RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Friday, 28 December 2012

ARAB SPRING DAN KEMISKINAN


Artikel Ditulis oleh : Nazima Hamdan


ARAB SPRING DAN KEMISKINAN

Kejatuhan regim diktator di negara-negara Arab mempunyai pelbagai faktor penyumbang. Kebangkitan rakyat Arab ataupun di gelar oleh Lynch didalam journal Foreign policy sebagai Arab Spring adalah disebabkan oleh ketidakpuasan hati rakyat terhadap pemerintahan kerajaan yang besifat autokrasi, tahap rasuah yang tinggi, paras kemiskinan yang kritikal dan juga dahagakan pemerintahan berteraskan Islam. Negara-negara yang terlibat didalam arab spring adalah seperti Tunisa, Libya, Mesir, Yemen (regim di negara-negara disebut telah berjaya ditumbangkan), Algeria Bahrain, Syria, Kuwait, Jordan, Sudan dan lain-lain lagi. Golongan yang memacu Arab spring ini adalah golongan muda professional yang terdedah dengan teknologi maklumat seperti internet. Golongan muda ini terdedah kepada maklumat-maklumat luaran, peka terhadap keadaan negara mereka, dan mula membentuk rangkaian golongan aspirasi melalui maya yang memberi momentum yang hebat untuk mereka menentang regim pemerintah.

Ramai pihak berpendapat bahawa agama adalah faktor utama timbulnya Arab Spring ini. Ini tidaklah dapat dinafikan sedikit sebanyak kerana contohnya rakyat Mesir memilih Ikhwan Muslimin (I.M) sebagai parti pemerintah baru yang memegang aspirasi Islam sebagai dasar pemerintahan. Namun bagi saya, faktor utama bukanlah agama tetapi paras kemiskinan yang tinggi yang menjadi X-faktor, penyalahgunaan kuasa dan rasuah didalam kepimpinan. Di mesir contohnya, majoriti rakyat menentang Mubarak kerana amalan rasuah yang tinggi dan kemiskinan rakyat yang tidak berkesudahan, kerajaan pimpinan Mubarak tidak menyediakan plan tindakan yang berkesan untuk membenteras kemisikinan rakyat jelata. Dipuncak pemerintahannya, rasuah yang berleluasa, kadar inflasi dan pengangguran yang tinggi ditambah lagi dengan krisis ekonomi global semakin meresahkan rakyat sehingga rakyat bangkit untuk menggulingkan Mubarak. Kita lihat negara-negara minyak seperti Qatar, Kuwait, Bahrain dan Saudi berjaya melepaskan diri mereka dari phenomena Arab Spring. Sungguhpun terdapat protes rakyat (golongan terpelajar dari luar negara) di negara Bahrian dan Saudi tetapi ianya dapat ditenangkan oleh pemerintah. Di negara-negara minyak ini nyata sekali ianya bukanlah disebabkan faktor kemiskinan atau agama tetapi ketidakpuasan hati segolongan rakyat terhadap demokrasi yang tiada dan pihak-pihak yang terikut –ikut dengan phenomena Arab Spring. Mereka inginkan perubahan dari monarki kepada demokrasi. Libya pula sungguhpun negara pengeluar minyak dan mempunyai simpanan minyak yang banyak akan tetapi regim Gadaffi tidak mengamalkan demokrasi. Rakyat hidup dalam kesusahan. Penyalahgunaan kuasa sangat ketara, dan tiada plan bersepadu untuk memajukan rakyat dari segi ekonomi, teknologi, taraf hidup, dan infrastruktur negara.

Faktanya, jika diteliti kedhaifan negara-negara Arab yang terlibat dengan Arab Spring ini adalah sangat ketara dari segi taraf hidup, pengangguran, inflasi, infrastruktur asas dan teknologi. Suatu perkara yang wajar dipuji secara amnya mengenai orang Arab baik tua atau muda adalah mereka cintakan ilmu. Mereka rajin membaca, rajin berdiskusi ilmiah sesama mereka dan minat mengikuti perkembangan politik dunia. Seperti majoriti kita, politik menjadi urat nadi mereka. Pada pendapat saya ini adalah kerana tahap ekonomi kita yang masih belum mencapai taraf maju. Kita masih bergelut dengan ekonomi negara membangun. Kemajuan ekonomi di negara-negara barat, Jepun, Korea Utara, Singapura dan lain-lain negara menjadikan rakyat mereka tidak tertekan untuk mengubah kepimpinan yang ada. Pada mereka politik adalah ruang kecil yang terdapat dalam ruang lingkup sosial yang besar. Masyarakat di negara-negara maju tidak dahagakan perubahan politik pemerintah tetapi mereka dahagakan agama.

Jika dilihat pula senario kepimpinan di Malaysia, pemimpin negara kita juga mengamalkan penyalahgunaan kuasa. Ada yang dihukum namun ramai yang lepas bebas. Syarikat-syarikat GLC /Government Link Companies seperti MAS Airline, Proton, Tabung Haji, Perwaja Steel, Sime Darby, Khazanah National yang mengalami kerugian berjuta-juta ringgit adalah disebabkan penyalah gunaan kuasa oleh mereka yang diberikan kuasa dan oleh sebahagian pimpinan kerajaan. Sungguhpun mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan namun fakta-fakta kes yang boleh putar belit dan hujah-hujah peguam handal serta sistem perundangan yang ada memungkinkan kes yang dibicarakan diheret hingga bertahun-tahun lamanya sedangkan wang rakyat sudah habis terburai dibolot oleh golongan-golongan ini, pencuri sebuku roti di penjara berbulan-bulan, pencuri sebuah negara dilepas bebas.

Amalan rasuah di Malaysia juga sangat tinggi dan antara yang tertinggi didunia menurut Transparency International Organization. Sungguhpun pelbagai usaha diambil oleh pihak kerajaan untuk membenteras rasuah namun ianya tetap menjadi barah. Adakah gejala rasuah ini salah pihak kerajaan sebagaimana pendapat sebilangan orang? Pada saya sedikit sebanyak ada benarnya, namun bukanlah penyumbang utama. Adakah faktor agama punca utamanya? Ya, tidak dinafikan. Tetapi sekali lagi, pada saya penyumbang utamanya adalah kemiskinan. Negara-negara yang tinggi kadar rasuahnya adalah negara membangun dan miskin. Ranking negara maju dalam kes rasuah bukan termasuk dalam senarai teratas, senarai rasuah di negara-negara maju adalah yang terendah. Sungguhpun kerajaan sangat prihatin terhadap gejala rasuah ini dan telah mengambil pelbagai cara untuk mengatasinya namun jika tahap kemiskinan rakyat malasysia tidak dapat diatasi maka saya anggap usaha pihak kerajaan untuk menangani gejala rasuah agak sia-sia. Walaupun mungkin akan ada yang menganggap bahawa pandangan saya ini mirip kepada pandangan pihak liberalist, secularist atau pluralist dalam agama kerana menidakkan faktor agama tetapi jawab saya, saya bawa hadis nabi SAW : “Sesungguhnya kemiskinan itu hampir kepada kekufuran”. Kufur itu maksudnya ingkar,dan menerima rasuah itu adalah salah satu tanda ingkar dengan berbuat sesuatu yang Allah larang. Lihatlah realiti sekeliling, lakukan sedikit kajian dan buat kesimpulan. Anda cuma perlu lihat senarai paling atas negara-negara yang mengamalkan rasuah.

Pada pendapat saya lagi, jika BN gagal didalam PRU13 kali ini, puncanya adalah kemiskinan, salahguna kuasa dan rasuah. Bukan kerana kerajaan tidak laksana hudud. Kerana, walaupun PR menang didalam PRU13 nanti, PAS juga tidak mampu untuk laksanakan hudud. Bukan kerana mereka tidak mahu tetapi kerana mereka tidak boleh, tidak mampu atau yang seumpamanya, itulah realitinya. W/A…
 

TERUS BACA DARI SUMBER:  NAZIMA HAMDAN

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH