RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Thursday, 6 December 2012

RASUAH : PAS PUJI TURKI, TOLAK IKTIRAF MALAYSIA WALAU TAHAP CPI SAMA





Indeks Persepsi Rasuah bagi tahun 2012 telah dikeluarkan. Malaysia menduduki tempat ke 54 dari 176 buah hegara-negara seluruh dunia. Malaysia telah berjaya menambahbaik dan meningkatkan kedudukannya berbanding di tempat ke pada tahun 2011.Walaubagaimana pun agak menarik untuk melihat ulasan yang diberikan oleh lidah rasmi PAS. Harakah Daily dalam memetik penerbitan Indeks Persepsi Rasuah tersebut langsung tidak memberi pujian diatas kedudukan lebih baik yang telah dicapai oleh Malaysia. Lebih menarik lagi apabila Harakah Daily hanya mengulas berkenaan kejayaan Turki meningkatkan kedudukan mereka sedangkan kedudukan Turki pada tahun 2012 adalah menyamai kedudukan Malaysia. Amat jelas sekali bahawa PAS melalui lidah rasmi mereka menolak untuk mengiktiraf usaha baik yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk menangani masalah rasuah.

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh melalui laman web Transparency International-Malaysia adalah seperti berikut:
UNTUK BACA KENYATAAN AKHBAR DARI TRANSPARENCY INTERNATIONAL-MALAYSIA SILA KLIK DI SINI 
________________________________________________________________________________



PRESS STATEMENT

5 December 2012.  Issued in conjunction with the worldwide launch of the Transparency International Corruption Perceptions Index 2012.



Transparency International (TI) today released its Corruption Perceptions Index (CPI) results for 2012. The assessment was made for 176 countries based on the upgraded methodology which allow for more accurate year by year comparison. Instead of scores ranging from 1 to 10, the new CPI 2012 scores range from 0 to 100 (0 being most corruption and 100 be corruption free). As the methodology is an upgraded version, the results are therefore not comparable with previous results. See attachment for full results of the survey.

For the CPI 2012 the following are the ten top scores:

Rank
Country
2012 CPI Score
2011 GDP per Capita (US $)
1
Denmark
90
59,684
1
Finland
90
49,391
1
New Zealand
90
32,620 *
2
Sweden
88
56,927
3
Singapore
87
46,241
4
Switzerland
86
80,391
5
Australia
85
60,642
5
Norway
85
98,102
6
Canada
84
50,345
6
Netherlands
84
50,087

* 2010 figure

Malaysia’s score is 49 with a country ranking of 54, together with Czech Republic, Latvia, and TurkeyMalaysia’s position continues to be in the mid-range average, indicating that while many steps have been undertaken under the GTP/NKRA initiatives, the respondents have not experienced a significant decrease in corruption.

__________________________________________________________________________
UNTUK LIHAT ULASAN HARAKAH MENGENAI INDEKS PERSEPSI RASUAH 2012 SILA KLIK PAUTAN DI SINI

Bagaimana pula laporan Harakah Daily berkaitan dengan Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan.

Indeks Rasuah 2012: Turki naik tujuh anak tangga

Terjemahan Mohamad Yahya,06 Dis 2012
Polis membawa dokumen ke mahkamah dalam satu siasatan kes rasuah melibatkan sembilan pegawai perbandaran yang ditahan pada 1 Oktober di wilayah barat Balikesir. (Photo: Cihan, Aydınışık Kadir)

Menurut Indeks Persepsi Rasuah 2012 (Corruption Perceptions Index 2012) yang dikeluarkan Rabu lalu, kedudukan Turki lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan skor 49 daripada 100.

Menurut Indeks Ketelusan Rasuah (Corruption Transparency Index) tahunan ke-18 yang disediakan oleh Transparency International (TI), Turki berada di tangga ke-54 dalam kalangan 176 negara, pada tahun 2011 ia menduduki tempat ke-61 dalam senarai 182 negara. Greece yang kini menghadapi krisis kewangan terburuk dalam sejarah berada di kedudukan terendah dalam kalangan negara-negara Eropah dengan kedudukan di tangga ke-94.

Bercakap kepada Todays Zaman, Tinatin Ninua, Penyelaras Serantau untuk Eropah Tenggara di TI di Berlin, berkata bahawa dari membuat perbandingan dengan tahun-tahun sebelumnya, kita harus melihat bagaimana Turki berbanding negara-negara lain dan negara-negara jiran. Sambil menekankan bahawa skala mereka telah berubah tahun ini, Ninua berkata, "Walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam tahap persepsi rasuah di Turki, mereka yang menjalankan perniagaan di Turki masih menyebut rasuah sebagai satu masalah." Menurut beliau, "Skor yang lebih positif datang dari daya saing dan Forum Ekonomi Sedunia serta kerana peraturan perniagaan yang dipermudahkan di Turki."

Merujuk kepada skor untuk Greece - yang terendah dalam kalangan"EU 27"- Ninau berkata," Keadaan ini mempunyai kaitan langsung dengan krisis ekonomi yang berterusan di Greece "Dia juga. menyatakan, "Walaupun Greece, Itali, Bulgaria telah merosot, negara yang di atas Turki juga amat penting," ujar beliau yang turut menyatakan keinginan untuk melihat kedudukan yang lebih baik untuk Turki.

Sebagai sebuah organisasi masyarakat global sivil yang mengetuai perjuangan menentang rasuah, Indeks Persepsi Rasuah TI mengukur tahap persepsi rasuah sektor awam di negara-negara di seluruh dunia. Seperti tahun sebelumnya, tahun ini, Denmark, Finland dan New Zealand berkongsi tempat pertama dengan skor 90, manakala Afghanistan, Korea Utara dan Somalia berada di kedudukan terakhir dengan skor  sebanyak 8. Ninua berkata bahawa dalam indeks, untuk pengiraan skor Turki, sembilan sumber yang berbeza telah digunakan antaranya kajian ahli perniagaan dan pakar-pakar.

Menurut TI, yang mempunyai lebih daripada 90 pejabat di seluruh dunia, dua pertiga daripada 176 negara yang disenaraikan dalam indeks 2012 mempunyai skor bawah 50, yang menurut TI ini menunjukkan bahawa institusi awam perlu lebih telus dan pegawai harus lebih bertanggungjawab. (todayszaman.com)


______________________________________________________________________________
UNTUK LIHAT NEGARA YANG BERADA DALAM KEDUDUKAN HAMPIR SAMA DENGAN MALAYSIA SILA KLIK PAUTAN DI SINI

51 Seychelles  52 4    8.0 38 65 32 71
53 Bahrain 51 5 4.1 44 58 36 61
54 Czech Rep  49 10 2.9 44 53 34 62
54 Latvia 49 6 4.0 42 55 31 58
54 Malaysia     49 9 3.4 44 55 31 62
54 Turkey 49 9 2.1 45 52 38 57
58 Cuba         48 4 4.1 41 55 36 54
58 Jordan 48 7 3.1 43 54 36 57
58 Namibia 48 6 3.5 42 54 38 63

______________________________________________________________________________

UNTUK LIHAT KEDUDUKAN MALAYSIA DIKALANGAN NEGARA-NEGARA ASIAN SILA KLIK PAUTAN DI SINI

Malaysia menduduki tempat ketiga terbaik dari negara-negara ASEAn dan ini merupakan satu pengiktirafan akan kemampuan Malaysia mentadbir urus negara dengan baik.

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH