Mutakhir ini kita boleh simpulkan bahawa PAS bukan lagi pendokong gerakan memartabatkan Islam sebagaimana yang ditunjukkan beberapa dekad penubuhannya selama ini. Kerjasama dengan DAP yang dihalalkan dengan beralaskan Tahaluf Siyasi hanya menampakkan kejanggalan dalam pimpinan yang nyata lebih didominasi oleh DAP. Sesuatu yang nyata seperti ini tdak boleh diselindung lagi walau apa pun hujahan yang diberikan oleh pimpinan PAS untuk mewajarkan kerjasama yang songsang ini.
Syarat-syarat membolehkan Tahaluf Siyasi di laksanakan meletakkan PAS di kotak pesalah kerana jelas tidak menepati kehendak yang digariskan. Sila baca Syarat-syarat Tahaluf Siyasi disini . Prinsip perjuangan Islam yang dilaungkan oleh pimpinan PAS telah digadai apabila telah bersetuju menandatangani satu MOU bagi menggugurkan Hudud dalam perjuangan Pakatan Rakyat yang telah digariskan di dalam Buku Jingga.
Hal yang serupa berlaku lagi ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang yang telah berlangsung pada 9 Disember yang lalu bertempat di Dataran Darul Hikmah, Kerdau. Amat malang dan menyedihkan apabila PAS gagal menonjolkan prinsip perjuangan parti tersebut di gelanggang sendiri apabila hanya menjanjikan gula-gula dan melupakan tuntutan utama penyokong akar umbi PAS selama ini.
Antara janji-janji manis yang ditaburkan kepada rakyat Pahang adalah seperti berikut:
1. Pemberian lot tanah kepada rakyat Pahang yang berkelayakan.
2. Penstrukturan semula kampung-kampung baru dan kampung tersusun
3. Mewartakan tanah komuniti orang asal agar ianya tidak dimanipulasi atau ditukar status dengan mudah
4. Menurunkan cukai pintu kerana yakin hasil negeri akan bertambah bila rasuah terhapus
5.Mengamalkan sistem tender terbuka seperti yang telah diamalkan oleh negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain.
6.Menyerahmilikkan Felda Plantation kepada anak-anak peneroka Felda generasi kedua
7. Memberikan royalti minyak sebanyak 20% kepada kerajaan negeri berbanding hanya 5% oleh Barisan Nasional.
8. Meningkatkan prasarana dan kemudahan asas terutamanya pembinaan jalan-jalan baru merentasi semua daerah di negeri Pahang dan juga menjalin lebuhraya ke negeri-negeri berjiran.
Tentunya janji-janji ini akan memberi kesan kepada penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat namun rakyat Pahang secara keseluruhannya tidak menyaksikan janji-janji ini sebagai sesuatu yang perlu diberi perhatian. Adalah dimaklumi bahawa Pahang bukanlah terdiri dari kalangan rakyat yang boleh dimomokkan dengan janji-janji manis lebih-lebih lagi apabila menyedari kemampuan menunaikan janji yang tidak dapat disempurnakan oleh negeri-negeri dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.
Keyakinan MB Pahang Datuk Seri Diraja berkenaan keupayaan BN untuk mengeuasai 13 dari 14 kerusi Parlimen bukanlah kenyataan mendabik dada tetapi berdasarkan sentimen dan penanda aras yang menunjukkan bahawa rakyat Pahang kembali dan bangkit menyatakan BN sebagai pilihan terbaik untuk diberi mandat pada PRU13 nanti.
Harus diingat bahawa sokongan rakyat Pahang terhadap BN semakin melonjak seperti yang ditunjukkan melalui keputusan PRK Kerdau yang lalu. Peningkatan majoriti undi kepada calon Barisan Nasional menyerlahkan tuntutan rakyat Pahang terhadap kepimpinan BN yang dilihat lebih berkemampuan, berwawasan dan mesra rakyat.

0 komen:
Post a Comment