SIRI 2
PENDIDIKAN

-Memohon sekolah SABK ditambah dan ditempatkan di Kerdau
Pendidikan ini adalah perkara teras dan asas yang sangat besar kerana untuk melahirkan generasi yang bukan hanya sekadar berilmu tetapi mempunyai hati yang cerna..melalui pendidikan beliau menyatakan dalam perbahasannya iaitu memohon jasa baik Kerajaan memikirkan serta mengusahakan setinggi-tinggi upaya untuk menyahut orang ramai dan rakyat yang kita tengok hari ini seumpama Sekolah Tahap di Jerantut..
Permintaannya yang begitu tinggi serta rakyat begitu berminat dan disamping sekolah itu mampu mengeluarkan tenaga pengajar dan hasil kualiti pelajar bermutu tinggi..
Jelas ucapan beliau memohon supaya sekolah seperti ini dapat ditambah dan ditempatkan di Kerdau dan beliau sudi berbincang dengan Dato' DO untuk mencari lokasi-lokasi yang sesuai yang dikehendaki oleh pihak Kementerian..
Jika ditambah lagi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) beliau yakin ini dapat memperkasakan dan menambah hebatkan lagi didikan agama yang dinaungi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang menjadi payung agama yang dengannya kita merasa begitu teduh dan dengan kepimpinan dan naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku kita merasa begitu terpelihara agama kita dan terpelihara akida kita serta kefahaman kita..
Makanya kita merayu kepada pihak SABK yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran agar memastikan setiap sekolah telah diambil alih dilaksanakan prsarana sebagaimana yang telah ditetapkan..sepertimana yang ada di Negeri Pahang seumpamanya Sekolah Agama Mat Arif di Bukit Goh, Sekolah Agama Mahmudiah Kampung Awah Temerloh , Sekolah Agama Kerambit Lipis dan beberapa buah sekolah lagi..memohon diberi perhatian segera dan tindakan kerana didapati ada diantara mereka makan tengahari dan makan malam terpaksa memasang kanopi..ertinya tiada dewan untuk tempat pelajar-pelajar ini makan..
Sekira andainya tidak diatasi segera adakah kita sanggup melihat mereka dihembus oleh angin atau pun ribut, sudah tentu dihempap oleh kanopi dan keadaannya membahayakan..maka harus diberi perhatian dan soal ini dapat diatasi dengan segera..
Beliau juga tidak terlepas pandang dan menyebut mengenai Sekolah Agama Tarbiah Kerdau supaya turut sama meneliti dan diberi perhatian segera kerana membabitkan keselamatan dan kebajikan pelajar itu..
SUMBER : IRUL SHAHRIL
