RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Tuesday, 4 December 2012

PR: SATU PAKATAN PENUH CURIGA WASANGKA


KUALA LUMPUR 4  Dis – Kerjasama di kalangan pakatan pembangkang anatara DAP, Pas dan PKR adalah sekadar untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan umum ke 13 nanti bukannya mempunyai satu ikatan kukuh seperti mana yang dimiliki oleh BN.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata ketiga-tiga parti itu sebenarnya mempunyai syak wasangka antara satu sama lain, ini terbukti apabila DAP bercadang untuk meletakkan calon Melayu pada pilihan raya akan datang.
“Macam mana pembangkang mengatakan diri mereka mempunyai persefahaman, apa yang cuba dilakukan oleh DAP itu jelas menunjukkan parti itu sebenarnya tidak mempercayai Pas dan calon Melayu daripada PKR, sebab itu DAP bercadang untuk meletak calon Melayu
“Di samping itu, tiadanya persefahaman di kalangan mereka boleh dilihat apabila memperjuangakan sesuatu isu, mereka lebih menjurus kepada suatu pihak atau kaum sahaja, Pas dengan retorik hududnya, manakala DAP lebih kepada kaum bukan Melayu,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan beberapa bekas pemimpin yang meninggalkan pakatan pembangkang bahawa ketiga-tiga parti itu tidak pernah mempercayai antara satu sama lain sejak dahulu, pembentukkan pakatan pembangkang hanyalah sekadar untuk menewaskan BN.
Anuar berkata, bukan sahaja di kalangan parti, malah Ketua Pembangkang,  Anwar Ibrahim juga tidak pernah memperlihat keyakinannya terhadap pakatan pembangkang terutamanya Pas kerana bagi dirinya apa yang utama adalah untuk merealisasikan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
“Jika Anwar ikhlas, sudah pasti beliau akan campur tangan jika ada sebarang kemelut yang berlaku di dalam pakatan pembangkang, tetapi apa yang dilihat beliau lebih berpihak kepada DAP berbanding Pas dalam beberapa isu.
“Pendedahan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa tiadanya keyakinan antara satu sama lain di dalam pakatan pembangkang membuktikan perkara itu bukanlah sesuatu yang baru, kesepakatan itu hanyalah untuk menewaskan Barisan Nasional,” katanya.
Beliau turut menyatakan seorang  bekas ahli DAP, Tan Han Kuo  mendakwa DAP  tidak pernah mempercayai Pas, walaupun kedua-dua parti itu bekerjasama dalam pakatan pembangkang, matlamat utama kerjasama dengan Pas adalah untuk menawan Putrajaya dan permasalahan antara kedua parti itu akan diselesaikan apabila cita-cita pakatan pembangkang direalisasikan. -MediaUMNO

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH