RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Saturday, 1 December 2012

PUAK KHAWARIJ SUBUR DALAM PAS


Telah berkata Muhammad bin al-Hussin al-Ajuri rahimahumullah (dalam memberi peringatan kepada kaum Khawarij):

"Khawarij adalah golongan yang menentang kepimpinan orang Islam sebagaimana yang terjadi terhadap kepimpinan Ali radiallahu 'anhu. 

Cara mereka menentang dengan melaung-laungkan slogan: ( لاَحُكْمَ اِلاَّ للهِ ) bermaksud: "Tidak ada hukum kecuali dari Allah" (Slogan ini samalah dengan apa yang dilaungkan oleh kelompk-kelompok tertentu yang lantang menentang kerajaan pemerintah di beberapa negara Islam.

Mereka mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak bersama kelompok mereka, tidak berjuang bersama mereka dan tidak berhukum dengan hukum Allah).

Berkata Ali radiallahu 'anhu untuk menentang dan membatalkan di’ayah/propaganda yang dilaungkan oleh Khawarij iaitu (لاَحُكْمَ اِلاَّ للهِ), maka beliau berkata:

"Kalimah yang hak tetapi yang mereka inginkan dari laungannya ialah kebatilan (kehancuran pemerintah)".

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH