RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Friday, 14 December 2012

HOT! ANAK MUDA INI TAK GENTAR...SEE U IN COURT GUAN ENG DAP!!



Sinar Harian melaporkan kenyataan Dr Ir Shaik Hussein, Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang tentang keengganan Lim Guan Eng DAP berdailog dan mahu meneruskan saman beliau.

Di antaranya :

"Apa yang saya boleh kata sekarang ini, 'see you in court!'. Saya tidak akan minta maaf sepertimana yang mereka minta. Kalau mereka nak bawa ke mahkamah, silakan.

"Mereka sebenarnya nak tutup mulut saya, itu saja. Tapi saya tidak akan berdiam diri, mereka nak jalan itu (ke mahkamah), saya ikut sahaja.

Saya sudah tawarkan dialog, mereka tolak, jadi apa lagi yang saya perlu buat? Tidak mengapalah, kita jumpa di mahkamah nanti, yang penting, rakyat tahu apa tujuan mereka mengheret saya sehingga ke mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Shaik diminta meminta maaf dan menarik semula kenyataan yang dianggap fitnah terhadap Guan Eng yang dibuatnya pada Oktober lalu.Shaik diminta berbuat demikian apabila didapati mengeluarkan kenyataan Guan Eng ada menerima rasuah daripada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) berhubung isu tanah Taman Manggis pada satu sidang media 5 Oktober lalu.

Pada sidang media berasingan, Shaik kemudiannya menabar Guan Eng supaya menarik balik notis itu atau beliau akan melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Shaik yang enggan memohon maaf turut mencabar Guan Eng untuk berdialog dengannya bagi membincangkan isu itu di hadapan semua media bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar.
MiM difahamkan bahawa tindakan membawa kes ini ke mahkamah merupakan satu tindakan yang diharapkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu.

Ianya kerana proses mahkamah kelak akan pasti disertai dengan nama-nama saksi yang sebelum ini hanya berkias-kias indentiti mereka dan berlegar di dalam media alternatif.

Pendedahan individu-individu yang dikatakan 'rapat' dengan Guan Eng DAP di Pulau Pinang di dalam mahkamah sudah pasti satu perkara yang sangat menarik kerana sessi soal jawab di dalam mahkamah tidak sama dengan sessi sidang akhbar.

Lim Guan Eng DAP mungkin telah memikirkan semasak-masaknya perihal rakan-rakan beliau yang bakal didedahkan kelak di dalam mahkamah. Tetapi, apakah individu-individu itu sudah bersedia dan rela disoal siasat dek anak Kit Siang itu?

Siapa yang masuk perangkap siapa sekarang ini? 

0 komen:

Post a Comment

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH