RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Friday, 9 November 2012

HUDUD PAS BUKAN HUDUD ISLAM

RAPATKAN BARISAN


OLEH :ZUMURNI HAMZAH - SINAR HARIAN

MACHANG - Demi kepentingan politik, perjuangan Pas kini didakwa membelakangi perjuangan asal parti itu termasuk bekerjasama dengan parti bukan Islam.


Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa, pemimpin ulama Pas berjaya dipengaruhi golongan profesional bersifat sekular dengan menguasai pemikiran dan meyakinkan mereka akan menang besar dalam pilihanraya.

Beliau berkata, akibat penyelewengan itu, Pas menggubal Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan memberi pilihan kepada bukan Islam sama ada mahu menerima hudud atau tidak.

Menurutnya, ia sekali gus bertentangan perjuangan asal Pas, iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang-undang kekeluargaan.







RAPATKAN BARISAN... LYNAS : APA KATA MB PAHANG?


RAPATKAN BARISAN...



KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata syarikat memproses nadir bumi, Lynas Advanced Material Plant (LAMP) atau Lynas perlu diberi peluang sebagai sebuah syarikat yang melabur dalam bidang yang penting bagi menjana ekonomi negara.

Beliau berkata Lynas adalah sebuah syarikat yang selain memberi pendapatan kepada ekonomi negara ia turut memberi peluang ekonomi dan pekerjaan kepada rakyat setempat dan juga negeri Pahang.

"Isu Lynas adalah isu ekonomi yang kemudiannya bertukar menjadi isu alam sekitar, kemudian menjadi isu politik dan akhirnya ia menjadi isu undang-undang.

"Dengan keputusan mahkamah hari ini elok kita beri peluang kepada Lynas membuktikan ia sebuah syarikat yang berwibawa dan melabur dalam bidang yang mustahak untuk negara," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) kepada Bernama di sini Khamis.

Beliau mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang menolak permohonan injunksi interim Lesen Operasi Sementara (TOL) terhadap Lynas oleh tiga penduduk Kuantan. - BERNAMA

LYNAS MENANG, RAKYAT BAKAL HUKUM FUZIAH SALLEH DI PRU13



RAPATKAN BARISAN...

Saya bagaikan terbayang muka merah padam Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, setelah Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan untuk menolak permohonan injuksi interim terhadap kilang Lynas di Gebeng yang dipohon oleh tiga orang penduduk Kuantan.
Selama ini Fuziah yang ditugaskan untuk memburuk-burukkan kilang Lynas itu bermati-matian menyerang kilang tersebut sehingga begitu terdesak merakam sebuah video pendek dan mensia-siakan bahan mentah makanan yang kononnya terkena radiasi.
Tidak puas dengan itu, Fuziah menyebarkan khabar angin bahawa bahaya kilang Lynas itu setara dengan risiko operasi sebuah loji nuklear seperti di Chernobyl sehingga mencetus ketakutan dan mempengaruhi beberapa penduduk di Kuantan.
Padahal, kilang Lynas itu hanyalah sebuah kilang biasa yang memproses nadir bumi yang mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan yang sangat ketat dan menghasilkan paras radiasi yang sangat kecil.
Bayangkan, radiasi sebuah rumah batu dan telefon bimbit lebih tinggi parasnya berbanding paras radiasi yang dihasilkan di kilang tersebut!
Setelah rakyat diperjelaskan tentang keadaan sebenar dan fakta-fakta dari Mosti, AELB serta AEIA didedahkan bahawa kilang itu selamat serta tidak merbahaya sebagaimana yang tohmah Fuziah, reputasi Fuzian semakin hilang.
Pada saya, permainan Fuziah berkenaan tohmahan yang dilemparkan terhadap kilang Lynas tersebut merupakan bukti nyata yang mempamerkan betapa puak-puak Pakatan Haram begitu gemar mengada-adakan sesuatu yang tidak ada.
Perkara yang tidak benar sama sekali telah diputar belitkan sehingga mencetus kerisauan dan ketakutan di kalangan rakyat. Padahal semua itu adalah propaganda jahat dan jijik yang cuba dilakukan Pakatan Haram dengan motif politik yang keji!
Saya tidak pasti sama ada terdapat fatwa di dalam gabungan parti pembangkang itu mengenai hukum melemparkan tohmahan, fitnah atau syubhah.
Namun saya yakin bahawa agama Islam yang saya pegang sejak lahir melarang sama sekali umatnya menabur fitnah, melakukan tohmahan atau perkara syubhah, apatah lagi yang menimbulkan kekeliruan dan mendorong kepada kekecohan umum.
Menyusuri isu Lynas, saya percaya bahawa ramai di kalangan kita yang menyaksikan tindakan Pakatan Haram yang menganjurkan pelbagai demonstrasi haram yang cuba memburuk-burukkan kilang Lynas yang berpengkalan di luar negara itu.

Thursday, 8 November 2012

TERLAJAK KATA BINASA: NURUL IZZAH

RAPATKAN BARISAN...

Bagaimana golongan yang mendakwa mereka penegak agama boleh jadi kelu dan berbelit lidah membela kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Nurul Izzah Anwar?

Bagaimana mereka boleh menerima keadaan dimana khalayak bukan Islam didalam dewan tersebut bertepuk sorak apabila YB Nurul Izzah menyatakan bahawa Melayu juga mesti diberi kebebasan memilih agama?

Bagaimana nanti mereka didalam PKR akan berterusan menjual agama untuk menang undi dan didalam PAS akan mempergunakan agama demi mencapai hasrat dan hajat ke Putra Jaya.

Wednesday, 31 October 2012

RAPATKAN BARISAN...

 


N28 DUN KERDAU SECARA TRADISINYA ADALAH KUBU PERJUANGAN UMNO SEBAGAI PENYATAAN SOKONGAN TERHADAP KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL. SEMOGA KEBOLEHUPAYAAN UMNO YANG TELAH DIBUKTIKAN SEMENJAK 55 TAHUN YANG DULU TERUS BERKEKALAN DI BUMI KERDAU.

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH