RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Wednesday, 12 December 2012

KRONOLOGI TUNGGANG TERBALIK HUDUD PAS DI TOLAK DAP DISALAHKAN UMNO




Agak menarik untuk dilihat bagaimana PAS meletakkan isu Hudud ini hanya sebagai batu loncatan untuk mencapai kemenangan politik semata-mata. Dibawah ini penulis akan memberikan gambaran secara kronologi pertikaian mengenai Hudud dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan dibawah PAS khasnya untuk memastilaksanakan Undang-undang Hudud sebagaimana yang telah diwartakan. 

Dalam setiap tindakan yang diambil oleh pimpinan PAS seolah berlaku pertentangan diantara sesama mereka sendiri dalam perjuangan memastikan Hudud dilaksanakan. Drama-drama yang disaksikan ini menjelaskan sikap sebenar PAS yang hanya mempergunakan isu Hudud bagi mencapai matlamat politik walaupun menggadaikan kesucian Islam apabila bekerjasama dengan DAP.

Tahaluf Siyasi yang di gunapakai telah mengorbankan banyak kepentingan Islam seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, isu murtad di Selangor dan banyak lagi dan ini dilakukan dengan terbuka oleh PAS.

Isnin, 05 April 1993

Mesyuarat Lujnah Politik dan Pilihanraya PAS telah memutuskan bahawa Hukum Hudud tidak akan diwartakan.


Ahad, 09 Oktober 1994

Lujnah Undang-undang dan Guaman PAS telah memutuskan bahawa Hukum Hudud adalah satu Undang-undang yang sah dan boleh dikuatkuasakan serta tidak bercanggah dengan perlembagaan.




Khamis, 25 November 1993

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.  Ini berikutan dengan janji Parti Islam SeMalaysia untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Namun begitu, sehingga sekarang Undang-undang ini belum dikuatkuasakan oleh Negeri  Kelantan.  Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, telah memberi berbagai-bagai alasan untuk perkara.  Antara alasan yang paling besar yang diberikan adalah pihak kerajaan Pusat (UMNO) tidak membenarkannya.  Namun Nik Aziz tetap berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud tersebut, setelah dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.


Ahad, 19 Mei 1996

Kerajaan PAS Kelantan dibawah Menteri Besar Tuan Guru HAji Nik Aziz Nik Mat telah dikritik oleh KDYMM Sultan Kelantan kerana tidak melaksanakan Hukum Hudud yang telah diwartakan.


 Khamis, 03 Oktober 1996

Ahli Jawatakuasa PAS Pusat, Wan Mutalib Embong mempertikaikan tindakan Kerajaan Kelantan yang tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Hukum Hudud secara perundangan.


Sabtu, 03 Oktober 1998

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Mutalib Embong sekali lagi mempertikaikan Kerajaan PAS Kelantan yang tidak pernah meminta pandangan PAS Pusat berkaitan dengan Hukum Hudud



Sabtu, 01 Oktober 2011

Berikut adalah petikan ucapan aluan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Harun Taib bersempena dengan sambutan 60 Tahun PAS dengan tema “PAS Terus Teguh Mempertahankan Islam Di bawah Kepimpinan Ulamak”. 
Tahalluf Siasi dengan Parti yang mempunyai ideologi yang berbeza sebagai contoh, adalah strategi terbaik masa kini untuk mencapai kemenangan. Ia tidak mengorbankan prinsip dan thawabit PAS sebagai gerakan Islam untuk melaksanakan Islam secara syumul termasuk hukum hudud.

Nyata penegasan diberikan oleh Dewan Ulama PAS untuk menyakinkan penyokong akar umbi akan kekuatan yang dimiliki oleh golongan ulama di dalam PAS yang utuh mempertahankan perjuangan Islam mereka. Namun diselitkan juga secara halus agar penerapan kerjasama dengan parti yang mempunyai ideologi berbeza dan jelas bertentangan perjuangan politik dan dasar dapat diterima oleh penyokong-penyokong PAS.

Dewan Ulama PAS Pusat juga memperingatkan akan peranannya yang sangat besar dan menjadi nadi kepada PAS. Majlis Syura Ulamak menjadi pemandu kepada parti agar tidak menyeleweng daripada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi rujukan tertinggi dalam PAS.


Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali 

Selasa, 04 Oktober 2011

Rentetan dari itu Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali menyatakan antara hak dan kewajipan beragama tersebut bagi orang Islam ialah pelaksanaan undang-undang jenayah HUDUD bagi penganut Islam terhadap penjenayah di kalangan orang Islam. Beliau turut menegaskan bahawa hak dan kewajipan ini mesti dihormati oleh bukan Islam sebagaimana Islam menghormati hak dan kewajipan beragama penganut-penganut agama lain.


Selasa, 04 Oktober 2011 


Kepercayaan yang sama turut diluahkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat apabila menyebut “Saya percaya DAP hanya mempersoalkan hudud dari sudut teknikal sahaja iaitu berkenaan pertembungan dengan perlembagaan Persekutuan tapi saya yakin DAP tidak berhadapan dengan sebarang masalah berkaitan prinsip yang telah dikemukakan oleh PAS” .


Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh

Sabtu, 08 Oktober 2011
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh menegaskan bahawa perlembagaan amat terbuka kepada pelbagai pentafsiran bahkan terdapat pakar perlembagaan yang menjelaskan bahawa perlembagaan negara tidak perlu dipinda sekiranya mahu melaksanakan hudud.

Sabtu, 08 Oktober 2011
Bagi memperkemaskan semula gerakerja perlaksanaan hudud maka satu himpunan yang di panggil Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan telah dianjurkan dan resolusi yang diputuskan antara lain merumuskan bahawa Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993.
Malah, menurut Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.
Tambah beliau lagi, bagi mencapai hasrat itu Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim.
"Bagi perlaksanaan hukum ini, pihak kami sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan kerajaan Kelantan sahaja dan ia bukannya mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah kerana pesalah atau yang dituduh perlu melalui beberapa proses seperti saksi yang cukup dan sebagainya".

Wacana itu turut menyatakan bahawa Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) juga tidak wajar dijadikan halangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu. Mengulas dakwaan perlaksanaan hudud bertentangan dengan perlembagaan, wacana tersbut berpendapat, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud.Wacana tersebut juga menyatakan bahawa “Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana,”


Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Selasa, 14 Ogos 2012 
Walaupun begitu terdapat kekeliruan mengenai perlembagaan yang sengaja ditimbulkan oleh Presiden PAS apabila polemik ditimbulkan oleh DAP yang nyata menolak perlaksanaan hukum Hudud. Presiden PAS menyatakan bahawa:
"Rang undang-undangnya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum.Dengan jasa baik YBM Tengku Razaliegh Hamzah, maka dijemput semua parti-parti politik termasuk komponen BN yang dipimpin UMNO dan NGO berbagai agama.Keseluruhannya hadir kecuali BN. Semua pandangan dan kritikan didengar dan dijawab.Selepasnya diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri yang PAS mendapat sokongan majoriti.Akhirnya diperkenankan oleh DYMM Sultan dikedua-kedua negeri. Ada pun pelaksanaannya bergantung mengikut proses perlembagaan dibawah kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno."
Jelas sekali Presiden PAS sentiasa berselindung disebalik kelibat penentangan DAP dengan menyalahkan UMNO berkenaan perlaksanaan Hudud yang telah diwartakan tetapi tidak dilaksanakan di kedua-dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

Isnin, 24 Oktober 2011
Bagi memperkemaskan semula gerakerja perlaksanaan hudud maka satu himpunan yang di panggil Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan telah dianjurkan dan resolusi yang diputuskan antara lain merumuskan bahawa Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993.
Malah, menurut Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.
Tambah beliau lagi, bagi mencapai hasrat itu Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim.
"Bagi perlaksanaan hukum ini, pihak kami sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan kerajaan Kelantan sahaja dan ia bukannya mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah kerana pesalah atau yang dituduh perlu melalui beberapa proses seperti saksi yang cukup dan sebagainya".

Wacana itu turut menyatakan bahawa Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) juga tidak wajar dijadikan halangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu. Mengulas dakwaan perlaksanaan hudud bertentangan dengan perlembagaan, wacana tersbut berpendapat, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud.Wacana tersebut juga menyatakan bahawa “Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana”


Mursidul Am PAS, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sabtu, 25 Ogos 2012 


Nada dan peringatan yang sama juga telah diberikan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menyalahkan UMNO dan kerajaan sebagai penghalang. Beliau menyebut "pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk 'amaran' menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik. 

Gesaan Tuan Guru itu dibuat bersekali dengan isu pada ketika itu yang menyatakan bahawa rakyat perlu kefahaman terlebih dahulu sebelum Hudud boleh dilaksanakan. Amat malang sekali kerana Tuan Guru pula perlu menunggu surat kebenaran rasmi Perdana Menteri untuk melaksanakan Hudud yang seperti disebut sebelum ini mempunyai ruang untuk dilaksanakan di Kelantan tanpa perlu meminda perlembagaan apatah lagi surat kebenaran dari Perdana Menteri Malaysia.



Kesimpulannya, amat jelas sekali pimpinan PAS telah menggadai kepercayaan ahli-ahli akar umbi, memecahbelahkan kesatuan ummah, meruntuhkan kesucian Islam di tangan golongan kafir yang telah menguasai hala tuju pimpinan PAS. 

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH