| Tetamu Jemputan Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Darul Hikmah, Kerdau. |
Dalam menentukan bilangan yang hadir di HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PAHANG di Dataran Darul Hikmah, Kerdau, Temerloh pada malam tadi saya perlu bersikap adil dan realist. Saya tidak akan sebut hanya 500, 1000, 2500 atau pun hanya seramai 5000. Pada anggaran saya kehadiran hanya mencapai tahap 10000 orang sahaja.
Saya sangat sangsi dengan jumlah yang diumumkan oleh pengelola himpunan yang mendakwa seramai 40000 orang yang hadir. Itu jelas menipu dan propaganda peransang semangat semata-mata. Petugas PAS yang berasal dari Kampung Kuala Kerdau sendiri menyatakan bahawa tapak Dataran Darul Hikmah Kerdau itu hanya mampu menampung sekitar 10000 orang sahaja.
| Mat Sabu memperolok kenyatan dan peribadi pemimpin kerajaan Barisan Nasional |
Sebut pasal semangat pun saya nilaikan tahap motivasi hadirin tidaklah tinggi. Laungan takbir tidak gemuruh langsung. Kadangkala perlu dipohon ulang supaya hadirin bertempik dengan kuat. Ini sesuatu yang berbeza dengan kelaziman yang selalu di tunjukkan.
Jika jumlah itu diambilkira, saya boleh simpulkan pula hanya lebih kurang 7000 sahaja yang betul-betul mengikuti ceramah kerana terlalu ramai juga yang berlegar-legar disepanjang pusat jualan dan gerai-gerai yang diletakkan di bahu-bahu jalan. Kesesakan jalanraya tidak perlu dinyatakan disini kerana jelas himpunan ini amat mengganggu walaupun Unit Amal dikerahkan untuk membantu.
| Lim Kit Siang memujuk PAS supaya mempercayai DAP akan jaga Melayu dan Islam |
Perisytiharan telah dibuat oleh Pimpinan Pakatan Rakyat Pahang bersama Mat Sabu, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sebagai janji kepada rakyat Pahang. Walaubagaimanapun soal negara Islam dan Hudud tidak termasuk didalam senarai janji-janji tersebut. Jelas sekali DAP telah mempergunakan pengaruh PAS semata-mata untuk melebarkan pengaruh. Janji-janji tersebut adalah seperti berikut:
1. Pemberian lot tanah kepada rakyat Pahang yang berkelayakan.
2. Penstrukturan semula kampung-kampung baru dan kampung tersusun
3. Mewartakan tanah komuniti orang asal agar ianya tidak dimanipulasi atau ditukar status dengan mudah
4. Menurunkan cukai pintu kerana yakin hasil negeri akan bertambah bila rasuah terhapus
5.Mengamalkan sistem tender terbuka seperti yang telah diamalkan oleh negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat yang lain.
6.Menyerahmilikkan Felda Plantation kepada anak-anak peneroka Felda generasi kedua
7. Memberikan royalti minyak sebanyak 20% kepada kerajaan negeri berbanding hanya 5% oleh Barisan Nasional.
8. Meningkatkan prasarana dan kemudahan asas terutamanya pembinaan jalan-jalan baru merentasi semua daerah di negeri pahang dan juga menjalinan lebuhraya ke negeri-negeri berjiran.
| Majlis Pengisytiharan Janji PR untuk Rakyat Pahang |
Itulah diantara janji-janji Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat Pahang. Jadi tepuk dada tanyalah selera kepada rakyat Pahang. Gula-gula lazimnya hanya manis di mulut tapi pahit akibatnya nanti. Namun saya yakin rakyat Pahang tahu memilih intan dari kaca.
| Ucapan Anwar Ibrahim Tidak Meransang Tumpuan Hadirin |
Akhir sekali adalah ucapan dari Anwar Ibrahim. Tiada apa yang menarik dari ucapan beliau. Kebolehan bersyarah tidak dapat dinafikan. Namun hadirin kelihatan ramai yang mula meninggalkan majlis walaupun ucapan Anwar belum tamat. Saya kira ramai dikalangan yang hadir adalah mereka yang hanya ingin melihat secara langsung Anwar Ibrahim dan tetamu yang lain dan bukan sangat ingin mendengar ceramah yang disampaikan. Mereka yang ditemui menyebut bahawa tiada apa yang baru disampaikan oleh Anwar dan ianya adalah sesuatu yang sering didengari.
SEKITAR PROGRAM HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PAHANG
![]() |
| TARIAN SINGA |
![]() |
| UCAPAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG |
![]() |
| UCAPAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT |




3 komen:
Assalamualaikum wbt ... dariinfo yg sy dpt dari pihak polis, kehadiran hanya 5000 org shj.
itu pun diorang bawa ramai org luar. Menurut polis.
Betullah kiraan saya.. 40k jumlah yang diumumkan memang jauh dari kehadiran sebenar..
Post a Comment