Hairan sungguh bila PAS tidak mampu meletakkan Hudud sebahagian dari manifesto bagi menghadapi pilihanraya umum yang bakal menjelang. Kenapa perkara ini berlaku? Apakah yang menghasilkan ketakutan PAS untuk memasukkan Hudud sebagai satu dari manifesto?
Ini amat bercanggah dengan dasar dan perjuangan PAS selama ini semenjak terserpih dari UMNO kerana mendakwa UMNO meletakkan perjuangan nasionalisme lebih tinggi dari perjuangan agama. Asas yang berbeza seperti air dan minyak ini lebih dahsyat telah mewujudkan polemik , dilema dan kemelut yang berterusan dan berpanjangan sehingga jelas memecahbelahkan masyarakat Melayu Islam kepada kelompok-kelompok yang senantiasa berkonfrontasi secara prinsipnya.
Namun pertentangan kelompok-kelompok ini semakin parah dan seperti tidak terbendung lagi dengan wujud satu lagi fraksi Melayu berfikiran liberal melalui Parti Keadilan Rakyat. Pertentangan yang berlaku secara dasar dan prinsipnya selama ini telah dihembus lebih ganas dengan slogan Reformasi menjadi konflik yang menimbulkan kekecohan dan keganasan.
PAS mendakwa kedudukan parti tersebut lebih mampan dan berhasil bilamana menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP. Adakah ia satu kebenaran? Adakah ia hanya satu dakwaan propaganda politik? Adakah ia benar-benar tercapai secara tersurat dan tersirat?
Jika diukur dari pencapaian pilihanraya secara kolektifnya PAS mampu untuk mendakwa kewujudannya lebih dominan berbanding dengan dua lagi sekutu di dalam Pakatan Rakyat. Dengan bilangan kerusi Parlimen yang hanya sejumlah itu tidak meletakkan PAS sebagai mempunyai pengaruh yang besar di dalam Pakatan Rakyat.
Suasana yang ternyata boleh dilihat dan dibaca dengan jelas oleh masyarakat terbanyak ialah PAS hanyalah satu parti yang menumpang tuah. Lebih teruk lagi ialah PAS boleh dianggap sebagai menangguk di air yang keruh. Hal ini berlaku akibat dari kelibat DAP dan PKR yang lebih kedepan dalam memutuskan sesuatu isu dan kerapkali membuatkan PAS tidak lebih sebagai pengikut semata-mata.
Kronologi kegagalan PAS mendepani sesuatu isu yang jelas memerlukan suara PAS yang mendakwa lebih Islamik dalam isu-isu berkait dengan masyarakat Islam amat mendukacitakan. Peranan wakil-wakil PAS didalam negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat hanyalah meluktu di tepi gantang.Mereka di pinggirkan malah di layan seperti wakil rakyat kelas kedua walaupun dikalangan Pakatan Rakyat sendiri.
Kesungguhan wakil-wakil mereka untuk menjulang pekerti dan nilai Islam di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat diperlekehkan oleh DAP yang sentiasa bersikap seperti Tuan Besar. Namun sekali lagi amat menyedihkan bilamana tindakan wakil-wakil mereka yang berjuang atas nama Islam telah mencetuskan konflik dalaman sesama Pakatan Rakyat dan seterusnya malang sekali menyaksikan pejuang-pejuang ini di pecat oleh PAS sendiri.

Wakil-wakil PAS tidak di pandang penting oleh DAP dan PKR walaupun hanya untuk memegang portfolio Agama. Ini jelas sekali memperlekehkan PAS seperti ingin menyatakan bahawa PAS tidak diperlukan. Kenapakah ini tidak disedari oleh penyokong-penyokong PAS?
Majlis Ulama PAS pada tahun 1963 telah mengeluarkan fatwa bahawa kerjasama politik dan pemerintahan bersama golongan kafir adalah haram.Fatwa in bersama dengan Amanat Haji HAdi telahmenyuburkan lagi kebencian penyokong-penyokong PAS terhadap keberadaan UMNO. Masyarakat berpecah belah dengan teruk akibat ideologi politik yang tidak menyatukan akibat dari fatwa dan amanat tersebut.
Namun PAS pada era politik reformasi yang di julang telah menghalalkan pakatan dengan bukan Islam walaupun DAP melalui seorang pimpinannya pernah menyatakan "Langkah mayat saya dahulu jika mahu menubuhkan negara Islam". Bagu tujuan menghalalkan penyatuan politik Islam PAS dan Bukan Islam DAP itu maka istilah "Tahaluf Siyasi"di sebut-sebut. Agak menghairankan untuk difikirkan kenapa istilah tersebut tidak diguna pakai oleh ulama-ulama PAS pada tahun 1963 ketika mengeluarkan fatwa haram tersebut.
Apakah keberuntungan PAS dari kerjasama politik meludah kelangit yang dimalkan kini? Adakah PAS disaksikan lebih menguasai percaturan politik Pakatan Rakyat? Adakah PASlebih mewarnai tindakan dan keputusan didlama Pakatan(peruntuh)Rakyat ini. Nyata sekali PAStelah terkorban secara prinsip, dasar dan ideologinya walaupun terpaksa melaungkan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa mereka tetap istiqomah dalam perjuangan Islam.
Antara elemen utama yang mengakibatkan PAS menggadaikan prinsip dan perjuangan Islam selama ini bukan sahaja di dorong oleh permintaan belas kasihan mereka kepada DAP malahan sebenarnya berkait dengan perkembangan aliran bukan ulama yang amat kuat didalam saf kepimpinan PAS di peringkat tertinggi.
Aliran ini telah berjaya mencucuk jarum mereka dengan amat berkesan bilamana Presiden dan Mursyidul Am kelihatan sudah hilang ihktiar bagi mencapai hasrat dan cita-cita politik ke Putra Jaya. Golongan yang berkiblatkan Anwar Ibrahin dan digelar Anwarinas atau Erdogan menerbitkan dimensi baru gaya dan pendekatan politik kerana menyedari laungan takbir semata-mata tidak mampu mencapai hasrat politik mereka.
Golongan bukan ulama yang juga mendakwa mereka sebagai Islamist Demokrat mempunyai peranan yang penting dalam penyatuan PAS dengan rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat. Golongan ini mempunyai hubungan yang cukup istimewa dengan Tuan-tuan DAP mereka semata-mata bagi membolehkan mereka mendapat tempat dalam peta politik pembangkang.
Golongan Islamist Demokrat, Anwarinas dan Erdogan ini menyalurkan dan menghebahkan fahaman mereka yang jelas bertentangan dengan perjuangan asal PAS walaupun telah ditolak oleh Majlis Ulama PAS Pusat. Namun tindakan Majlis Ulama PAS Pusat ternya hanyalah seperti menyalak bukit kerana tiada tindakan tegas bagi mengekang perkembangan golongan Islamist Demokrat ini.
Natijahnya ialah pemikiran politik Presiden dan Mursyidul Am mereka telah dibasuh dengan halus sehingga banyak isu-isu yang telah menjejaskan pernyataan PAS sebagai pejuang agama. DAP yang telah menolak banyak pendekatan agama yang di jalankan oleh PAS telah dibela oleh golongan Islamist Demokrat ini.
Isu penggunaan kalimah Allah telah mewujudkan perbezaan pendapat yang nyata dikalangan ulama-ulama PAS namun akhirnya mubaligh kristian di dalam DAP yang menjuarai isu tersebut. Penularan kes murtad di Selangor dan serbuan di dalam gereja oleh Exco PAS mendapat tentangan DAP dan sekali lagi PAS tertunduk oleh tekanan di luar oleh DAP dan tekanan didalam oleh golongan Islamist Demokrat.
Banyak lagi isu-isu dan kes-kes yang membolehkan Tuan DAP mendabik dada bahawa mereka lebih dominan dan kata mereka perlu di turuti. Masyarakat terbanyak menilai namun pimpinan tertinggi PAS semakin asyik dengan bayangan Putra Jaya walaupun sehingga mengorbankan prinsip dandasar perjuangan mereka selama ini. Tidak menghairankan bilamana pimpinan tertipu maka tentulah ahli-ahli yang lain turut mengikut tanpa mebantah malah membela seperti dicucuk-cucuk hidung mereka.

Dengan penguasaan golongan Islamist Demokrat inilah maka terhasillah persetujuan didalam Buku Jingga. Rujukan tertinggi oleh komponen Pakatan Rakyat telah tidak menyebut mengenai penubuhan Negara Islam ataupun perlaksanaan Hukum Hudud. Acapkali pimpinan PAS apabila ditanya berkenaan Hudud akan mengalihkan perhatian kepada terma dan syarat serta janji yang di persetujui didalam Buku Jingga. Mereka bercakap seolah-olah Buku Jingga adalah kitab baru yang lebih tinggi darjatnya.
Banyak keadaan yang membuktikan bahawa PAS meninggalkan perjuangan mereka walaupun sering dicanang kepada penyokong mereka sebaliknya di pentas ceramah parti. Hudud menjadi modal politik dengan penyokong mereka tetapi kalangan Islamist Demokrat yang suka menggunakan pentas gereja menyatakan sebaliknya didepan Tuan DAP mereka.
Banyak yang telah dikorbankan oleh Pakatan Rakyat dalam isu Islam semata-mata menghormati Tuan DAP mereka. Naib Presiden PKR telah dengan jelas memohon simpati Tuan DAP dengan menyatakan persetujuan bahawa Melayu patut dibenarkan memilih agama dan ini mendapat tepukan yang gemuruh didalam gereja Tuan DAP mereka. Lebih menyayat hati bilamana ia disokong oleh ilmuwan agama di dalam PAS demi kepentingan mencapai impian ke Putra Jaya.
Banyak lagi yang boleh disebut berkaitan dengan pendekatan menjual agama oleh PAS walaupun terpaksa menyatakan bahawa Tuhan mencarut, Tuhan itu samseng malah mendoakan keburukan kepada lawan politik mereka. Semoga kebenaran akan sentiasa menjelma dan PAS kembali kepada prinsip perjuangan asal tanpa menjadi kuda tunggangan kepada Tuan DAP dan memenuhi hasrat balas dendam individu yang dikatakan Lelaki Anugerah Tuhan. Wallahu'alam.


0 komen:
Post a Comment