OLEH : NAZIMA HAMDAN
Saya menjangkakan sekiranya PR menang didalam PRU13 ini maka penyokong PR akan bersorak keriangan manakala penyokong kerajaan akan bermuram durja. Namun,kegembiraan pihak pembangkang khususnya dan kepada rakyat malaysia amnya tidak akan lama. Kerana selepas itu rakyat akan berhadapan dengan satu lagi situasi yang tidak menyenangkan,samada tahapnya sangat2 tidak menyenangkan atau sebaliknya, saya tidaklah mahu membuat telahan. Apakah perkara yang akan menyebabkan kemungkinan telahan saya itu? Boleh jadi 2 3 faktor.
Faktor 1 - Akan berlaku pergolakan besar atau kecil dikalangan pemimpin dan penyokong PR sendiri sebaik sahaja pihak PR mengumumkan siapakah yang menjadi Perdana Menteri. Oleh kerana asas perpaduan dan persefahaman PR hanyalah berasaskan ingin memenangi PRU dan tidak ada asas yang kuat berlandaskan perkara2 utama yang lain seperti persamaan ideologi politik, sosial dll maka ikatan mereka ini sebenarnya sangat goyah. Pada saya organisasi PAS dan PKR (saya tidak mahu menyentuh disini mengenai DAP) adalah dua organisasi yang mempunyai perbezaan yang besar didalam banyak perkara. Mereka hanya punya persamaan didalam cita-cita untuk memenangi PRU sahaja, selebihnya adalah berbeza. Manakan sama, PAS dengan ideologi Islam secara menyeluruh (walaupun PAS kini dalam sesetengah perkara telah mengadaptasi dengan perubahan persekitaran mereka), manakala PKR agak longgar, lebih liberal dan bersifat terbuka untuk penerimaan pihak bukan Melayu.
Mereka tidak pernah membincangkan siapa yg akan menjadi P.M jika PR menang. Adakah logik pengundi tidak tahu siapa yang akan menjadi P.M? Pemimpin2 PR yg terdiri dari pelbagai latar belakang pendidikan dan sejarah diri sama sekali tidak sama seperti sahabat Nabi SAW. Sungguhpun baginda tidak menetapkan siapa yang akan menjadi khalifah tetapi kethiqahan,kejujuran,kebijaksanaan dan keimanan para sahabat adalah sangat maklum. Di zaman moden ini setiap organisasi kepunyaan masyarakat (bukan swasta) adalah menjadi tanggungjawab sosial yang diamanahkan kepada pemimpin di hirarki tertinggi untuk mengumumkan perancangan masa hadapan mereka agar masyarakat boleh menilai dan seterusnya menolak atau menerima perancangan mereka itu. Akan tetapi yang menjadi tanda tanya terbesar saya (kalau pun bukan anda), siapa bakal PM PR? Adakah memadai dengan menjawab - pastikan PRU menang dulu baru kita bincangkan siapa PM? Adakah rakyat tidak wajar mempersoalkan isu ini dan harus berdiam diri dengan perkara sebesar ini? Adakah peranan PM ini seumpama ketua darjah yang kita boleh abaikan??!! Maaf,pada saya jawapan seperti itu adalah jawapan orang2 yang terdesak. Kerana mereka tahu jika mereka umumkan siapa bakal PM yang mereka pilih, maka mereka harus berdepan dengan tentangan bukan sahaja dari pihak pro kerajaan yang menunggu setiap detik kelemahan mereka tetapi juga tentangan dari parti2 komponen dan penyokong mereka sendiri. Situasi ini tidak membantu mereka. Maka mereka perjudikan masa depan rakyat dan menyahsampingkan amanah sosial mereka demi untuk mencapai kemenangan.
Faktor ke-2 - sama seperti diatas. Maaf.
Faktor ke-3 : Adalah sangat besar kebarangkaliannya bahawa pihak2 yang pro BN akan menimbulkan kesulitan kepada PR jika mereka kalah didalam PRU ini. Pada pandangan saya, jika PR menang pun jumlah kerusinya sangat sedikit, maka BN sebagai pembangkang yang masih mempunyai saki baki momentum kuasa yang kuat akan memastikan pentadbiran PR berjalan dengan goyah dan penuh dengan tentangan dari kalangan rakyat yang masih menyokong BN.
Saya harap peminat politik tempatan ikuti secara dekat dan buat kajian serta analisis politik Mesir terutama situasi terbaru selepas kemenangan Morsi. Bagaimana situasi rakyat Mesir, perubahan sosio-ekonomi, politik dan budaya mereka. Saya percaya situasi2 yang akan kita hadapi selepas PRU nanti lebih atau kurang ada persamaan dari segi kestabilan sistem politik, sosial dan ekonomi JIKA ada perubahan pimpinan kerajaan. Saya suka merujuk budaya politik kita dengan budaya politik negara Mesir dan Indonesia. Ini kerana pengaruh politik tanah air dari dahulu lagi dibentuk oleh perubahan politik di negara Timur Tengah dan juga Indonesia. Saya percaya ideologi politik tanah air (iaitu ideologi politik golongan ‘kiri’) dari zaman penjajah lagi dipengaruhi oleh pergerakan politik timur tengah dan masih berterusan hingga kini. Ini adalah kerana, ramai rakyat kita belajar di Timur Tengah seperti Mesir dan mereka memerhati dengan dekat pergolakkan politik Mesir. Peranan pemimpin2 Ikhwanul Muslimin (IM) seperti Hassan al Banna, Sayyed Qutb, Muhammad Rashid Redha dll telah mempengaruhi pemimpin2 politik haluan kiri Tanah Melayu dahulu seperti Burhanuddin al Hilmi. Malahan pengarauh IM kini semakin kuat dirasakan terutama apabila Presiden Morsi memenangi PRU Mesir tahun lepas. Tambahan lagi, faktor Arab Spring turut dirasai dan mewarnai semangat para pembangkang dinegara kita walaupun situasi negara Arab dan kita sangat berbeza bagai langit dengan bumi.
Saturday, 2 February 2013
UNTUNG NASIB RAKYAT SELEPAS PRU
Posted by Amri Muhamad Amir on 19:46. NAZIMA-HAMDAN - No comments

0 komen:
Post a Comment