RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Saturday, 22 December 2012

UMNO PERLU IKHLAS PERJUANGKAN AGAMA


BANGI – Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Tuan Haji Aminuddin Yahaya meminta pihak kerajaan khususnya para pemimpin UMNO supaya benar-benar ikhlas dalam perjuangan untuk memartabatkan Islam.
Beliau berkata, rakyat tidak mahu ucapan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini hanya sekadar retorik untuk pilihanraya.
“Saranan itu mestilah dalam bentuk yang benar-benar ikhlas, dalam erti kata rakyat tidak mahu lagi ini hanya dijadikan sebagai retorik untuk pilihanraya tetapi sebaliknya mesti membuktikan dengan membuat perubahan yang jelas.”
Beliau menambah, meskipun saranan telah dibuat, namun pihak kerajaan perlu membuktikan dengan tindakan. Namun jika tiada perubahan berlaku, beliau tidak akan menerima apa-apa lagi kenyataan pemimpin UMNO sebagai kenyataan yang ikhlas.
Di samping itu, Tuan Haji Aminuddin menyatakan kesediaan ISMA sebagai NGO Islam untuk memberi kerjasama demi memartabatkan Islam.
“Kita mengalu-alukan apa sahaja untuk kebaikan umat Islam dan sebarang usaha untuk memperkasakan Islam.
“Sebagai NGO Islam, kita sedia memberikan kerjasama yang boleh kita berikan bagi memastikan Islam kekal sebagai agama yang dimartabatkan di negara ini.

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH