RAPATKAN BARISAN!!! BLOG MAKLUMAT PELBAGAI SUMBER.. CEPAT DAN TEPAT... TERUS BERSAMA KAMI UNTUK BERITA-BERITA TERBARU DARI BLOGGER!!!

Monday, 28 January 2013

BERITA TERKINI BLOGGER - KEDAH69ERS


SILA SKROL KEBAWAH UNTUK ENTRI TERKINI

-->

BERITA TERKINI BLOGGER - DR MIM


SILA SKROL DIBAWAH UNTUK ENTRI TERKINI

-->

Sunday, 27 January 2013

BERITA TERKINI BLOGGER - KEDAH KE KL


SILA SKROL KEBAWAH UNTUK ENTRI TERKINI


-->

BERITA TERKINI BLOGGER - BROJINGGO



SILA SKROL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERKINI
-->

BERITA TERKINI BLOGGER - MYKMU.NET


SILA SKROL KEBAWAH UNTUK IKUTI ENTRI TERKINI -->

Saturday, 26 January 2013

PAKATAN PEMBANGKANG, PAKATAN APA SEBENARNYA?- ADNAN YAAKOB





KUANTAN, 26 Jan – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini meminta rakyat bijak menilai parti pembangkang yang kononnya berpakat sebagai sebuah pakatan pembangkang namun sebenarnya mereka gagal berpakat dalam semua perkara.
Beliau berkata pendirian berbeza antara pucuk pimpinan parti pembangkang berkenaan isu kalimah Allah misalnya, membuktikan kepimpinan parti pembangkang gagal mewujudkan pakatan yang jitu.
“Jadi, apa makna sebenar pakatan yang mereka wujudkan ini, kalau perkara penting seperti ini pun tidak dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata isu kalimah Allah sepatutnya diselesaikan secara baik oleh parti pembangkang supaya isu itu tidak menjadi pertelingkahan di kalangan masyarakat majmuk negara ini.
“Kegagalan pucuk pimpinan parti pembangkang berkenaan isu itu membukti
kan pakatan yang diwujudkan mereka adalah untuk pilihan raya semata-mata,” katanya.
Beliau berkata semua penyokong parti politik perlu mengambil pendekatan rasional dan bukannya emosi bagi mengelak insiden tidak diingini apabila memperkatakan berkenaan isu sensitif seperti isu kalimah Allah.
Katanya isu sensitif membabitkan agama yang ditimbulkan pihak tertentu sejak kebelakangan ini dilihat seperti mahu menguji masyarakat Islam dan cuba menggugat keamanan negara.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada 1,330 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Semambu dan Sekolah Kebangsaan Air Putih, dekat sini.
Dalam ucapannya, Adnan meminta golongan pendidik menerapkan secara bersungguh-sungguh nilai murni supaya pelajar bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga menjadi insan bermoral.
“Nilai murni yang sebelum ini diamalkan pelajar dilihat sudah semakin hilang, ada segelintir pelajar sekarang tidak lagi menghormati ibu bapa, guru dan rakan-rakan.
“Apabila kita sudah tidak memiliki nilai murni dalam diri, kita hanya berbangga dengan pencapaian akademik saja, bangga dapat 5A misalnya, tapi tidak tahu menghormati orang lebih tua. Maknanya, kita berjaya dalam aspek luaran, tapi dalaman sudah kosong,” katanya.

BERITA TERKINI BLOGGER - TAIPING MALI


SILA SKROL KEBAWAH UNTUK IKUTI ENTRI TERKINI


-->

BERITA TERKINI BLOGGER - PISAU.NET



SILA SCROLL KEBAWAH UNTUK IKUTI ENTRI TERKINI

-->

SENARAI BLOGGER-BLOGGER PAHANG



Salam 1Malaysia.. politik negara yang berwarna-warni mempengaruhi setiap sudut dan pandangan masyarakat.. penyebaran berita dan maklumat bersifat nasional memberi impak yang nyata kepada segenap pembaca.. Namun begitu penyertaan blogger-blogger dari segenap pelusuk negeri terutamanya dari Pahang Darul Makmur menambahkan perisa terhadap perkembangan berita terutamanya yang bersifat setempat.

Oleh sebab itulah saya cuba menyenaraikan blogger-blogger berorientasi politik yang bertebaran di seluruh bumi Pahang Darul Makmur. Sila maklumkan keberadaan tuan-tuan dan puan-puan melalui ruangan komen dibawah.

Sila klik disini untuk bersama blogger-blogger Pahang.

Thursday, 24 January 2013

BERITA TERKINI BLOGGER - AIDC

BERITA TERKINI BLOGGER - GELOMBANG RAKYAT

BERITA TERKINI BLOGGER PAHANG : -PAHANG KU-

BERITA TERKINI BLOGGER PAHANG : -BRAVE HEART-

BERITA TERKINI BLOGGER PAHANG : -SEMUT HITAM-

Wednesday, 23 January 2013

MAHKAMAH SAHKAN KES KHALID GAGAP ROMPAK WANG RAKYAT RM10 JUTA





MB Selangor dilihat melakukan satu keputusan yang memalukan dan mencemar integriti seorang Pemimpin yang dicanang diri sebagai berjiwa rakyat.

Ini adalah ekoran yang meminta pembatalan saman dari pihak mahkamah atas tuntutan rakyat Negeri Selangor berstatus Ibu Tunggal dek kerana menuntut janji Manifesto PRU12 yang dijamin beliau sendiri 4 tahun yang lalu.

RM10.9 Juta wang peruntukan yang dijanjikan bakal diberikan khas buat kesemua golongan ibu tunggal di Negeri tersebut gagal dilaksanakan. Ke mana wang yang dijanjikan itu? 






Anwar Ibrahim sendiri telah menyatakan dengan jelas manifesto yang disenaraikan telah dikaji secara mendalam sebelum ditawarkan kepada rakyat. Maka Anwar menjanjikan 90% manifesto bakal dilaksanakan jika Pembangkang berjaya menawan Negeri Selangor pada PRU12. Ke mana janji tersebut?

Kalau ianya berlaku pada Kerajaan BN, habis dicanang seluruh Negara mendakwa wang ini telah diseleweng oleh apa yang disebut Anwar 'taukey2 kaya mentekedarah duit rakyat'.

Janji Ditepati. Itu slogan jelas.

Demi Rakyat? Tergantung. Dua kali baca ada maksud 'tersirat'.

KLIK DI SINI untuk laporan penuh keputusan kes Mahkamah berkaitan tuntutan Khalid Ibrahim membatalkan kesa Saman lebih dari 2000 ibu tunggal terhadap Kerajaan pimpinannya hari ini
.


BACA TERUS DARI GELOMBANG RAKYAT

Thursday, 10 January 2013

KALIMAH ALLAH- HARUN DIN CABAR HAJI HADI LETAK JAWATAN





Permainan politik tanpa mengira kedudukan dan prinsip Agama. Tercatat jua sejarah politik tanah air. Seorang Pemimpin yang diangkat selaku pejuang Islam membuat satu pengumuman rasmi yang dilihat agak mustahil berlaku satu ketika dahulu.

Politik.. Tiada yang mustahil. Kalimah Allah kini bebas digunakan untuk merujuk mana2 Tuhan tanpa mengira Agama.

Adakah Tuhan yang disembah di kuil itu wajar digelar panggilan Allah? Adakah Tuhan di tokong buddha itu wajar digelar panggilan Allah? FIKIR.






Apa pendirian Harun Din dan Taib Azamuddin setelah ucapan Hadi Awang tertera pada video di atas diumumkan hari ini? 







2 tokoh ini secara keras menentang penggunaan Kalimah Allah pada mana2 Agama selain dari Islam 1 ketika dahulu. Adakah mampu pendirian ini diubah? Jika mereka mengakuinya, jelas 2 tokoh ini bukan ulama. Akan tetapi hanya seorang pemimpin yang bermain dengan strategi politik berkepentingan semata2.

Mungkin ada benarnya kenyataan yang pernah dikeluarkan beberapa tokoh ulama PAS 1 ketika dahulu. Sudah tiba masanya Presiden PAS ini berundur.


TERUS BACA DI GELOMBANG RAKYAT

Monday, 7 January 2013

AMANAT HAJI HADI: PERLEMBAGAAN MALAYSIA TIDK ISLAMIK?


malaysia-img

Orang bertanya kepada saya tentang perlembagaan negara apabila timbul (disebut) di dalam satu amanat. Apabila timbul amanat yang mana isi kandungan serta intipati amanat tersebut jelas wujud di sana pengkafiran kepada sesiapa yang mengekalkan perlembagaan penjajah, orang bertanya kepada saya, adakah perlembagaan Malaysia ini perlembagaan penjajah? Adakah perlembagaan Malaysia ini perlembagaan kufur, tidak Islamik, salah? Di mana yang tidak Islamiknya?
Mungkin mereka tidak melihat sejarah perlembagaan itu sendiri. Mereka hanya melihat kepada pihak yang diamanahkan untuk menyusun perlembagaan. Lord Reid diamanahkan untuk menyusun perlembagaan, tetapi yang membuat perlembagaan, yang memberi idea untuk isi kandungan perlembagaan tidak ditanya siapa. Yang memberikan idea membuat perlembagaan ini adalah orang-orang Islam; seorang dari India, seorang dari Pakistan, salah seorang namanya Hamid seingat saya. Turut dibincangkan isi kandungan perlembagaan itu oleh Raja-raja melayu.
Sekiranya Lord Reid sahaja yang menyusun perlembagaan, tidak mungkin pada ketika itu dia akan meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Ini menunjukkan bahawasanya yang menyusun dan memberikan idea perlembagaan itu adalah orang Islam. Tetapi oleh kerana Lord Reid itu diamanahkan untuk menyusun dan menjadikan ia dalam bentuk perlembagaan, maka nama Lord Reid itu dikedepankan.
Bahkan pada hari ini, sebahagian daripada pimpinan PAS, antaranya Dr. Mujahid Rawa dalam penulisannya tentang negara Islam dan tentang perlembagaan, mengatakan bahawasanya perlembagaan kita pada hari ini adalah perlembagaan Islam yang sejajar dan sesuai dengan kehendak Islam. Itu kata beliau dan memang tidak dinafikan masih ada kelemahan dan masih ada kekurangan.
Mana mungkin sesuatu itu sempurna. Kita juga tidak mampu menghasilkan seorang pemimpin yang sempurna. Apabila tidak ada orang yang sempurna, sudah semestinya idea, pendapat dan pandangan yang disumbangkan juga tidak sempurna dan memiliki kekurangan. Tugas untuk menyempurnakan kekurangan dan perbetulkan kesilapan itu adalah tugas kaum muslimin. Perbetulkan, bukan menghancurkan atau memusnahkan. Tanpa mengkaji dan tanpa meneliti, amanat seperti ini dikeluarkan lebih 30 tahun lalu tanpa ada sebarang penarikan semula dan penjelasan yang didokumentasikan.
Ceramah dalam video yang menjelaskan amanat pun tidak ada. Di dalam internet, penjelasan terhadap amanat itu juga tidak ada. Yang diminta adalah 1jam di RTM ataupun di TV3. Saya katakan kalau benar-benar ingin memberi penjelasan, populariti golongan-golongan ini pun selama ini bukan di media arus perdana. Populariti mereka di akhbar-akhbar mereka, di media alternatif khususnya di internet, blog, Twitter, Facebook.
Tetapi dalam isu ini mereka tidak mahu pula memanfaatkan Facebook, tidak pula mereka memberikan ruangan 1jam memberikan penjelasan di Youtube. Apa yang saya tekankan adalah sikap kita apabila berhadapan dengan isu seperti ini.
Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:


TERUSBACA DI UFB

Friday, 4 January 2013

JEMAAH, NEGARA ISLAM, DEMOKRASI DAN HUDUD


396917_413147622054791_426623362_n

Soalan 2: Percampuran saya dengan beberapa Jemaah yang ahlinya suka kepada agama dan ingin melihat agama berkembang, seperti Hizbut Tahrir, Jamaah Tabligh, JI. Mereka mendakwa bahawa demokrasi ini tidak islamik. Siapa yang tidak bai’ah, matinya nanti tidak Islam.  Bagaimana hendak jelaskan dan berikan nash bahawa demokrasi ini sesuai dengan Islam dan apa yang kerajaan buat ini kita sokong dan kerajaan pun memang betul-betul mahukan Islam melalui demokrasi.
 Jawapan:
Berkenaan dengan Jemaah-jemaah, Hizbut Tahrir, Tabligh, JI, tentang demokrasi di mana mereka mengatakan demokrasi bukan daripada Islam dan wajib kepada bai’ah. Kalau tidak bai’ah mati dalam keadaan jahiliyah (kekufuran).
Tabligh tidak termasuk di dalam bab ini. Saya tahu dan saya lebih dekat dengan Jamaah Tabligh, mereka tidak termasuk di dalam bab-bab khilafah. Mereka mungkin tidak bersetuju dengan demokrasi, tetapi di dalam bab bai’ah ini mereka tidak agresif sebab dakwah tabligh ini adalah al-amru bil ma’ruf iaitu mereka menyuruh orang berbuat baik. Itu adalah asas mereka.
Walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak setuju dengan cara pendekatan mereka, tetapi mereka tidak agresif seperti Hizbut Tahrir, JI dan sebagainya.
Kita kena bezakan bab ini. Satu bab hukum demokrasi. Bagaimana hendak memberi dalil bahawa demokrasi itu sebahagian daripada Islam? Memang demokrasi bukan sebahagian daripada Islam dan memang bukan sistem Islam. Mana boleh kita hendak mengislamisasikan ia.
Babi kalau haram, bagaimana hendak dibuat bagi dia halal. Masukkanlah dalam tangki mana pun, rejam dengan Clorox selama 8 tahun pun ianya tetap haram. Saya berikan contoh mudah supaya kita faham.
Cuma sekarang ini celik-celik mata sahaja kita sudah berada di dalam sistem ini. Keberadaan kita di dalam sistem ini bukan bererti membawa kita kepada mengiktiraf segala perkara yang datang dan terhasil daripada demokrasi. Kita wajib meminimumkan dan menyekat kemudharatannya.
Kita tidak mahu jadi seperti Denmark contohnya. Demokrasi sehingga orang hendak bertelanjang di tepi jalan pun tidak ada masalah, buatlah apa pun atas nama demokrasi dan hak kebebasan. Bebas untuk bercakap apa sahaja, bebas untuk membongkar keaiban orang. Semua ini tidak boleh. Dalam bab itu kita pandai, itu tidak boleh, ini aurat. Maknanya kita tetap tidak bersetuju dengan demokrasi yang ditampilkan acuannya oleh barat.
Demokrasi ini jelas tujuannya adalah hendak merosakkan umat Islam, hendak menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, menimbulkan ashabiyyah, kepuakan, kekelompokan, hendak menjadikan manusia bercakap di atas kepentingan. Itulah demokrasi.
Ada orang mengatakan di parlimen itu adalah ahli syura. Saya hendak membezakan di antara parlimen dengan ahli syura yang digaris pandukan di dalam Islam. Ahli syura di dalam Islam, pendahulu dan sumber utamanya adalah Al-Quran dan As-Sunnah. Itu yang teratas. Syura tidak tertakluk kepada majoriti. Jadi jangan disamakan demokrasi dan parlimen dengan syura yang mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah, yang sanggup membelakangkan keputusan majoriti semata-mata untuk mendahulukan Al-Quran dan As-Sunnah, di atas prinsip,
الْجَمَاعَةُ مَا وَافَقَ الْحَقَّ وَإِنْ كُنْتَ وَحْدَك
 “Al-Jama’ah adalah apa yang menepati kebenaran walaupun engkau seorang diri.”
Sebab itu apabila datang Al-Quran dan hadis, walaupun ahli syura inginkan sebaliknya ianya tetap tidak boleh, semuanya terbatal. Sebaliknya sistem yang digunakan pada hari ini; demokrasi meletakkan majoriti sebagai penentu dan majoriti sebagai hukum. Ini adalah masalah. Sebab itu kita berusaha untuk meminimumkannya kerana kita telah duduk dan berada di dalam sistem ini.
Bagaimana kita hendak meminimumkan kemudharatannya? Sebab itulah diwujudkan undang-undang seperti berbogel di khalayak ramai tidak boleh walaupun negara kita mengamalkan demokrasi. Begitu juga tidak dibolehkan bertindak sesuka hati walaupun kita mengamalkan demokrasi. Sebab itu kita katakan negara kita mengamalkan demokrasi berperlembagaan.
Jadi sekiranya kita mengawal demokrasi dengan perlembagaan, mengapa kita tidak boleh mengawal demokrasi itu dengan akidah Islam, mengapa kita tidak boleh meminimumkan kemudharatan demokrasi itu dengan syariah Islam. Mengapa kita tidak boleh meminimumkan kerosakan demokrasi itu dengan akhlak Islam. Walaupun bebas bercakap, hendaklah menjaga etika dan adab di dalam bercakap. Sekiranya tidak ada benda baik untuk kita bercakap maka hendaklah kita diam. Sabda Nabi SAW di dalam hadis,
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam.” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Tetapi demokrasi pada hari ini mengajar kita untuk bercakap, mengata, mengutuk, memaki, membongkar aib, tidak ada masalah semuanya atas alasan demokrasi. Apabila orang tidak bagi bercakap dia marah, sedangkan dia bercakap perkara yang tidak elok.
Kitalah sepatutnya yang perlu berusaha untuk meminimumkan kemudharatan tersebut dengan nilai-nilai Islam yang kita ada. Memang tidak ada dalil untuk mengatakan demokrasi ini daripada Islam, kerana demokrasi bukan datang dari acuan Islam.
Sebab itu sistem khalifah atau pemerintahan meletakkan Imam, Khalifah, ataupun sistem beraja yang disebut oleh Nabi di dalam hadis itu adalah sistem Islam yang tulen dan sebenar, dengan mendapat bai’ah daripada pemimpin.
Walaubagaimanapun, satu perkara yang ramai orang salah faham, dan turut disalah fahami oleh Hizbut Tahrir, JI, dan gerakan-gerakan ekstrimis lain adalah dengan tidak mengiktiraf pemimpin yang naik melalui demokrasi. Mereka mengatakan pemimpin yang diangkat tidak sah dan kerana itu mereka tidak taat, dan menganggap boleh memaki, mengutuk, mengebom sana sini dan menganggap boleh merampas kuasa. Ini adalah salah faham besar di dalam agama.
Bagaimana penjelasan Al-Imam Asy-Syathibi? Bukalah Al-Muwafaqaat dan bacalah ulasan Imam Asy-Syathibi rahimahullah tentang pemimpin. Menurut beliau, pemimpin sekiranya dia naik secara zalim hatta dengan cara membunuh bapanya, presidennya, khalifahnya dan dia naik menjadi pemimpin, telah bersepakat ahlus sunnah wal jamaah bahawa walaupun dia naik dengan cara kekerasan dan secara zalim, tetapi apabila dia mendapat kekuasaan maka dia adalah pemimpin yang sah. Soal dia salah, berdosa, itu urusan di antara dia dengan Allah SWT. Tetapi soal dia telah mendapat kuasa, maka orang di bawahnya kena taat.
Kita kena ingat kisah Hajjaj bin Yusuf. Bayangkan kita duduk di sebelah Ibnu Umar, bayangkan kita duduk di sebelah Ibnu Abbas. Bagaimana fahaman mereka berbeza dengan fahaman kita. Bagaimana kalau kita duduk di sebelah mereka, mereka akan luku kepala kita sebab kita terlebih faham berbanding mereka.
Ibnu Abbas dan Ibnu Umar berhadapan dengan kekejaman Hajjaj bin Yusuf yang membunuh para sahabat Nabi. Tetapi apabila Hajjaj masuk ke Makkah menjadi imam di dalam masjid, mereka adalah orang yang menjadi makmum di belakang Hajjaj. Kekejaman Hajjaj bukan dalil untuk menafikan kepimpinannya. Ini salah faham golongan-golongan yang dikenal dalam sejarah Islam sebagai Khawarij iaitu golongan yang menghukum kafir pelaku dosa besar dan menjatuhkan pemerintah muslim. Sedangkan Islam tidak pernah mengajar seperti itu.
Sebab itu pemimpin yang naik mahupun dengan cara demokrasi, apabila dia naik dan menjadi pemimpin Islam yang sah, yang tertinggi dan teratas maka dia adalah pemimpin.
Definisi negara Islam
Bagaimana Nabi menceritakan tentang negara Islam? Sebahagian dari kalangan kita tidak tahu apa itu negara Islam. Mereka cuma tahu hudud sahaja. Tadi kita shalat di mana, di masjid. Ada azan atau tidak, ada azan. Ada imam atau tidak, ada imam. Masjid kerajaan buat atau tidak, masjid kerajaan buat.
Imam Abu Bakar Al-Isma’ili yang wafat pada tahun 371 hijrah dalam Aqiidatu Ash-haabul Hadits menyebut tentang prinsip akidah Ahlus sunnah wal Jamaah tentang negara Islam bahawa sesungguhnya sesebuah negara itu dikenali sebagai Darul Islam sekiranya shalat dilaksanakan secara terbuka. Dalilnya adalah hadis Nabi ketika Nabi hendak masuk memerangi satu kawasan dan baginda menunggu sampai Subuh. Apabila terdengar azan, Nabi menghentikan serangan dan menyuruh tenteranya pulang kerana syiar Islam di kawasan tersebut dilaksanakan secara bebas dan terbuka.
Sekarang ini kita bukan setakat shalat. Shalat merupakan hukum Islam yang besar. Di dalam hadis yang lain baginda SAW bersabda mengatakan bahawa ikatan simpulan Islam ini akan terungkai satu demi satu sehingga tingga yang terakhir iaitu shalat. Maknanya shalat itu merupakan satu nilaian sama ada sesebuah negara itu Islam ataupun tidak. Tetapi adakah sempurna negara Islam kita? Tentu tidak. Ini adalah kekurangan.
Kita ada zakat dan Baitul Mal. Apa perancangan kita sendiri dalam membayar zakat? Zakat merupakan rukun Islam. Zakat merupakan sumber ekonomi kaum muslimin.
Kita ada Tabung Haji. Tabung Haji mendapat pengiktirafan pengurusan haji terbaik di dunia. Keuntungan Tabung Haji sekarang ini berbillion ringgit. Tabung haji bukan mengurus haji sahaja. Mereka ada syarikat travel, properties, oil and gas, makanan. Bermula dengan mengurus Jemaah haji ia berkembang dengan pesat sedemikian rupa. Tabung Haji ada 30 billion ringgit tunai.
Kita juga mempunyai sistem perbankan Islam yang terbaik dan terunggul di dunia. Ini bukan puji kerajaan, tetapi ini semua merupakan hukum-hukum Islam yang dilaksanakan di Malaysia, sebab selama ini kita telah mematikan sel pemikiran kita dengan mengikat hukum Islam itu hanya hudud sahaja. Hudud merupakan satu cabang daripada cabang-cabang hukum Islam.
Insfrastruktur, pendidikan, pembinaan sekolah, ini semua terisi dalam prinsip-prinsip maqasid asy-syar’iyyah yang menjaga agama, akal, nyawa, maruah dan harta. Semua ini disusun baik dari segi insfratrukturnya seperti jalan, pembangunan, ekonomi dan sebagainya.
Maknanya kita telah melaksanakan sebahagian besar hukum Islam. Sebab itu bukalah kitab keempat-empat mazhab, takrifan yang diberikan tentang negara Islam adalah menggunakan perkataan “ghalabah” iaitu kebanyakan daripada hukum Islam itu dilaksanakan.
Tinggal hudud iaitu sebahagian daripada jenayah syariah yang masih tidak mampu kita laksanakan. Adapun hukuman seperti ta’zir telah kita laksanakan. Ta’zir adalah sebahagian daripada hukum Islam. Mungkin ada yang mengatakan itu undang-undang sivil. Itu cuma pada nama sahaja, hakikatnya adalah ta’zir. Tahukah kita apa itu hukum ta’zir? Kita bercakap bab ta’zir tetapi kita sendiri tidak tahu apakah itu ta’zir.
Ta’zir ini keluar daripada kaedah-kaedah tindakan pemimpin ke atas rakyatnya terikat dengan kepentingan dan keperluan. Hukum kepada jenayah rasuah tidak terdapat di dalam hudud maka rasuah boleh dikenakan hukuman ta’zir. Riba juga tidak ada di dalam hukum hudud walaupun Allah mencerca riba. Maka hukuman ini masuk ke dalam ta’zir. Ta’zir kembali kepada kecerdikan pemimpin. Maka kita telah melaksanakan satu cabang, dan masih ada lagi 2 cabang iaitu qisas dan hudud.
Sebahagian daripada qisas telah kita buat iaitu bunuh dibalas bunuh. Cuma kita belum lagi mematuhi kaedah perlaksanaan hukum. Menurut hukum Islam adalah dengan pancung terus, kita pula gantung. Maka mungkin boleh dibuat kajian dan pendetilan tentang hal tersebut; iaitu bagaimana untuk memudahkan mati.
Orang sekarang asyik bercakap tentang hudud. Adakah mereka yang bercakap ini tahu kedudukan mahkamah syariah ini di tahap mana sekarang? Mereka hendak membuat hudud melalui mahkamah mana? Bukan semudah tutup kedai kopi tepi jalan dan kita buat mahkamah di sini. Mahkamah bukan macam kedai jual asam pedas, boleh buka tutup buka tutup.
Sekarang ini, mahkamah syariah baru 3 peringkat jika hendak dibandingkan dengan mahkamah sivil; 5 peringkat. Dan hukuman paling berat di dalam mahkamah syariah kita adalah denda RM5000, penjara 2 tahun, dan 6 kali sebatan. Bagaimana hendak laksanakan hukuman potong tangan, rejam, sebat 80 rotan? Semua perkara ini perlu dirincikan. Jadi tugas pertama sekali adalah dengan mengangkat dan menaiktarafkan mahkamah syariah, dan perkara ini telah kita laksanakan.
Sekarang ini mahkamah syariah telah diluluskan di seluruh Semenanjung kecuali dua negeri. Sebab hukum yang berkaitan dengan agama tertakluk di bawah kuasa Raja-raja yang berbeza kuasanya di setiap negeri. Seseorang kalau mendaftar sebagai peguam syar’i di Selangor, dia tidak boleh praktis di Perlis. Dia perlu minta tauliah yang lain di Perlis. Begitu juga dia tidak boleh praktis di Pulau Pinang, Perak, Pahang dan negeri lain. Kita baru dalam proses menaiktaraf mahkamah, dan mahkamah syariah belum “centralized” lagi. Sebab itu sebelum bercakap bab hudud, cakap bab ini terlebih dahulu. Gesa kerajaan naiktaraf mahkamah, Alhamdulillah sudah dibuat 5 peringkat tinggal lagi 2 negeri yang belum kerana perlu membuat temujanji untuk bertemu dengan Sultan-sultan dan raja-raja.
Setelah mendapat kelulusan, bukan bererti esok kita sudah boleh buat hudud. Kita kena cari pekerja. Ini bukan kerja toreh getah tetapi perjawatan, kemudian berlaku khilaf pula adakah peguam syar’i wanita dibolehkan mengisi jawatan atau tidak, berselisih pula ahli majlis fatwa. Ini semua adalah prosesnya.
Selepas itu undang-undang perlu digubal. Untuk menggubal undang-undang, pakar-pakar dari sivil dan undang-undang syar’i perlu dipanggil. Kita perlu menjemput pihak penguatkuasa.
Kaedah pembuktian; boleh atau tidak jenayah dibuktikan dengan video, kamera, atau DNA? Dalam sejarah Islam, Nabi tidak pernah menangkap orang berzina dengan mendatangkan empat orang saksi. Kita pula hendak buat bagaimana? Pada zaman Nabi, mereka datang sendiri kepada Nabi mengaku kesalahan. Takwa mereka kuat. Tetapi kita pada hari ini siapa yang hendak pergi mengaku?
Berlaku perbincangan para ulama pula. Kalau ada video perlu diteliti video tersebut. Ada pendapat Syaikh Taufiq Al-Ba’dani seorang tokoh ulama di Yaman, sekiranya bukti berbentuk video, pertama sekali adalah dengan memastikan ketulenan video tersebut. Sebab hudud tidak boleh dilaksanakan dengan syubhat.
ادْرَأُوا اَلْحُدُودَ بِالشُّبُهَاتِ
“Ketepikanlah hukum hudud dengan adanya syubhat (dalam pembuktian).”
Pembuktian kesalahan yang dilaksanakan hudud tidak boleh dengan bersangka-sangka. Contoh muka seperti orang itu, perut seperti orang itu, semua ini tidak boleh dan tertolak. Sebaliknya semua mestilah bersifat pasti.
Setelah memastikan ketulenan video, perlu dipanggil pula empat orang saksi lelaki yang adil untuk melihat video tersebut. Itu pendapat Syaikh Taufiq Al-Ba’dani. Setelah itu barulah boleh dijatuhkan hukuman had ke atas penjenayah tersebut.
Ulama lain pula berpendapat bahawa video tidak boleh menjadi saksi. Di dalam hudud, video tidak boleh menjadi saksi untuk pembuktian bagi dijatuhkan kesalahan dan hukuman hudud. Tetapi boleh digunakan hukuman ta’zir di mana ta’zir menerima video sebagai bahan bukti. Pembuktian bagi hukuman ta’zir boleh dengan menggunakan DNA, cap jari dan sebagainya.
Kadang-kadang apabila kita bercakap tentang hudud, kita ketinggalan zamannya. Seolah-olah kita hidup di Papua New Guinea. Kita tidak tahu apa yang berlaku di dalam negara kita, bagaimana sistem perundangannya, bagaimana keadaannya.
Ringkasnya dalam isu demokrasi, JI, Hizbut Tahrir, dan sebagainya, mereka ini adalah golongan-golongan yang salah faham tentang negara Islam, salah faham tentang kepimpinan Islam sehingga mereka ekstrim dan fanatik dalam bertindak. Sebab itu mereka ini sebenarnya memiliki ciri-ciri yang disebut dalam sejarah Islam sebagai Khawarij; mudah untuk menghukum manusia, mudah mengkafirkan dan menyesatkan manusia.
Wallaahua’lam

BACA TERUS DARI UFB

Thursday, 3 January 2013

LIM GUAN ENG TIDAK BOLEH DISAMAKAN DENGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ



394596_416135141756039_753616611_nSoalan: Saya Yusuf dari Pulau Pinang. Isu Pulau Pinang tentang Islam ini hangat dan ada segelintir masyarakat melayu Islam kita yang memberi satu gelaran kepada pemimpin yang kita tahu dia kafir yang menentang Islam di Pulau Pinang. Mereka menggelarkan Lim Guan Eng sebagai Umar Abdul Aziz. Di masjid-masjid di sekitar Pulau Pinang ada pula yang mendoakan kesejahteraan pemimpin yang kafir ini. Minta ustaz kupas dan berikan penjelasan.
Jawapan:
Kalau orang itu baik kita gelar dia Firaun, ini tidak boleh. Kalau orang itu tidak baik, kita menggelarkan dia Umar Abdul Aziz, ini juga tidak boleh. Tidak baik ini melihat dari pelbagai perspektif. Kita kena ingat bahawa untuk menyamakan seseorang dengan orang lain, di dalam kias ada satu kaedah kiasan yang dipanggil “kiasan pada dua benda berbeza.”
Lim Guan Eng dengan Umar Abdul Aziz tidak sama langsung. Ini pemimpin dalam sejarah Islam yang disepakati dia yang dimaksudkan di dalam hadis Nabi,
إَنَّ اللهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِيْنَهَا
“Sesungguhnya Allah akan mengutuskan bagi umat ini di atas kepala setiap seratus tahun, orang yang membawa tajdid (pembaharuan) bagi umat ini pada agamanya.” (Hadis sahih riwayat Imam Abu Daud no. 4291 dari Abu Hurairah)
Mujaddid yang disepakati oleh para ahli ilmu di zaman itu adalah Umar bin Abdul Aziz. Adakah Lim Guan Eng Mujaddid? La hawla wala quwwata illa billaah.
Orang yang hendak menjadikan negara Malaysia sekular, orang yang berusaha menjadikan Malaysia sebagai republik, orang yang hendak menjadikan negara ini mengamalkan pluralisme, bebas memilih agama. Ini adalah kenyataan mereka; Negara Berkebajikan versi DAP, dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dipersetujui oleh PAS dan PKR. Takrifan yang Lim Guan Eng berikan, kami inginkan negara berkebajikan yang bermaksud negara sekular.
Sedangkan kita berusaha bermati-matian untuk memastikan negara kita negara Islam. Jika inginkan negara Islam, marilah kita bekerjasama, berikan idea dan pendapat. Bukan menjerit sahaja di belakang. Dalam Facebook hero belaka, apabila berdepan mereka beradab, sopan dan taat.
Doakan hidayah bagi pemimpin kafir
Saya setuju kalau di masjid kita mendoakan hidayah dan petunjuk baginya. Tetapi pada masa yang sama, doakanlah juga kebaikan bagi pemimpin kaum muslimin. Mengapa untuk kaum muslimin didoakan bagi K.O., pecah perut, hancur dan tenggelam? Doakanlah agar mendapat petunjuk, mempraktikkan Islam, beramal dengan Islam.
Jadi jangan kerana kepentingan politik kita menggadaikan prinsip dan nilai-nilai agama. Saya tidak setuju Lim Guan Eng diberikan gelaran Umar bin Abdul Aziz. Hendak beri gelaran seperti Martin Luther itu tidak mengapa lagi. Tetapi tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang hebat-hebat ini mana mungkin boleh kita samakan dengan mereka.
Jelas dari sudut iman dan kufur pun telah berbeza. Jadi saya minta kita semua bermuhasabah.
Wallaahua’lam.
Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

TERUS BACA DI UFB

Wednesday, 2 January 2013

WAJIB SEBAR!!! VIDEO ANWAR CABUL ORANG INDIA





Tahun 2013 amat dinanti2 kan PKR dan rakan sekutu Pakatan tatkala dijangkakan PRU13 bakal berlangsung pada bila2 masa.

Anwar terus menerus malah semakin agresif mengherdik pimpinan PM Najib Tun Razak. Sikap agresif beliau turut dilihat berterusan menabur janji2 dengan kemahiran berpidatonya yang memukau laksana hasutan syaitan.

Malam ucapan Anwar dilihat bertambah agresif di siri Jelajah di beberapa kawasan 2 Negeri impiannya untuk ditawan iaitu Sabah dan Sarawak.

Akan tetapi, janji2 ini hanya senjata berbisa dalam merampas Putrajaya. Akan tetapi, hanya kurang dari 10% daripada kesemua janji tersebut dikotakan.






Masih ingatkah anda peristiwa Kampung Buah Pala di Pulau Pinang? Cukuplah menonton video di atas yang jelas memberi mesej kepada rakyat bahawa Anwar hanya bijak melacur janji2 manis beliau.

Video di atas mesti terus disebarkan kepada rakyat terutamanya penyokong2 Anwar yang 'terpukau' dengan janji2 manisnya. Percayalah. Sokongan anda bakal membunuh maruah anda selaku rakyat Malaysia.

"Ala.. Ini isu lama.." Tidak. Isu ini gambaran sikap Anwar dulu kini dan selamanya. Sikap ini bakal merebak dan membengkak tatkala beliau dijulang sebagai Perdana Menteri kelak.

Tonton Video ini. Ratapi dan Hayati setiap janji2 beliau buat masyarakat Kampung Buah Pala semasa mengadakan kempen PRU12 yang lalu. Kini? Kampung Buah Pala diserang laksana Pencerobohan Zionis di penempatan rakyat Palestin. Kenyataan Melampau? Memang. Tapi itu realiti sebenar yang berlaku.

Buat rakan2 blogger Borneo, sebarkan video ini buat rakyat di Sabah dan Sarawak sebelum 'terlambat'.

AGENDA TERANCANG DISEBALIK TUNTUTAN GUNA KALIMAH ALLAH


12680_507883109229832_1776007691_n

Soalan: Sekarang ini isu yang hangat diperkatakan adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ini bukan kali pertama timbul. Apa pandangan ustaz sendiri. Kenapa kerajaan yang punya kuasa tidak mengeluarkan kenyataan yang keras dan tegas agar isu ini tidak ditimbulkan lagi dan supaya mereka tidak sesuka hati meminta perkara seperti ini atau perkara yang lain.
Jawapan:
Perbincangan tentang isu kalimah Allah ini sebenarnya satu perbincangan yang ilmiah dan tidak sepatutnya dipolitikkan. Perbincangan ini telah dibicarakan oleh para ahli ilmu. Permulaan kepada perbincangan ini adalah apabila wujudnya tafsiran firman Allah SWT di dalam Al-Quran,
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ
“Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”, nescaya mereka menjawab: “Allah”.” (surah Az-Zumar: 38)
Yang menjawab demikian adalah orang kafir jahiliyyah Makkah. Mereka ada Latta, Uzza, dan berhala-berhala di sekeliling Ka’bah yang mereka sembah. Tetapi mereka menggunakan nama Allah dan penggunaan kalimah Allah di sisi mereka disahkan oleh firman Allah SWT di dalam Al-Quran.
Para ahli ilmu (alim ulama) di Timur Tengah yang berbangsa arab secara khususnya berpandangan bahawa penggunaan kalimah Allah ini telah menjadi satu budaya dan adat. Masyarakat di sana walaupun ada yang bukan Islam, kristian, ada yang tidak berpegang dengan mana-mana agama, qadianiyah dan sebagainya, mereka tetap dengan ucapan seperti Masya-Allah, insyaAllah, wallaah, wabillah, watallaah.
Namun perkataan mereka itu contohnya Wallaah tidak dikategorikan sebagai sumpah. Itu satu perkataan biasa menurut mereka dan mereka tidak perlu membayar kaffarah kerana mengingkari sumpahnya. Ini kerana perkataan wallaah sudah menjadi pertuturan kebiasaan mereka, bukan wallaah dengan niat qasam (bersumpah). Itu apa yang berlaku di negara arab, sebab itu digunakan kalimah Allah di dalam kitab mereka yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Sekarang ini kita bercakap dalam konteks Malaysia. Berapa kali orang-orang kristian di dalam negara kita ini menjadikan penggunaan kalimah Allah di dalam pertuturan seharian mereka atau menjadikan ia budaya di dalam percakapan? Berapa kali orang seperti Lim Guan Eng contohnya tersadung lalu menyebut Allahu akbar? Berapa kali apabila dia terkejut lalu menyebut nama Allah?
Di Sabah Sarawak memang penggunaan kalimah Allah sudah menjadi kebiasaan sebab di gereja mereka menggunakan kitab-kitab terjemahan Indonesia. Indonesia menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Indonesia dan menggantikan kalimah God kepada kalimah Allah.
Kita perlu ingat, di Indonesia, perlembagaannya membawa pluralisme menerusi Pancasila. Pancasila adalah hasil daripada pluralisme, kesamaan di dalam beragama. Jadi di sana, jika orang Islam hendak berkahwin dengan orang bukan Islam pun tidak ada masalah, walaupun memang ada perbincangan khusus di kalangan ilmuwan Islam tentang keharusan berkahwin dengan ahli kitab. Tetapi syarat berkahwin dengan ahli kitab itu, si lelaki perlu muslim. Itu perbincangan di kalangan ahli ilmu dan saya tidak mahu panjangkan perbincangan tersebut serta kekhilafan di kalangan ilmuwan Islam tentang masih wujud atau tidak ahli kitab pada hari ini.
Namun apa yang berlaku di Indonesia tidak menepati syarat yang digariskan. Di sana, perempuan muslim pun boleh berkahwin dengan lelaki kristian, hindu atau apa-apa agama sahaja. Jadi penggunaan kalimah Allah itu sudah menjadi biasa bagi mereka, dan implikasinya boleh dilihat di Sabah dan Sarawak apabila kitab ini diguna pakai.
Kita kena ingat umat Islam di Malaysia berapa peratus? Kita sendiri pun tidak tahu umat Islam berapa peratus. Kita bukan duduk di zaman mula-mula merdeka di mana peratusan umat Islam adalah 80%. Sekarang ini umat Islam dalam negara kita cuma 61%, masih majoriti di dalam negara ini. Menyusul selepas itu adalah agama Buddha, hampir 20%. Susulannya Kristian, 9.2%, seterusnya Hindu dan lain-lain.
Kristian hanya 9.2% dan bercakap seolah-olah mewakili majoriti dalam negara ini. Kita kena ingat, gereja yang terbesar di Asia yang sedang dalam proses binaan di Selangor pada hari ini diberikan kepada mereka. Tokong Hindu yang terbesar di Batu Caves. Kemudian, tokong Buddha yang terbesar di Kelantan, bahkan salah seorang daripada orang  politik dalam negara ini merupakan orang besar gereja Katolik di Asia.
Apa yang hendak saya sampaikan adalah di sana terdapat agenda; 1) Kristianisasi, 2) Pluralisme. Kita kena ingat apa tuntutan IFC yang dikepalai oleh Ambiga. Tuntutan mereka mengkehendaki supaya perlembagaan yang diletakkan Islam sebagai agama persekutuan itu dirungkaikan, dan diberikan kesamarataan kepada semua agama. Ini semua adalah agenda mereka yang tersusun dan terancang.
NGO, bar council, ini adalah gerakan mereka; terdiri daripada para peguam bahkan terdiri dari kalangan orang Islam sendiri. Mereka ada orang yang menggerakkan agenda kristianisasi dan pemurtadan, kemudian agenda pluralisme pula, secara berani salah seorang pemimpin DAP baru-baru ini Lim Kit Siang menyebut secara terang bahawa kerjasama DAP dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat bukan untuk menegakkan negara Islam dan bukan bertujuan untuk hudud, sebaliknya untuk tujuan demokrasi dan pluralisme. Secara terang ianya ditulis dalam laman web rasmi Lim Kit Siang, bapa kepada Lim Guan Eng.
Ini adalah agenda pluralisme, membawa kepada semua agama itu sama, yang menjadikan kita tidak berhak lagi untuk mengatakan Islam agama yang lebih baik berbanding agama lain. Kita jangan bertanya pada orang lain, tetapi tanyalah diri kita sendiri; apakah sumbangan kita terhadap dakwah Islam? Berapa ramai orang yang telah kita Islamkan, berapa ramai orang yang terkesan dengan perkataan-perkataan Islami kita, dengan adab dan akhlak kita. Sedangkan golongan-golongan kristian ini mempunyai wang, mereka kaya dan ada peruntukan. Mereka sanggup berkampung di perkampunagan orang asli, masuk dan tinggal menetap di situ selama puluhan tahun, sanggup berkahwin dengan orang asli, berkeluarga dan beranak pinak di sana.
Siapa di kalangan kita apabila tamat universiti sanggup turun ke perkampungan orang asli? Kalau kita tidak bersedia untuk itu, jangan beri ruang kepada sesiapa pun untuk menyangkal dan membatalkan perlembagaan yang sedia ada. Ada orang mengatakan kita perlu buka minda dan kemudian usaha, namun apa usaha yang kita buat?
Sebab itu kita kena pertahankan apa yang sedia ada di samping melakukan pembetulan dan pembaharuan. Kita perlu sedar isu kalimah Allah di dalam konteks negara kita adalah berbeza dengan konteks negara lain. Cuba bayangkan kita yang selama ini melaungkan Allahu Akbar dengan tauhid tetapi di sana gereja juga melaungkan Allah, Allah, Allah dengan trinity. Perkataan ini kita berikan kepada mereka untuk mereka guna pakai di dalam kitab-kitab mereka dalam keadaan sistem pendidikan Islam di dalam negara ini masih lagi sedang diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Kita mungkin berhujah tanpa melihat bagaimana kemerdekaan itu diperoleh. Kita tidak melihat bagaimana proses peralihan perubahan kehidupan dalam negara kita. Dulu pada tahun 60-an, 70-an, di mana hendak cari orang pakai tudung labuh? Ibu dan bapa saya belajar di Universiti Al-Azhar. Ada gambar-gambar ustazah-ustazah yang popular pada hari ini, dulu mereka tidak memakai tudung pun. Ustaz-ustaz yang popular dan senior pada hari ini dulu hanya memakai seluar pendek belajar di Timur Tengah.
Sekarang ini telah berlaku proses perubahan yang dahsyat yang kita kena akui dan iktiraf. Cuma masih ada kelemahan. Kita tidak katakan telah sempurna tetapi semuanya perlu dipertingkatkan dan dikemaskini, perlu pandangan dan idea daripada sahabat-sahabat sekalian untuk memperbetulkan dan melengkapkan.
Bayangkan kalimah Allah nanti diletakkan di depan gereja. Mereka memang sengaja hendak membuat ini semua. Apa yang boleh kita katakan pada masa itu? Perkara ini tentu akan mencetuskan sensitiviti. Sebab itu saya gunakan perkataan kristianofobia. Kalau dulu mereka menggunakan Islamofobia; jenama yang barat gunakan dan tempelkan kepada umat Islam kerana wujudnya golongan-golongan yang mana mereka jahil tentang Islam tetapi bertindak sewenang-wenangnya. Saya katakan sikap yang dibuat oleh Lim Guan Eng pada hari ini sebenarnya mencetuskan Kristianofobia iaitu apabila mendengar agama Kristian orang merasa fobia ataupun benci, orang merasa takut dengan gerakan mereka.
Apabila mereka sebagai rakyat di dalam negara kita, di mana kafir mereka itu dalam kategori kafir mu’ahadah (yang ada perjanjian dengan umat Islam) dan ada kebenaran untuk menetap di dalam negara ini, maka hak-hak mereka perlu dijaga. Islam tidak membenarkan kita membakar gereja mereka, Islam tidak membenarkan kita membunuh mereka, mencerca tempat ibadah mereka, atau mengambil hak mereka. Islam melarang ini semua.
Bahkan Islam memberikan hurriyyatul I’tiqad (kebebasan beragama) kepada orang bukan Islam. Namun ini tidak bererti orang Islam bebas memilih agama, kerana orang Islam terikat dengan perundangan dan syariat Islam. Sebab itu adanya hudud, di mana sekiranya seseorang itu murtad diminta dia bertaubat terlebih dahulu, selepas tiga hari jika dia tidak bertaubat maka hukumannya adalah pancung. Tiba-tiba ada orang Islam yang bercakap dan meminta supaya berikan kebebasan memilih agama kepada umat Islam. Bercanggah perkataan dan pandangan mereka. Sebab itu saya katakan bahawa isu penggunaan kalimah Allah ini ada agenda di sebaliknya.
Di antaranya, ahli politik sekarang ini sedang mencari undi dari semua pihak sama ada dari perspektif agama, bangsa, atau parti; kristian, Buddha, cina, India, melayu, dan sebagainya. Jadi kita perlu melihat isu ini sebagai isu yang mempunyai agenda terancang. Kalau ditemui di tepi jalan risalah-risalah yang tertulis kalimah Allah, dan kemudian ditulis “Allah maha pengasih”. Berapa ramai anak-anak kita yang mampu untuk menganalisa bahawasanya risalah ini datang daripada gereja?
Islam mengajar prinsip dan pendirian saddun lidz-dzarii’ah yakni menutup ruang-ruang yang boleh membawa kepada kemudharatan dan kemungkaran yang lebih besar. Maka kita perlu sekat hal yang seperti ini.
Kerajaan perlu bertegas
Sahabat kita bertanya tadi, di manakah ketegasan kerajaan? Sebab itulah yang kita perlu kepada 2/3. Tanpa 2/3 kita hanya boleh marah tetapi tidak boleh berbuat apa-apa. Sebab itu orang tidak mahu simple majority. Orang mahukan 2/3.
Dalam keadaan sekarang, yang membimbangkan kita adalah sikap sebahagian orang yang ada kepentingan politik yang turut mempertahankan kenyataan ini. mereka mengatakan tidak mengapa, ulama Timur Tengah mengatakan tidak ada masalah. Mana boleh begini, sedangkan kita mengeluarkan fatwa dan mengatakan bahawa kita perlu meraikan fiqhul waaqi’.
Maka waqi’ (realiti keadaan) dalam negara kita ini perlu diraikan; bagaimana kefahaman masyarakat kita tentang agama, kita masih lagi jauh terkebelakang dan kita sedang bina sedikit demi sedikit. Jangan kita mengharapkan semuanya mantap dengan serta merta. Pemimpin yang naik turut mempunyai kelemahan, ada yang faham agama dan ada yang tidak faham agama. Ada yang faham agama tetapi tidak tahu buat kerja. Ada yang tidak faham agama tetapi pandai buat kerja. Masing-masing ada kelemahan dan masing-masing ada kelebihan. Sebab itu kita berkehendak kepada perpaduan dan kesatuan sesama kaum muslimin, saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Masalah timbul apabila seseorang itu mempunyai kepentingan, dia melupakan segala-galanya demi untuk menjaga kepentingannya. Sehingga isu kalimah Allah ini pun menjadi satu isu yang berkepentingan.
Sebab itu cadangan yang baik agar kerajaan lebih tegas, cuma masalahnya adalah kita berhadapan dengan pandangan sebahagian daripada kaum muslimin sendiri yang mengatakan agama lain boleh menggunakannya. Saya hairan orang yang mengatakan boleh guna ini, anak-anak mereka tidak pula dihantar ke sekolah missionary kristian seperti Methodist dan sebagainya. Anak-anak mereka dihantar ke sekolah agama juga. Anak sendiri hendak dihantar ke tempat bagus, tetapi negara sendiri tidak mahu diselamatkan daripada kekacauan minda-minda dan perkara-perkara yang seperti ini.
Jadi cadangan supaya kerajaan lebih tegas adalah cadangan yang baik, dalam masa yang sama kita juga berkehendak kepada kuasa orang Islam yang lebih tinggi dan kuat. Apabila ada kekuatan dan mendapat kekuasaan 2/3, seterusnya kita perlu kepada perpaduan. Maka hulurkanlah tangan, bersatu, berpadu dan bersama dengan kaum muslimin. Itu yang lebih utama daripada mencari helah dan jalan untuk bersatu dan berpadu dengan kaum bukan Islam. Bukan tidak boleh bekerjasama dengan bukan Islam, tetapi keutamaan, kecenderungan dan ruhnya mestilah bersatu dengan kaum muslimin. Seperti mana yang digambarkan di dalam Al-Quran tentang ciri-ciri pengikut Muhammad,
أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ
“Bertegas terhadap orang kafir dan berkasih sayang sesama mereka.” (surah Al-Fath: 29)
Wallaahua’lam
Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

TERUS BACA DI UFB

VIDEO PILIHAN : KALIMAH ALLAH