau akan berhadapan dengan kesukaran meletakkan calon pilihan rakyat disebabkan tentangan penyokong kepimpinan parti peringkat bahagian. Barisan Nasional akan kalah di sebahagian kerusi disebabkan pertembungan ini.
Keempat, keyakinan rakyat kepada kerajaan persekutuan (Barisan Nasional) adalah jauh lebih baik berbanding selepas pilihanraya 2008. Inisiatif kerajaan dalam banyak perkara memberikan impak positif kepada rakyat. Bagaimanapun sokongan kepada parti tersebut meningkat pada kadar yang perlahan berbanding kadar sokongan kepada kerajaan.
Kelima, kemasukan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Dato' Lajim Ukin dan Dato Tamrin Ghafar tidak melemahkan UMNO, bagaimanapun ia mengukuhkan keyakinan (atau persepsi) parti-parti Pakatan Rakyat bahawa mereka semakin mendapat sokongan rakyat. Pemimpin lama ini masih bermimpi mereka popular di kalangan pengundi.
Keenam, selain Kadir, Lajim dan Tamrin, saya ramalkan beberapa orang lain Ahli Parlimen dan ADUN Barisan Nasional akan "melompat" ke Pakatan Rakyat apabila mengetahui nama mereka tidak dicalonkan semula menjelang PRU13. Lompatan ini tidak melemahkan Barisan Nasional atau mengukuhkan Pakatan Rakyat; cuma ia boleh digunakan untuk membina persepsi kepada parti-parti politik.
Ketujuh, kelompok minoriti akan membuat lebih banyak desakan dan tuntutan kepada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Kedua-dua pagar politik ini yang menjangkakan pilihanraya umum ke-13 sengit, akan berjanji untuk memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut. Ramai yang akan menjadi seperti si luncai yang terjun dengan labu-labu.
Kelapan, sementara kerajaan Barisan Nasional akan menggunakan Bajet 2013 untuk mengukuhkan sokongan kepada parti tersebut, Pakatan Rakyat akan membuat janji-janji populis yang bersifat massa dan menyeluruh (seperti pendidikan dan perumahan). Sama ada janji-janji ini boleh dilaksanakan atau tidak (seperti manifesto 2008), itu tak penting. Apa yang penting ialah meraih undi.
Kesembilan, peratusan pengundi nomad (rujuk buku "Tunggu Apa Lagi", saya mengulas mengenai isu ini) bertambah. Kemenangan dalam PRU13 akan ditentukan oleh kelompok ini dan mereka merentasi batasan umur dan geografi.
Kesepuluh, sekiranya sebelum ini anak mengundi mengikut parti pilihan bapa / ibu, dalam PRU13 saya fikir keadaan akan menjadi terbalik. Malah, perbezaan pilihan dalam keluarga akan menjadi lebih besar berbanding pilihanraya-pilihanraya sebelumnya. Analisis sokongan individu kepada parti menjadi sukar, dan pengundi semakin berhati-hati menyatakan sikap kepada aktivis parti.
Sekadar itu catatan saya. Anda dipersilakan untuk berbeza pendapat dengan saya!

KES SALON: TERBUKTI PAS KUDA TUNGGANGAN



Saat awal isu salun gunting rambut di Kelantan sampai ke pengetahuan umum pada mulanya ia dianggap sebagai isu remeh temeh dan hanya sekadar dipandang sebelah mata sahaja oleh pimpinan PAS Kelantan dan Pusat.

Pada mereka tidak ada silap atau pelik apabila pemilik salun E-Life Hair Salon, Ong Lee Ting terpaksa menerima saman untuk kali ke 11 berikutan kesalahan pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki bukan Islam.

Mereka yakin Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) bertindak betul ketika menyaman pengusaha salun di KB Mall itu selaras dengan peruntukan Seksyen 107 (2) Akta Majlis Undang-Undang Tempatan.

Namun tak tersangka rupanya keyakinan pemimpin PAS mudah benar runtuh menyembah bumi hanya dek kerana wujudnya ketakutan yang amat sangat dengan bantahan dari Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Dalam kenyataan reaksinya berhubung isu itu, Karpal mengakui terkejut dengan tindakan Kerajaan PAS Kelantan memperluaskan penguatkuasaan peraturan itu terhadap masyarakat bukan Islam, sesuatu yang dianggapnya bercanggah dengan hak kebebasan dan perlembagaan.

Dengan nada yang keras dan sinis Pengerusi DAP itu menempelak PAS kerana gagal menepati pengisytiharan yang dibuatnya selama ini bahawa sebarang perlaksanaan undang-undang Islam sama sekali tidak akan meliputi orang bukan Islam.

Serentak dengan itu Karpal mendesak pemimpin PAS Pusat segera tampil memperbetulkan keadaan bagi mengelakkan isu tersebut dari menggugat keyakinan penyokongnya pakatan pembangkang menjelang PRU 13.

Hanya berselang masa sehari dua sahaja, tak semena-mena Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin PAS Kelantan bagaikan terpana dari lamunan, terus sahaja menyatakan persetujuan untuk mengkaji semula peraturan tersebut.

Semudah ABC, cukup sekali dua pemimpin veteran DAP itu bersuara, pasti pemimpin PAS segera mematuhinya. Tampak jelas demi kepentingan DAP, bukan satu masalah besar untuk PAS sekali lagi tunduk bacul kepada DAP saling tak tumpah seperti keldai tunggangan yang setia pada tuannya.

Sebelum ini PAS sudah berkali-kali melakukan perkara yang sama termasuklah terpaksa menggadai prinsip menegakkan negara Islam dan hudud PAS semata-mata demi memenuhi kehendak DAP.

Ini realiti yang terpapar di depan mata ramai sejak pasca PRU 2008 hingga kini, PAS bukan hanya sekadar bacul tapi terbukti serasi sebagai keldai kepada DAP. Satu kenyataan yang pahit sehinggakan dikalangan penyokong dan ahli PAS sendiri kelihatan rimas dan kemalu-maluan dibuatnya.

PAS KELIRUKAN UMAT ISLAM



Mereka lupa bahawa politik hanya alat untuk memperoleh kuasa secara sah. Politik bukanlah segala-galanya, tetapi bagi pembangkang politiklah yang akan dipertaruhkan walaupun mengorbankan maruah demi kelangsungan cita-cita. Politik dijadikan ramuan dalam setiap resipi masakan, dari pagi hinggalah lewat malam, malah dalam memohon pertolongan daripada Maha Berkuasa, mereka turut memasukkan dendam kesumat, termasuk melaknatkan pemimpin yang memerintah dan semua yang terbabit dalam proses tersebut.

KETIKA Ali bin Abi Talib secara diplomatik kalah kepada Muawiyah bin Abu Sufyan dalam Perang Siffin, sekumpulan penyokongnya berhadapan dengan emosi kecewa dan membuat keputusan untuk mendirikan kumpulan lain, iaitu Khawarij.


Kemunculan kelompok baru bukan sahaja menjadi cabaran kepada Ali bin Abi Talib, malah memberikan kekuatan kepada Muawiyah sehingga akhirnya bergabung tenaga untuk membunuh Khalifah ar-Rasyidin yang terakhir.


Mereka yang marahkan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Muawiyah akhirnya menuntut agar menyerahkan tampuk pentadbiran khalifah kepada keturunan Ali bin Abi Talib. Kelompok itu kemudiannya menggelarkan diri mereka sebagai Syiah.


Kemunculan pelbagai kelompok itu menarik minat Abu Al-Fath Muhammad bin Abdul Karim Asy-Syahrastani dan melalui bukunya, Al-Milal Wa An-Nihal beliau membuat perbincangan mendalam mengenai kemunculan pelbagai aliran dan mazhab dalam Islam. Kelahiran pelbagai aliran itulah telah menyebabkan permusuhan dan perpecahan sehingga pertumpahan darah yang memakan korban.


Perpecahan kepada kelompok sebenarnya telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW lagi, iaitu konflik mengenai usaha penulisan wasiat baginda dan penghantaran pasukan di bawah pimpinan Usamah ke Syam bagi membendung serangan tentera Rom. Situasi ini menjadi semakin mendesak semasa Nabi Muhammad SAW sedang gering. Menurut Abu Fath, bibit-bibit perpecahan tersebut berlaku disebabkan dua perkara pokok, iaitu berkaitan politik dan keyakinan terhadap sesuatu doktrin.

MESTI BACA: SEBAB SEBENAR PAS DITENDANG DARI BN

Artikel ini agak panjang, harap rakan-rakan pembaca dapat luangkan sedikit masa untuk membacanya perlahan-lahan sehingga habis tanpa meninggalkan satu perenggan pun yang bertulisan biru kerana perkara ini amat penting untuk rakan seperjuangan ketahui dan sebarkan.
Perkara ini sudah lama saya tunggu-tunggu, sebelum ini saya ada mendengar cerita dari beberapa orang tentang sebab sebenar Pas ditendang keluar dari BN kerana Pas mengkhianati BN.

Antaranya ialah kerana, Pas cuba mengambil kesempatan semasa dalam BN untuk menguatkan kedudukan Pas, bukannya kedudukan BN. Pas lebih penting nafsu mereka sendiri dan sanggup menikam rakan dari belakang.

Saya difahamkan antara perjanjian Pas dan Umno sebelum Pas masuk BN , mereka tidak boleh kacau tempat Umno termasuk tidak boleh membuka cawangan-cawangan Pas di mana Umno mempunyai cawangan. Begitu juga sebaliknya.

Pada masa itu menteri yang menjaga Felda adalah menteri dari Pas di bawah Kementerian Tanah dan Galian. Pas tidak patuh janji, mereka guna kuasa dan jawatan mereka untuk mengembangkan Pas di Felda termasuk membuka beberapa kawasan Felda baru. Antaranya di Kemahang Kelantan dan di Johor.

Itu sahaja yang saya tahu sebelum ini, saya cuba mencari info berkenaan dengan perkara ini tetapi saya tidak jumpa orang yang tahu perkara sebenar.

Berbeza dengan apa yang di momok - momokkan oleh Nik Aziz dan juak-juak Pas sebelum ini, kononnya Pas dikhinati oleh BN dengan menendang keluar dari komponen BN pada tahun 70an dan mereka serik lagi untuk bekerjasama dengan Umno. Cerita tersebut tidak benar sama sekali.

Tapi sayang seribu kali sayang, disini kita boleh lihat kelemahan BN untuk menjawab dan menerangkan balik perkara sebenar kepada rakyat. Mereka biarkan cerita bohong yang disebarkan oleh Pas bermaharajalela. Sudah lama saya menunggu perkara ini, tetapi tidak berjumpa dengan orang yang tahu perkara sebenar untuk menceritakannya.

WANITA SELANGOR DEDAH 20 DALIL TOLAK PR SELANGOR






Semasa perhimpunan sayap wanita UMNO berlangsung semalam, dewan gamat dengan pendedahan 20 dalil dari seorang perwakilan wanita Selangor YANG MENDEDAHKAN mengapa orang Selangor wajib tolak pakatan di Selangor.
Dengan pendedahan ini, RAKYAT Selangor wajib mempersoalkan Khalid Ibrahim dan rejimnya di Selangor kenapa RAKYAT Selangor ditipu sedemikian rupa.
Pendedahan dokumen 1:
Bila kita berdepan dengan pemimpin kerajaan Selangor dari rejim pakatan persoalkan mereka tentang ini.

PAS TIDAK PANDAI TADBIR NEGERI

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pas tidak pandai mentadbir negeri, menyebabkan banyak masalah penduduk di negeri itu gagal diselesaikan, demikian Perhimpunan Agung Umno 2012 diberitahu hari ini.

Wakil Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sungguhpun Pas telah mentabir negeri itu selama 22 tahun dan menabur pelbagai janji, sehingga kini 'janji tinggal janji'.

Antara projek yang dijanjikan kepada rakyat Kelantan ialah pembinaan jambatan kedua menghubungkan Palekbang di Tumpat dan Kampung Cina di Kota Baharu, stadium tertutup wanita dan menubuhkan tabung skim perumahan rakyat, katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar presiden, pada hari pertama perhimpunan di sini.

Katanya terkini kerajaan Pas Kelantan menjanjikan pembinaan lebuh raya rakyat yang menghubungkan Kota Baharu dan Kuala Krai serta perkhidmatan kereta api laju.

Selain itu, Md Alwi yang merupakan Timbalan Ketua Umno Ketereh, berkata pemimpin Pas juga tidak bijak menguruskan hasil bumi yang menyaksikan kawasan berbukit di hulu Kelantan kini gondol akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Katanya hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu memajukan Kelantan dan mengatasi masalah yang dihadapi rakyat, kerana parti itu mempunyai pemimpin yang berpengalaman dan berpengetahuan luas seperti Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bagi memastikan rakyat terus menyokong Umno dan BN, beliau berkata Umno mesti terus membela nasib golongan miskin dengan memenuhi keperluan mereka seperti membaik pulih rumah  penduduk yang uzur.

Md Alwi turut membidas Pas yang suka menghina Umno dengan pelbagai tuduhan termasuk  murtad, sedangkan Umno sebuah parti yang banyak berjasa memartabatkan Islam dan umatnya.

Dalam isu pemilihan calon pada pilihan raya umum ke-13, Md Alwi menyarankan pucuk pimpinan parti meniru pasukan bola sepak Kelantan yang hanya memilih pemain terbaik sehingga berjaya merangkul tiga kejuaraan pada musim yang baru sahaja berakhir. - Bernama


TERUS BACA DISINI

CUKUPLAH 5 TAHUN DIPERBODOHKAN OLEH PAKATAN RAKYAT



Selepas “tsunami politik” melanda negara pada tahun 2008, saya melihat landskap politik dan budayanya semakin mundur ke belakang dengan pelbagai propaganda yang tidak masuk akal dijadikan ukuran kekuatan agenda Pakatan Haram.

Kadang-kadang, saya ketawa besar melihat gelagat para penyokong Pakatan Haram yang begitu mudah terpengaruh dengan jumlah kehadiran mana-mana himpunan, majlis mahupun program yang dianjurkan oleh PKR, PAS mahupun DAP.

Bila ada saja himpunan, demonstrasi atau program-program politik Pakatan Haram, maka media-media mereka mula menyebarkan propaganda bohong mengatakan sejumlah 5,000, 10,000, 30,000, 50,000 dan jutaan yang hadir menyokong mereka!

Pada mereka, nombor menunjukkan kekuatan. Kalau ramai yang hadir, maka mereka akan mendakwa bahawa mereka sangat kuat dan mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.

Padahal, hakikat sebenarnya ialah lebih ramai dan majoriti rakyat Malaysia yang menyampah dan meluat dengan perangai mengada-ngada Pakatan Haram yang gemar mencetus kekecohan yang menyusahkan rakyat!

Sekiranya diamati dengan teliti, para penyokong Pakatan Haram yang hadir di program-program gabungan parti pembangkang atau NGO yang pro-Pakatan Haram semuanya adalah muka yang sama sahaja.

Dalam ertikata lain, jika Pak Mat hadir di himpunan Bershit, maka dialah juga yang hadir di himpunan Bershit 2.0, Bershit 3.0, himpunan 901, himpunan “katak hijau” ke Putrajaya dan dialah juga yang hadir di himpunan anti-Lynas di perkarangan Dataran Merdeka sekarang.

Jika tidak percaya, cubalah tanyalah 10 orang peserta anti-Lynas yang sedang tunjuk perangai hodoh mereka di Dataran Merdeka dan saya yakin bahawa 8 atau 9 orang dari mereka pasti mengaku menyertai himpunan Bershit 3.0 sebelum ini.

Saya bukan berkata kosong. Saya sebenarnya rapat dengan rakan-rakan yang sering dipergunakan oleh PAS, PKR dan DAP untuk meramaikan majlis anjuran Pakatan Haram.

Tak kira sama ada dari program sekecil ceramah diperingkat kawasan, sehinggalah ke himpunan haram besar-besaran di Kuala Lumpur, muka rakan-rakan saya itulah yang akan “tercongok” di lokasi yang akan dihuru-harakan itu.

Persoalannya, dengan muka yang sama dan kehadiran yang tidak seberapa tapi kononnya berpuluh ribu orang itu, Pakatan Haram tidak malu untuk mendakwa mereka mewakili suara majoriti rakyat Malaysia?

Tak masuk akal langsung! Rasanya orang yang tak punya akal pun takkan membuat pengakuan sebegitu bodoh, bukan?

Malangnya Pakatan Haram begitu “perasan” dan memang muka tembok untuk mengaku diri mereka telah dipilih rakyat Malaysia untuk bersuara membela nasib rakyat yang kononnya tertindas dan dizalimi.

Padahal, merekalah yang menzalimi diri sendiri dan cuba menindas minda rakyat dengan propaganda-propaganda busuk yang mampu menghancurkan kestabilan dan kemakmuran negara kita.

Saya yakin, rakyat Malaysia tidak sebodoh seperti yang Pakatan Haram jangkakan. Rakyat Malaysia sememangnya celik dari dulu dan tahu membezakan di antara Pakatan Haram yang mempergunakan nama mereka dengan BN yang memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sejak merdeka lagi.

Bukan mahu memuji UMNO atau BN, namun itulah fakta dan hakikat yang diakui oleh majoriti rakyat Malaysia dan tak perlu beritahu rakyat pun mereka akan akui kebenaran tersebut dengan hati yang waras dan terbuka, kan?

Justeru itu, saya menyarankan agar Pakatan Haram menghentikan saja propaganda bodoh mereka itu kerana rakyat di negara ini sudah muak dengan taktik keji mereka yang mahu memperbodoh-bodohkan rakyat itu. Lebih elok, bubar sajalah Pakatan Haram itu, senang cerita, kan?

Sumber: Perak Today

PEMUDA UMNO AKAN TARIK ULAMA MUDA BAGI MEMPERKASA PERJUANGAN




KUALA LUMPUR, 28 Nov – Pemuda UMNO akan menjelajah ke Asia Barat untuk mendekati pelajar Malaysia di sana dalam usaha menarik lebih ramai ulama muda bagi memperkasa perjuangan Islam pergerakan itu.
“Usaha ini perlu kita perkasakan bagi melengkapkan lagi perjuangan kita, supaya golongan profesional dan ulama masing-masing ada pendapat dalam Pemuda UMNO yang akhirnya saling melengkapi serta memperkasa perjuangan kita,” kata Ketuanya Khairy Jamaluddin ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO, di sini hari ini.
Sebelum itu semasa perbahasan, Ketua Pemuda Bahagian Bayan Baru, Pulau Pinang, Norman Zahalan menyarankan penubuhan Badan Ulama Pemuda UMNO bagi memberi lebih ruang kepada golongan muda lepasan pengajian agama di Timur Tengah berjuang bersama parti terbesar orang Melayu tersebut.
Mengulas lanjut, Khairy berkata mereka perlu diberi peluang menjelaskan isu-isu agama dan fatwa yang sering dipermainkan sesetengah pihak.
Khairy juga berkata kepimpinan pergerakan itu akan turun padang melawat setiap bahagian untuk memastikan mesej bekerja lebih gigih menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 sampai kepada jentera sayap di peringkat akar umbi.
“Kita akan pergi setiap negeri, saya akan ketuai kerana saya tidak mahu anggota kita rasa keseorangan dalam perjuangan mereka. Saya jamin jentera Pemuda Umno akan lebih perkasa berbanding PRU sebelum ini,” katanya.
Khairy berkata cadangan perwakilan untuk melanjutkan tempoh persidangan itu daripada satu hari kepada sekurang-kurangnya dua hari akan disampaikan kepada pimpinan tertinggi parti.
Naib Ketua Pemudanya Datuk Razali Ibrahim pula berkata setiap anggota Pemuda UMNO perlu berusaha gigih bagi memastikan kemenangan setiap calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum itu.
“Tidak guna kita letak walau berjuta sekalipun calon muda kalau kita sendiri tidak mahu bekerja menangkan calon kita. Jangan ada yang menipu di sini kata kita sokong di sini hari ini, tetapi besok balik terus berpaling muka.
“Bila kita dapat arahan pucuk pimpinan jangan banyak soal terus ke depan bekerja untuk parti kita,” katanya.

TUN MAHATHIR: PAU 2012 TAMPAK LEBIH KUAT DAN BERSEMANGAT




KUALA LUMPUR, 29 Nov – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan UMNO 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta UMNO secara keseluruhannya telah siap sedia untuk ‘berperang’ menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) berucap.
“Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat… bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini,” katanya selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Dr Mahathir yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.
“Beliau (Najib) telah menjawab segala tomahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap UMNO,” katanya.

UMNO TEGAR PERJUANG ISLAM, TENTANG PLURALISME DAN LIBERALISME





KUALA LUMPUR, 29 Nov  - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Umno akan sentiasa memperjuang dan mempertahankan Islam dan menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme.
Presiden UMNO berkata kedudukan Islam akan terus dipertahan seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan parti dan sesuai dengan kedudukannya sebagai Agama Persekutuan.
“Ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi bahawa UMNO komited bagi terus mempertinggi Islam berteraskan maqasid syariah, demi memelihara agama, nyawa, harta benda, akal, maruah dan keturunan.
“Di atas pentas perhimpunan ini juga, kita mahu menyatakan tanpa berbasa-basi lagi bahawa kita menentang sekeras-kerasnya mereka yang mendukung fahaman pluralisme mahupun liberalisme,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden bertemakan ‘Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional’ sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 di sini, hari ini.
Berucap di hadapan 2,759 anggota perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Najib turut menolak keras dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO parti nasionalis yang sekular.
Menyifatkan tuduhan itu ‘amatlah tersasar’, Najib berkata selama ini UMNOlah yang membolehkan Islam diamalkan sebagai cara hidup yang syumul di negara ini di sebalik kepelbagaian Malaysia sebagai sebuah negara berbilang etik, budaya dan agama.
Najib berkata banyak telah dilakukan oleh UMNO dalam memastikan kelangsungan Islam di negara ini yang menyaksikan syiar Islam bukan terbatas di bidang ibadah sahaja bahkan merangkumi lapangan munakahat, muamalah dan jinayah.
Katanya penubuhan Lembaga Urusan Tabung Haji membolehkan umat Islam menabung dan mengerjakan ibadah haji secara sistematik, khidmat perbankan dan kewangan Islam diperluas, malah Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam contoh turut menyumbang kepada kesejahteraan di seluruh dunia menerusi pasukan pengaman, pemerhati dan perubatan yang dihantar ke negara Islam berkonflik seperti Bosnia, Somalia, Lubnan dan Afganistan.
Malaysia juga, katanya komited untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Palestin, malah mungkin menjadi negara pertama membuka kedutaan di ibu kota Palestin yang merdeka dan berdaulat kelak.
“Merujuk semua itu, janganlah sumbangan kepada Islam diukur hanya dengan tahap retorik dan kuatnya bunyi pekikan slogan semata-mata, sedangkan sumbangan sebenar serta isi kandungannya tidak seberapa,” katanya.
Sinis menempelak sikap pembangkang yang mendoakan kecelakaan UMNO, Najib berkata UMNO tidak rela untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan tidak sekali-kali akan mencaci atau menista saudara seagama seperti yang dilakukan parti lawan.
“Jadi kita ingin berpesan cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat. Suatu ketika dahulu UMNO dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru (Datuk Seri Hadi Awang)…UMNO dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud,” katanya.
Kesan amanat pada 1981 itu menurut Najib bukan sahaja telah memecahkan perpaduan, tetapi menanam benih-benih kebencian di kalangan sesama Islam.
“Natijahnya muncullah tragedi Memali, peristiwa Lubok Merbau, kejadian sembahyang dua imam, perceraian suami isteri, perseteruan keluarga serta wujudnya fahaman haram memakan sembelihan oleh orang-orang UMNO,” katanya.
Bagaimanapun, kata Najib, di sebalik tohmahan dan propaganda jahat pembangkang yang diasak kepada UMNO, perjuangan parti itu dalam memartabatkan Islam di Malaysia dan seantero dunia tetap menyinar dan dipersadakan.
Malah terbaru, Malaysia diletakkan di tempat kelima teratas dalam pematuhan Indeks Syariah Malaysia yang dikendali sekumpulan ulama antarabangsa, kata Najib.

NAJIB: HANYA UMNO PILIHAN RAKYAT





KUALA LUMPUR, 29 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak mengerahkan seluruh anggota UMNO bersatu mempertahan Putrajaya sambil menegaskan rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik, dan ini hanya mampu ditawarkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri berkata pilihan raya umum ke-13 merupakan titik penentu kepada destinasi masa depan negara dan rakyat perlu tahu menilai kelebihan BN berbanding pembangkang.
Katanya ini dibuktikan dengan parti perikatan dan kemudian BN yang ditunjangi oleh UMNO sejak lebih 55 tahun lalu, secara berterusan menerajui negara dengan membawa pelbagai perubahan dan pembaharuan dengan lonjakan berganda.
Presiden UMNO itu berkata sedangkan pembangkang yang mahu berkuasa, hanya menabur janji kosong, tipu daya atau fatamorgana.
“Pilihannya amat jelas untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama atau didewasakan dengan kebencian yang membara,” katanya dalam ucapan dasarnya bertemakan “Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional” sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini hari ini.
“Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan pada anak-anak kita. Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama, atau Malaysia yang mundur, terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis.
“Di satu sudut, jalan mulia yang terintis sejak merdeka, bersiram darah, bermandi air mata dan dibasahi keringat para patriot sepanjang zaman. Di satu sudut lagi, jalan bersimpang siur, kelam dan gulita, dibina atas fitnah, kepalsuan dan janji-janji bohong. Jika rakyat terpedaya dengan siulan menuju lorong itu, percayalah, negara yang permai ini akan hancur, runtuh dan tenggelam,” katanya.
Oleh itu, beliau berkata UMNO tidak akan membiarkan Malaysia hancur disebabkan janji-janji bohong yang ditabur pembangkang, bagi mengelakkan rakyat merempat di negara sendiri.
“Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. jika kita kehilangan darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula, tetapi jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang, akhirnya terbangsat dan merempat di tanah sendiri,” katanya.
Najib menegaskan walaupun apapun rintangan dan cabaran yang melanda, UMNO tidak akan berundur daripada terus berbakti kepada rakyat dan negara.
“UMNO dan Barisan Nasional akan mara di barisan hadapan menghadapi musuh dari luar mahupun dalam. Kita akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik,” katanya.
Najib berkata tidak wujud individu, pemimpin, organisasi atau parti yang tidak pernah melakukan kesalahan dan untuk itu, sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, UMNO menyusun memohon maaf atas kekhilafan.
“Saya selaku Presiden UMNO bersama timbalan presiden serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam,” katanya.
Beliau berkata sedang UMNO komited untuk memperjuang nasib bangsa Melayu dan Bumiputera, parti itu juga beriltizam memastikan bantuan dan pertolongan kerajaan sampai kepada dan mampu dinikmati golongan miskin, golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah daripada semua kaum di Malaysia.
“Kita mahu kemakmuran Malaysia dikongsi bersama dan tidak akan ada rakyat Malaysia yang akan ketinggalan. Bahkan UMNO menghargai dan menyanjung tinggi sumbangan setiap warga Malaysia tidak kira apa latar belakangnya dengan kejayaan nasional,” katanya.
Beliau turut mengingatkan anggota UMNO bahawa kemenangan dalam pilihan raya sebenarnya bergantung kepada banyak faktor seperti pengundi setempat, kecekapan jentera di setiap bahagian serta calon yang dipertandingkan.
“Realiti semasa menyaksikan bahawa sokongan rakyat kepada kepimpinan nasional dan negeri tidak semestinya diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon tempatan parti. Jika dahulu siapa yang diketengahkan parti merupakan calon boleh menang, hakikatnya tidak begitu lagi,” katanya.
Beliau berkata calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah iaitu bukan sekadar diterima oleh lingkungan parti tetapi hendaklah juga disenangi masyarakat setempat sebagai pengundi.
Dalam memastikan kemenangan BN pada PRU-13, Najib menekankan pentingnya disiplin berorganisasi sebagai faktor tonggak yang menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini.
“Dalam sebuah pertubuhan siasah, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen, disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihan raya,” katanya.

PAHANG BN CONFIDENT OR WINNING 13 OF 14 PARLIAMENTARY SEATS


KUALA LUMPUR, Nov 28 – Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob said today the Barisan Nasional (BN) was confident of winning almost all the 14 parliamentary seats and 40 of the 42 state seats in the state in the next general election.

In the last general election, in 2008, the BN lost to PKR in the parliamentary constituencies of Kuantan and Indera Mahkota and in the state constituencies of Triang and Tras (to the DAP), Beserah and Kuala Semantan (to PAS) and Tanah Rata (to an independent candidate).
The independent assemblyman, Ho Yip Kap, joined Gerakan, a BN component party, later.
Adnan said the BN had a 50-50 chance of winning one of the parliamentary seats, but he did not disclose its name.
“The key performance indicator of the prime minister (for Pahang in the 13th general election) is that we must win 14 (parliamentary seats). Right now, we are confident of winning 13, with a 50-50 chance in the remaining one,” he said after attending the signing of a memorandum of understanding on Facilitating Social Upliftment (FSU), here.
“If we can endear ourselves to the people more, God willing, we can capture all 14 (parliamentary seats),” he said.
He also said that the BN had a chance of winning Triang and Tras, the two stronghold constituencies of the DAP, but the coalition had to work harder to do so.

BERTANDING 80 KERUSI HANYA GIMIK POLITIK PAS



KUALA LUMPUR, 16 Julai – Hasrat Pas untuk menjadi tulang belakang kepada pentadbiran negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang adalah satu gimik politik bagi meletakkan kononnya parti tersebut lebih dominan berbanding sekutunya iaitu DAP dan PKR sendiri.
Penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein melihat ‘keberanian’ Pas menyuarakan hasrat untuk menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya sehingga 80 kerusi diibaratkan seperti menangguk di air keruh.
“Persoalannya mengapa baru hari ini Pas berani bersuara dan bukan sejak dari awal lagi? Ini kerana mereka telah mencongak kononnya merekalah yang akan menggantikan peranan PKR setelah pelbagai masalah dalaman yang terlondeh di kalangan kepimpinan PKR sendiri,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Jelasnya, kerana itu jugalah Pas berani meletakkan sasaran untuk bertanding sehingga 80 kerusi biarpun hakikatnya ia tidak mungkin akan menjadi nyata.
“Saya percaya sekiranya Pas mahu meletakkan lebih sasaran untuk bertanding dalam PRU akan datang, maka mereka akan berdepan dengan masalah bukan saja dari anggotanya tetapi juga dari sekutu pakatan pembangkang sendiri.
“Setakat bercakap mahu letak kerusi lebih bolehlah tapi untuk melaksanakannya belum tentu lagi kerana PKR mahupun DAP sendiri tidak mungkin berdiam diri walaupun sebenarnya mereka ini memasang angan-angan yang tinggi.”
Sebelum ini, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, jumlah kerusi yang akan ditandingi parti tersebut mungkin meningkat sehingga 80 berbanding 66 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.
“Dalam diam, selama ini Pas juga berangan untuk menguasai negara sebagai kuasa dominan dan menyimpan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan apabila pelbagai masalah dalaman terbongkar membabitkan kepimpinan DAP dan PKR maka Pas serta-merta mula perasan bahawa mereka mampu menguasai pakatan terbabit.
“Jadi sahlah bahawa justifikasi melebihkan kuasa daripada segala-galanya amat terselah dalam Pas sehinggakan mereka sanggup saling memijak sekutu sendiri untuk bangkit dan bersuara,” katanya lagi.
Jelas beliau yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Pas boleh bercakap malah meletakkan calon-calonnya untuk berdepan PRU nanti tetapi belum tentu apa yang dilakukan oleh mereka dipersetujui oleh PKR dan DAP.
“Siapa pun boleh bercakap nak bertanding di mana atau berapa banyak kerusi tetapi biarlah berpijak pada hakikat kerana jika PRU lalu pun Pas yang bertanding 66 kerusi hanya mampu menang 23 saja sedangkan PKR dan DAP masih kekal sebagai parti pendahulu yang mempunyai lebih banyak kerusi.
“Pas bercakap tak berpijak di bumi nyata sedangkan dalam angka pun mereka tewas dengan PKR dan DAP apatah lagi untuk menyuarakan dan memasang angan-angan menjadi Perdana Menteri.”
Tegasnya lagi, jika benar sekalipun Pas akan bertanding dengan jumlah tersebut maka ia akan berdepan masalah dari segi kelayakan calonnya kerana mereka sendiri menghadapi krisis dalaman sebagaimana di Kedah yang tidak ada penyatuan malah masing-masing membayangkan mahu jadi Menteri Besar untuk musim akan datang.
Pada pilihan raya umum ke-12, Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen dan menang 23 daripadanya, lebih kecil berbanding DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi di mana DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31 kerusi. -MediaUMNO

UFB: UMNO BUKAN KELOMPOK TOLAK HUDUD


KUALA LUMPUR 18 Sept – Hudud seolah-olah sebagai satu prasyarat untuk menghukum seseorang mempraktikkan Islam atau pun tidak tanpa melihat Islam itu secara syumul, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.
Menurut beliau Hudud adalah juzuk (sebahagian) daripada Islam dan beliau bersetuju dengan mana-mana kenyataan  bahawa barang siapa yang mengatakan hukum berkenaan tidak adil, undang-undang lekeh dan Hudud tidak boleh digunapakai boleh membawa kepada kekufuran dan boleh membawa kepada kerosakan akidah.
“Tetapi perlu dibezakan antara golongan atau kelompok yang mengatakan hudud tidak boleh digunapakai dengan hudud belum sesuai dengan masanya untuk dilaksanakan pada hari ini kerana kita ada usaha-usaha yang lain yang sedang kita sedang laksanakan.
“Di samping kita berhadapan dengan realiti dan keadaan masyarakat yang majmuk, pelbagai latar belakangnya, kefahaman masyarakat itu sendiri di tahap yang sangat-sangat lemah tentang hukum itu sendiri makaterpaksa kita lewatkan.
“Ini satu kenyataan yang berbeza dengan tolak hudud. Jadi saya kira untuk kita lebih adil dalam menghukum sesuai dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:
‘Jangan kerana jenayah sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil ke atasnya. Berlaku adillah sesungguhnya keadilan itu lebih lengkap dan lebih hampir dengan taqwa kepada Allah s.w.t.’
“Maka kita nak hukum teman-teman dari kalangan pemimpin UMNO contohnya kita lihat sumbangan yang cukup besar seperti perbankan Islam, ekonomi Islam, sumbangan dari segi sosial, sumbangan dari sudut pembangunan teknologi yang perlu kita berikan pengiktirafan. Ini juga cabang daripada hukum-hukum Islam,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Kata beliau lagi Islam tertegak daripada tiga elemen iatu akidah, syariah dan akhlak yang mana sebahagian besarnya telah dilaksanakan oleh kerajaan hari ini sewajarnya pengiktirafan perlu diberikan terhadap pelaksanaannya.
“Islam itu tetegak daripada tiga elemen iaitu akidah, syariah dan akhlak. Jadi kita lihat usaha-usaha pemurnian akidah seperti adanya Jabatan Agama Islam, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) yang mengetuai dalam soal-soal akidah Islam, ibadah luas, syariah juga luas merangkumi kempen solatnya, pengajaran dan pendidikan soalt dan sebagainya lagi. Ini adalah hal-hal utama yang telah disampaikan. Isu haji, batitulmalnya yang kita perlu berikan pengiktirafan.
“Cuma kita tidak nafikan dalam syariah ini ada satu cabang iaitu hukum hakam berkenaan jenayah Islam. Di bawahnya ada Qisas, adanya Takzir dan Hudud dan Diat masih lagi kita tidak laksanakan disebabkan beberapa faktor dan bukannya bererti menolak tetapi menangguhkan atas faktor tertentu seperti kita nak faham masyarakat Islam dan bukan Islam tentang hudud. Kita sendiri mengambil inisiatif dan sedia untuk memberikan penjelasan sewajarnya.
“Sekali lagi saya nak tekankan Hudud adalah salah satu cabang daripada hukum Islam. Justeru marilah kita sama-sama berusaha sempurnakan yang kurang sempurna. Yang mana telah dilaksanakan berikan pengiktirafan dan jangan sesekali kita ajukan pertuduhan dengan seperti kalian tidak melaksanakan hukum Allah seolah-olah kerajaan tidak pernah melakukan hal-hal yang sesuai dengan kehendak agama ini.
“Bukankah Ekonomi Islam kehendak agama, perbankan Islam kehendak agama, membina masjid kehendak agama, kempen dan pengetahuan solat kehendak agama, sokongan terhadap ibadah haji adalah kehendak agama, zakat dan baitulmal adalah kehendak agama, di mana pengiktirafan kita terhadap kehendak-kehendak agama ini yang telah dilaksanakan oleh pemerintah ini,” katanya. -MediaUMNO

PENYOKONG PAS SUKA DITIPU: CUKUPLAH 12 KALI... KE GONE?


KUALA LUMPUR, 29 Nov – Rakyat terutama penyokong Pas sepatutnya sedar dan tidak lagi membiarkan diri mereka terus ditipu parti itu yang kononnya berjuang untuk menegakkan Negara Islam.
Hakikatnya tegas Ustaz Syahrin Jamaluddin, perjuangan Pas menegakkan Negara Islam bukan saja ditolak rakan pakatan mereka PKR dan DAP malah jika Pas bersendirian sekalipun mereka tidak mampu untuk melakukannya.
Fakta ini tegas beliau lagi didedahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin di mana sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang Pas tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen.
Ini dibuktikan Tan Sri Muhyiddin seperti dalam pilihanraya tahun 1969, Pas bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.
“Memang jelas jika Pas menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, Pas tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik Pas ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999.
“Lebih malang lagi sekarang bila Pas mengadakan pakatan dengan DAP dan PKR pun, kedua-dua rakan pakatan itu siang-siang sudah tolak hasrat Pas malah untuk lantik Presiden Pas jadi Perdana Menteri pun DAP dan PKR tak mahu.  Inilah perkara atau fakta yang mesti disedar rakyat terutama penyokong Pas”, kata Ustaz Syahrin kepada UMNO-Online.
Ustaz Syahrin yang juga Ketua Pemuda UMNO Tebrau seterusnya menambah jika penyokong Pas berlapang dada sudah pasti mereka tidak menolak hakikat tersebut.
“Cukuplah selama 12 kali pilihanraya mereka diperdaya. Lebih dahsyat lagi kali ini Pas cuba berpakat dengan DAP dan PKR yang jelas menolak sebarang perjuangan untuk Negara Islam”, katanya. -MediaUMNO

KEPIMPINAN TRANSFORMATIF MENUJU WAWASAN NASIONAL





Saudara dan Saudari sekalian,
1. Alhamdulillah dibalut rasa tawaduk dan rasa rendah diri, sekali lagi kita berhimpun untuk menunaikan tanggungjawab lazim sebagai sebuah organisasi bagi mengadakan mesyuarat agong tahunan parti tercinta yakni Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO.
2. Sesungguhnya perhimpunan sebegini bukanlah semata-mata acara ritual dalam memenuhi tuntutan taqwim organisasi. Sebaliknya, ia satu iltizam terbaik melaksanakan proses muhasabah dan islah demi memperbetulkan kelemahan, memperkejab jentera parti, membugarkan halatuju pertubuhan, seterusnya mempastikan kelangsungan jemaah.
Saudara dan saudari,
3. Seperti semua maklum, ini merupakan perhimpunan agong terakhir sebelum Pilihanraya Umum yang ke-13. Jadinya, Dewan Rakyat, menurut Perlembagaan, kalau pun tidak dibubar oleh yang di-Pertuan Agong berdasarkan nasihat Perdana Menteri, ia akan terusai juga dengan sendirinya, tanggal 28 April 2013.
4. Oleh itu, setiap seorang daripada kita, tidak kira saudara dan saudari yang berada di bawah, tuan-tuan dan puan-puan yang memenuhi ruang di atas, apatah lagi para pimpinan di sini, dan pastinya, sekian ramai ahli UMNO di mana sahaja, hatta yang tidak bernama, walau yang tidak berjawatan, waima yang tidak berkedudukan, sekalipun yang tidak pernah menjejakkan kaki ke dewan bertuah ini, saya percaya semuanya sedang berasakan betapa kencang tiupan ke medan juang.
Saudara dan saudari,
5. Jelas sekali terasa, parti kita telah semakin pulih semangatnya. Kita yakin bahawa, jentera parti pula, daripada peringkat cawangan, bahagian, perhubungan sehinggalah ke peringkat Kebangsaan telah pun bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan.
6. Kini, semboyan sedang berkumandang, genderang makin bergema. Masanya sampai, menyusun langkah, tempohnya matang, memperkemas pasukan, detiknya tiba, mempasak kuda-kuda. Dengan mendokong peranan masing-masing, ayuhlah, kita kembali kepada rakyat, demi memperbaharu mandat.
7. Serentak itu, saudara dan saudari, marilah kita mengangkat sebanyak-banyak doa, bahawa dengan izin Allah jua, apabila kita bertemu pada tahun hadapan di Dewan Merdeka ini, InsyaAllah, kita akan berhimpun semula dengan sokongan kukuh sebagai parti pemerintah, untuk mengurus kepentingan negara, memakmur ekonomi dan mensejahtera rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang.
8. Malah, lebih jauh dari itu, moga-moga dengan izin yang Maha Berkuasa juga, kita kekal menjadi parti pemerintah yang akan menjulang darjat Malaysia, sebagai negara maju apabila menyinsingnya fajar 2020 kelak.
Saudara dan saudari,
9. Namun begitu, dalam pada kita sedang memupuk semangat juang yang marak dan membara ini, janganlah alpa pada kisah-kisah lalu. Beringatlah, Pilihanraya Umum ke 12 pada Mac 2008 merupakan pengalaman yang sungguh pahit, sungguh kelat, dalam episod politik UMNO dan Barisan Nasional.
10. Sehubungan itu pada hemah saya, ombak serta rintangan yang membadai, selama bertahun-tahun ini, sewajarnya, telah benar-benar menghimpunkan bibit-bibit kesedaran di sanubari semua.

Tuesday, 27 November 2012

TEKS UCAPAN PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2012 OLEH TIMB PRESIDEN UMNO, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN




Alhamdulillah, UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya. Negara kita telah merdeka 55 tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri, dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran.
Kita bersyukur, kerana hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan.
Pada masa yang sama, kita melonjak ke ambang negara maju dan melakar masa depan yang meyakinkan. Impian kita, harapan kita, hanyalah membina negara Malaysia yang berjaya dari Perlis hingga ke Sabah, dan sentiasa berada di bawah naungan Ilahi seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim:
وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ
 Yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka.
(Surah Al-Baqarah, Ayat 126)
Saudara dan saudari yang saya hormati,
Politik Perkongsian Kuasa
Menghimbau 55 tahun yang lalu, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama seperti di Sri Lanka, Fiji dan Myanmar ketika negara-negara ini berada di ambang kemerdekaan. Kesemuanya adalah bekas tanah jajahan British yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Apabila British terdesak untuk melepaskan penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu, dan apakah bentuk negara yang mahu dibina.
Kecuali di Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum. Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun, persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara, kemusnahan dan kemunduran.
Di Fiji, etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada tahun 1970. Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa.
Lebih malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti.
Walaupun Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam dilayan dengan begitu teruk sekali. Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan. Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia.

PKR PAHANG BERGOLAK : TIMB KETUA AMK UMUM LETAK JAWATAN


KUANTAN, 27 Nov - Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) Pahang, Aidil Haryman Mat Nor (foto)  mengumumkan perletakkan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta hari ini. Menerusi posting terbaru di laman sembang sosial facebook beliau,Haryman atau lebih dikenali dengan gelaran Alang menyatakan perletakkan jawatan itu berkuatkuasa mulai jam 1.00 pagi ini (27 November). 

Tidak diketahui apakah punca beliau berbuat demikian, namun alasan utamanya ialah mahu menumpukan perhatian kepada parlimennya sahaja. Apapun, berdasarkan mesej-mesej panas yang terdapat di wall FB beliau ternyata adanya pergolakan dalaman sayap kanan parti itu di Pahang antara beliau dengan kepimpinan AMK negeri. "Aku dah letak semua jawatan di dalam AMK Pahang ... Sekarang aku tiada kena mengena lagi bersama AMK Pahang. Fokus aku hanya tempat sendiri, Parlimen Kuantan. Selama ini aku sangkakan, hanya cabang yang bermain politik seperti itu.... tetapi AMK juga dah mula mengikut jejak yang sama...Kalau dulu hanya seorang yang digelar TIMBANA, tetapi sekarang dah ramai yang mahu digelar TIMBANA",kata kenyataan di FB beliau itu. 

Sementara itu, dalam satu kenyataan ringkasnya Ketua AMK Pahang, Ahmad Sani Abd Ghani pula berkata tidak berlaku sebarang masalah antara beliau dengan kepimpinan AMK negeri, jika ada sekali pun beliau akan cuba berbincang untuk cari jalan penyelesaian terbaik.
[Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana ia melibatkan pimpinan tertinggi AMK Pahang. Persoalan yang timbul ialah kewujudan AMK di Pahang dilihat kurang "menyengat" jika dibandingkan dengan Soladirati Anak Muda Malaysia (SAMM). Malah, ramai pihak termasuk PAS dan DAP sendiri yang bersama PKR dalam Pakatan Rakyat masih tidak mengenali siapakah pimpinan AMK Pahang sebenarnya. Begitu juga dengan rakyat. 

Banyak AMK Cabang gagal berfungsi dengan baik dan yang paling aktif hanyalah AMK Indera Mahkota dan AMK Kuantan. PDO akan cuba mendapatkan info lanjut daripada pihak berkenaan].

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH