RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Saturday, 15 December 2012

LYNAS : KENAPA PAS/PKR TIDAK BERSUNGGUH SEPERTI DAP?

Himpunan Hijau sebulan yang lalu.


Adakah ketidaksungguhan PAS dan PKR memperjuangkan isu Lynas ini ada pertalian dengan aspek darah dan bangsa. Adakah hanya kaum Cina lebih mudah menerima risiko radiasi secara perubatannya berbanding dengan darah dan bangsa Melayu?

Kenapa begitu berapi-api kaum Cina DAP ini sehingga diberitakan akan mengadakan kempen 100 hari bermula 25 Disember yang akan digiatkan selepas acara Himpunan Hijau berjalan kaki sejauh 300km. Acara jalan kaki itu walaubagaimanapun seperti  yang didakwa oleh YB MB Pahang adalah sebagai pembohongan semata-mata.

Diberitakan juga bahawa satu mogok lapar 100 jam akan diadakan pada 28 Disember nanti oleh kumpulan belia yang menggelarkan diri mereka "Kill the Bill". Pada pagi 31 Disember pula perarakan Himpunan Hijau akan mengulang laluan kembali ke Kuantan dan marilah kita sama-sama saksikan kaum Cina DAP ini menunjukkan dengan sebenarnya perjalanan mereka berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kuantan tersebut nanti.


Wong Tack - Pengerusi Himpunan Hijau
Wong juga mengajak orang ramai untuk menyertai perarakan sehingga ke Kuantan dan menjadi sebahagian dari "Penghalang Kereta" dengan tujuan untuk menjadikan bandar Kuantan sebagai parkir kereta terbesar di dunia. 

Sehubungan dengan itu Wong memberi amaran agar warga Kuantan tidak keluar rumah pada hari tersebut dan tidak menyalahkan kumpulan mereka jika berlaku kesesakan jalan raya kerana mereka juga berniat untuk melumpuhkan rangkaian jalan raya seluruh Pantai Timur.

Satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Pantai Baluk pada pukul 11.55 ( cepat betul sampai kalau jalan kaki dari Kuala Lumpur) bagi mengikuti ceramah sempena Tahun Baru yang diharapkan oleh mereka tahun yang dapat menukar regim korup yang ada pada masa ini. 

Semoga kaum Cina DAP akan sedar bahawa sikap berpura-pura dan memanipulasi isu Lynas demi kepentingan politik telah dapat di nilai oleh rakyat Pahang. Jangan nilai rakyat Pahang tidak mampu menterjemah pertimbangan waras mereka pada PRU 13 nanti dan jelas sekali rakyat Pahang tidak mempunyai niat untuk memberi mandat kepada perusuh jalanan dan penggemar keganasan dan menyusahkan masyarakat awam.


SUMBER BERITA :MALAYSIAKINI

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH