![]() |
| SIDANG DUN PAHANG KE 12 |
YB Syed Ibrahim bin Syed Ahmad berucap di dalam dewan berkata peruntukan atau bajet yang telah dibentangkan bakal menampakkan strategi Kerajaan Negeri di dalam memperkasa ekonomi negeri, pendidikan, kebajikan, sosial dan pentadbiran serta keagamaan di dalam Negeri Pahang.. Dalam ucapan perbahasan beliau memperkasakan dan mempertingkatkan tahap ekonomi ini sememangnya menjadi satu perkara asas dan teras utama di dalam membina sebuah negeri yang maju serta rakyat yang sejahtera..
Dalam memperkasakan dan memperhebatkan beliau menambah bahawa sepertimana usahawan-usahawan kecil bukan sahaja mereka ini diberi modal berbentuk material melalui agensi-agensi yang dibentuk oleh kepeimpinan negara kita seperti TEKUN, BIN dan sebagainya tetapi kita juga perlu memberi modal ilmu, modal pengetahuan dan asas-asas perniagaan yang jitu supaya mereka apabila turun ke kancah perniagaan dan usahawan mereka, mer eka dapat melaksanakan tugas mereka dengan jayanya dan mereka tidak terbengkalai ditengah jalan di dalam mengusahakan dan perniagaan yang telah mereka ceburi dalam usaha mereka..
Agensi yang harus diperkasakan seperti FELCRA dan RISDA..hujah beliau lagi, kedua-dua agensi ini bukan sekadar untuk membina estet-estet sawit dan getah yang sebagaimana dinikmati oleh penduduk-penduduk tempatan di negeri kita..dan kita ucap tahniah kepada kerajaan yang telah bersungguh-sungguh dalam hal ini..tetapi tenaga ini perlu digembelengkan dengan sebaik-baiknya dengan memikirkan apakah sumber-sumber baru atau pun cara-cara yang dapat menambahkan kepada kemakmuran sumber baru atau pun cara-cara yang dapat menambahkan kepada kemakmuran sumber baru atau pun cara-cara yang dapat menambahkan kepada kemakmuran yang ada ini bagi menzahirkan sumber yang baru.
Tidak salah kalau kita fikirkan bagaimana perindustrian daripada hasil pertanian itu diperluaskan agar orang-orang atau masyarakat yang belum lagi dapat menikmati daripada sumber sebagaimana mereka yang telah menjadi peserta FELCRA, mereka dapat menikmati daripada hasil yang baru ini InsyaAllah.. Dalam ekonomi beliau juga memberi contoh dalam memperkasa ekonomi ini melalui usahawan kecil iaitu agensi pengiklanan..orang kampung kita ini masyhur dengan nilaiannya..
Kalau di temerloh umpamanya di Kerdau dengan ikan sangkarnya, apa salahnya kita bantu mereka bukan sahaja memasarkan ikan ini tadi..iaitu memasarkan produk ikan patin yang dijadikan ikan kering, perkasam dan ikan salai yang lasat dimakan..kalau tak rasa orang tak tahu..jadi ini juga akan membantu memacukan ekonomi usahawan-usahawan kecil di kampung atau pun di desa yang sedang digiat menternak ikan melalui sangkar ditepi Sungai Pahang..
SUMBER : IRUL SHAHRIL


0 komen:
Post a Comment